Panduan dan Cara Beli Rumah Second hand(subsale) - Phase 1
Dilema Pulang Kampung
Dilema Pulang Kampung
Erti Kecewa
Kecewa…
Dikecewakan...
Setiap manusia pasti pernah merasakannya. Namun, kebanyakan dari kita selalu dan selalu merasa sedih, kesal dan tidak menerima atas apa yang menimpa diri kita. Tak jarang pula, kita yang tidak lagi bisa menggunakan iman, logik, dan rasional. Dalam sekejap, semua hilang atas nama rasa sakit.
Renungkanlah bahawa ini adalah dunia sementara, yang tidak akan mungkin ada sesuatu yang sempurna di dalamnya. Demikian dengan sebuah kesempurnaan dari ego dan permintaan kita. Pastilah tidak akan mungkin semuanya tercapai dan terealisasi seluruhnya.
Dan atau mungkin rasa kecewa itu datangnya dari kesalahan yang kita pilih dalam meletakkan harapan yang terlalu banyak kepada makhluk. Padahal dengan begitu, ada hal lain yang seharusnya menjadi keharusan bagi kita untuk mempersiapkannya,iaitu kekecewaan.
Mana tidaknya, ibarat menyandarkan diri pada sebuah bayangan tembok,yang ada adalah jatuh dan terjungkalnya kita,kerana bayangan adalah sesuatu yang kurang pasti. Satu pertanyaan yang kemudian muncul,kita posisikan Allah di mana?
Mungkin hari ini kita telah menyebut asma-Nya yang amat Agong, namun mengapa kita lupa kekuasaanNya? Tidak seharusnya kuasa Allah kita nafikan,kerana Dia-lah yang menciptakan kita. Dia pasti lebih faham dengan apa yang telah diciptakanNya. Allah pasti punya rencana lain yang jauh lebih baik dibandingkan keinginan dan harapan-harapan kita.
Dan bahawa menjadi seorang muslim adalah sebuah anugerah,iaitu ketika kita di berikan rahmat kita bersyukur,dan ketika kita di uji kita di ajarkan untuk bersabar.Kedua hal itu semuanya adalah bermuara pada sebuah kemuliaan.
Dan bahwa Allah tidak akan menguji kita, di luar kemampuan kita. Itulah firman Allah yang tertulis dalam Al-Quran yang mulia. Maka jika kita memang yakin dengan kekuasaan Allah, marilah dengan penuh kemaafan dan pengetahuan,kita belajar mengubati luka kecewa itu, dan mendoakan semoga hal yang menjadikan kita kecewa, di lain hari bisa memuliakan kita,sebagai imbalan dari fikiran positif kita terhadap Allah.
Kecewa memang kadang-kadang menghadirkan kekosongan dalam jiwa. Dan proses pengosongan memanglah sangat menyakitkan. Tetapi,bukankah tanpa pengosongan tidak akan ada pengisian?
Kita kecewa bukan bererti Allah tidak sayang,akan tetapi pada hakikatnya Allah sudah menyiapkan ganti yang lebih berharga dibanding keinginan yang kita idam-idamkan dan tidak terwujud. Dan satu- satunya yang harus kita lakukan,adalah percaya. Semoga kita termasuk pemilik hati dan perasaan yang selalu mendepankan tentang bersangka baik kepada Allah,yang maha menata takdir kita,yang sedemikian cantik.
Insya Allah.
Erti Kecewa
Kini Aku Semakin Mengerti
Kini Aku Semakin Mengerti
Mustajab Doa Hampir Serlah Tetapi Keliru
Mustajab Doa Hampir Serlah Tetapi Keliru
Mahu yang mana?
Mahu yang mana?
Hatiku
Hatiku
Dia datang lagi...
Dia datang lagi...
Biar ia menjadi iktibar...
Biar ia menjadi iktibar...
Kita Selalu Macam tu...
Kita selalu macam tu. Bila depan mata tak Nampak berharga, bila dah tiada sibuk mencari. Sewaktu bersama macam tak ada apa-apa yang istimewa setelah pergi jauh baru terasa berharganya dia. Belajarlah menghargai milik sendiri.
Sewaktu ada terkeluar dari senarai, setelah tiada tercalon untuk anugerah. Semasa boleh tertawa bersama selalu bermasam muka, setelah pergi ingin sekali berkongsi cerita. Kita memang selalu macam tu. Jarang menghargai apa yang dimiliki tetapi selalu terbulau oleh apa di tangan orang. Tidak mencemburui sebab itu semulajadi dan ada nilai motivasi, tetapi jika cemburu menyebabkan kita bertindak gila tentu tidak sesuai untuk dibanggakan oleh diri.
Bukan kita saja macam tu, ramai lagi manusia pun sama. Sewaktu bersama asyik hendak berpisah, setelah terpisah baru tahu makna rindu. Sewaktu dalam genggaman tidak mahu dihargai, setelah terlepas baru tahu nilainya tinggi. Ketika boleh jalan-jalan hirup udara segar, tidak mahu melakukannya. Lebih suka tidur dan bermalas-malas di hadapan televisyen. Tatkala telah hilang nikmat berjalan, baru sibuk hendak melihat alam.
Kalau boleh membina cerita, ambillah masa untuk mendengar juga. Hargai bila berdua, sayangi bila bersama, maafkan bila terluka, ingati bila sunyi, selalulah bertenang, hasilnya selesa dan bahagia. Kita selalu menyesali yang telah berlalu. Ketika bersama-sama terasa beban, tetapi bila tiada beban terasa semakin berat. Kesempatan untuk bersama selalunya tidak lama. Ketika kesempatan itu terbuka sepatutnya dinikmati dan dipelihara. Tidak perlu bersusah payah untuk memberhentikannya, sebab tiba masanya ia akan berhenti dengan sendiri.
Tidak perlu ‘membunuh’ dia yang kurang menyenangkan, tiba masanya dia akan pergi jua. Tiada siapa boleh hidup bersama selama-lamanya. Tiba masa dan ketikanya masing-masing akan melangkah pergi. Memang kita selalu macam tu. Selalu Nampak terang di seberang sungai sedangkan di sebelah sini tidak kurang. Bila kita sampai ke sana baru tahu yang terang itu bukan semestinya meriah dan menyenangkan, kadang-kadang yang terang itu memanglah benderang tetapi tidak semestinya ia membahagiakan.
Selalulah katakana begini, tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.
Kena anggap setiap yang ditempuh suatu kenangan untuk iktibar. Setiap yang dikenali sebagai teman sejalan menuju titik akhir. Yang diambil untuk hidup bersama sebagai teman membina persiapan di sini untuk dipetik hasilnya di sana nanti. Setiap yang dimiliki adalah berharga dan perlu dipelihara. Jika perlu berpisah, kita berpisah dengan rela.
Kita selalu macam tu. Maka batasi langkah dan perhati bicara. Jangan sampai tersilap langkah selalunya membawa masalah, tersilap bicara selalunya membawa duka.
Setiap kita hanya ada kesempatan yang sedikit untuk menghargai makna kehidupan yang sebenar.
Kita Selalu Macam tu...
Perjuangan Semester Kali ni..
Perjuangan Semester Kali ni..
Moga hidupmu dirahmati
Dalam keadaan tergesa-gesa ini aku gagahi juga untukku titipkan kalam demi insan tersayang. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buatmu. 3 hb 8 tarikh yang akan meningkatkan umurmu dan mengingatkan akan hari pengakhiran. Kerana DIA, teguhkan iman, kuatkan ketaqwaan, hebatkan amalan. Moga hidupmu diberkati.
Salam sayang.
Moga hidupmu dirahmati
Bermula Semester Baru
Bermula Semester Baru
Happy Father's Day

Happy Father's Day
Hang around...
Semalam hari yang agak memenatkan. Pagi ke Matrik Petaling Jaya ambil surat tawaran adik kembar. Tengahari bergerak ke SMAP Kajang handle adik bongsu. Bawa dia keluar berjalan. Selesai dengan dia, dalam perjalanan balik dari Kajang, aku, Shukri dan Basir bergerak pula ke Hutan Lipur. Tanpa dirancang kami menghala ke jalan yang mempunyai 3 tempat rekreasi berpandukan signboard. Perjalanan diteruskan tanpa memikirkan ke arah mana tempat yang mahu disinggah. Jam menunjukkan 5 petang. Sampai di suatu simpang traffic light, satu jalan ke Sg. Tekala dan satu jalan ke Sg.Gabai, Sg.Batangsi. Tapi yang peliknya tiba-tiba ada jalan ke Sg.Congkak. Semua tempat-tempat ini tak pernah sampai. Daerah Hulu Langat. Cuma pernah dengar saja nama Sg.Congkak sebab orang selalu buat program. Tetapi keputusan dibuat dalam keadaan tengah menunggu traffic light hijau, kami memilih Sg.Tekala kerana barangkali dekat.
Setelah belok ke arah jalan ke Sg.Tekala yang difikirkan tadi dekat, rupa-rupa jauhnya hampir 30 kilometer. Dengan keadaan jalan berbukit, simpang siur, sunyi...kera-kera menjadi teman di jalanan pada masa yang sama jam di tangan menunjukkan 5.30 petang. Jam berapa boleh sampai ni..sempat ke nak mandi berdetik dalam hatiku. Risau jugak dengan keadaan motor yang kurang sihat. Tapi kerana ajakan teman yang bersungguh nak pergi mandi, terpaksala ikut. Jalan punya jalan tak sampai-sampai. Cuma yang ada satu tasik yang sangat besar, ramai yang memancing di kawasan tu. Mananya Sg.Tekala? Tiba-tiba Basir berhentikan motornya. "ada ke tak ni" tanya Basir. "Macam ni la kita jalan terus, kalau ada kita berhenti, kalau takda kita terus balik" keputusan diambil. Hidup mesti diteruskan. Cayala bro. Perasaan bercampur baur antara suka dan risau. Kurang dari 5 kilometer, baru la sampai ke tempat yang ditunggu-tunggu tadi pada jam 6. Ada satu jam lagi masa untuk mandi. Bayar seringgit untuk masuk. Cari port untuk, punyala tak cantik tempatnya, air kotor. Terpaksala mandi sebab dah alang-alang. Setengah jam saja mandi selepas pada tu, bertolak balik perjalanan ke Gombak agak jauh hampir 50 kilometer dari situ.
Dalam perjalanan balik dengan keadaan hujan, dapatla merasai suasana kampung yang selama hidup di KL yang penuh dengan bangunan2 dan kesesakan jalan. Dipendekkan cerita, jam 8 baru sampai UIA. Itulah nak story sikit pengalaman. Takkan dapat lepas dah grad nanti. Waktu campus life ni lah kena ambil peluang berjalan kenal dunia dengan kawan-kawan. Cari pengalaman dan kenangan. Lepas ni, kita ke destinasi lain pula di Sg. Gabai dan Sg. Batangsi. Kita tengok keadaan di sana macam mana. Tapi yang pasti perancangan mestilah rapi, lepas subuh kena bertolak.;-) Barulah sempat nak main air. Ok, sekadar perkongsian pengalaman yang tak seberapa. Sama-sama renungkan dan selamat beramal kata Dr.Izi.
Sayonara


Hang around...
Tag from my cousin K.jah
Tetiba ada tag dari sepupu. Dia nak saya jawab. Jadi kena la jawab. Nasib baik ringkas je.
1) print screen wallpaper yang digunakan sekarang
2) Kenapa anda suka wallpaper tersebut?
Tag from my cousin K.jah
Tag from my cousin...
Tag...tag! Kali pertama di tag oleh sepupuku(k.umi). Tak pernah tau pun apa ko bondo tag ni sebenarnya...rupanya orang jenis malas nak tanya direct dgn kita tentang byk soalan yang dorg nak tau pasal kita, dorg kumpul soalan2 then tag terus kpd kita by blog, msj, friendster dan sebagainya. Kepada Kak Umi, Ashraf mintak maaf sebab lambat nak respon...Fikir panjang jgk kalau bab2 nak cerita pasal peribadi ni. Sikit-sikit boleh la nak cerita kat sini pasal diri sendiri.
1. SYUKUR - Syukur kerana dilahirkan dalam agama Islam, anugerah yang tidak terhingga kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi hambaNya sebagai khalifah.
2.Syukur...kerana menjadi ummat junjungan besar Muhammad S.A.W. yang akan memberi syafaatnya kepada kita di hari pembalasan insyaAllah.
3.Syukur...Syukur jgk kerana hidup dalam keadaan aman dan damai. Bukan negara yang sedang berperang kerana sudah lebih 50 tahun merdeka.
4. Syukur...kerana dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan soal agama. Mempunyai bapa yang cukup menekankan ilmu agama kepada anak-anaknya. Sanggup berkorban apa sekalipun termasuk mak yang penyayang, menjadi pendengar setia anak-anaknya. Thanks for both of you.
5.Syukur..dikurniakan adik beradik yang ramai dan hidup tidak membosankan saya. 5 lelaki dan 2 perempuan. Masing-masing rapat dan cukup akrab antara satu sama lain. Kalau semua balik bercuti itulah saat paling manis.
6.Syukur...syukur kerana mendapat didikan di sekolah agama yang tersohor di Kedah khususnya, dan di Malaysia dan seluruh pelusuk dunia amnya. Maktab Mahmud Alor Star bumi barakah. Tanpa pendidikan di sana, saya tidak mungkin menjejak kaki di KUSZA(Udm) pada awal pendidikan tinggi(9 hari shj) dan sekarang di UIAM Gombak.
7.Syukur kerana Allah meletakkan saya dalam jurusan agama. Bidang fiqh dan usul fiqh yang mungkin akan menjadi pembimbing kepada orang lain kelak. Alhamdulillah...tidak tertekan dalam mempelajari ilmu agama Allah ini. Allah permudahkan insyaAllah.
8.Syukur dikurniakan serba sedikit bakat seni. Mungkin turun temurun. Sekarang sedang menuntut dengan salah seorang ustaz di UIA mengenai tulisan khat. InsyaAllah kalau diberi peluang ingin membuka galeri pada masa akan datang. Mudah-mudahan Allah membuka pintunya.
9. Syukur di UIAM mendapat sahabat2 dan kawan2 yang baik. Boleh buat kawan. Boleh ajak bersembang, bercerita, bergurau senda dan yang penting tak kedekut ilmu jika ditanya. Cukup enjoy hidup dengan dorg selama 3,4 tahun di UIA. Basir, Syukri, Aziz, Awie, Wan, Fadzil dan ramai lagi yang lain. Thank you bro!!!
Kalau nak cerita pasal syukur memang takkan habis saudara. Saudara sambungla sendiri yee. Apa yang saudara patut rasa syukur, wajib kita bersyukur. Dah letih nak pikir. Ada 8 lagi nak cerita. Awat banyak sgt depa mintak kak Umi? ;-)
10. Saya orangnya agak sensitif. Kalau terasa hati saya simpan. Tapi kalau dah membuak-buak saya main lepas direct tidak kira siapa mereka yang berani membuat hatiku sengsara. ;-)
11. Kalau dilihat pada luaran orangnya memang nampak pendiam. Tak banyak cakap. Sekali ditanya, sepatah dijawab atau 2,3 patah lebih sikit. Itu kalau orang yang tak rapat dan tak cukup kenal dgn saya. Tapi kalau orang yang kenal, maklum sajalah. Saya suka buat lawak, bergurau bukan2;-)...suka menyakat orang, agak nakal jgkla. Kalau orang yang tak kenal dorg mgkin akan cakap saya sombong. Tapi sebenarnya berat mulut nak memulakan perkenalan dgn org. Lebih-lebih lagi dgn perempuan...ye ke? pk la sendiri...
12.Saya amat meminati bidang seni termasuk khat tadi. Suka landskap, buat taman, kolam ikan, reka cipta tempat duduk dari kayu, buluh dan sebagainya. Decorate dalam rumah. Kat rumah dah ada semua ini. Alhamdulillah. Selain tu, boleh serba sedikit pasal komputer dan suka mengadap komputer berjam-jam. Orang lain tgk memang mcm pelik. Tapi kalau dah ada depan PC tu susah nak bangun. Main adobe photoshop, repair PC, main internet. Agak membuang masa jgk;-)
13. Sekarang cerita pasal buku dan tokoh. Saya meminati tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Cukup menyentuh perasaan dengan susunan kata-kata beliau. Tokoh yang paling dikagumi saya pada masa sekarang. Dalam ceramahnya selalu beliau memberi perumpamaan yang logik kena dengan masa dan keadaan sekarang. Siapa yang makan cili dia akan rasa pedasnya.
14. Sekarang sedang cuba menghabiskan bacaan buku beliau bertajuk Bertemu Janji Allah siri 1. Kalau ada kesempatan anda perlu membeli buku ini kerana ia sedikit sebanyak memberi peringatan tentang hari kiamat dan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.
15. Hujung tahun depan insyaAllah akan menamatkan pengajian di UIA. Jika diizinkanNya ingin menyambung MA dalam bidang berkaitan di mana-mana universiti yang wujud kat dunia ni. InsyaAllah.
16. Sikap negatif suka tangguh kerja, study last minit. Nak2, time nak exam. Dah cuba study awal, tapi bila dah dekat exam lupa apa yang study sebelum ni. Kena refresh balik. hurmmm...
Alhamdulillah dah selesai...16 benda, banyak betul. Tapi saya tak mau tag orang lain. Takpa kan...;-) kalau nak tau lebih-lebih tanya saya je. Itu pun kalau saya nak bercerita.
Ok, maaf kalau rasa macam banyak mengarut. Cuma ingin berkongsi. Harap boleh terima semua. ;-)
Tag from my cousin...
Examination Mode
At this moment realize or not, second year in IIUM is leaving me. Open and close, open and close our eyes that time must come true. Time to finish studying in IIUM soon. Tomorrow will begin my first paper for final examination in second semester. It will ensure my CGPA achievement for this semester and absolutely I was expected more than I can do. Achievement that will give happiness to others, the people who convince me to do it for myself in surviving the world. They were sacrificed with the variety of sacrifices to success my life.
Who are they actually? Who are they exactly? All people over the world know who give them variety of wonderful life and that was our dad and mom. It’s hard to say their sacrifice and kindness will repay. What we can do and what we suppose to do is study hard and gives them our successful. InsyaAllah. I very hope this semester my pointer will increase and getting well insyaAllah. Wish me luck!
3rd April 2009 = Fiqh Ibadah I. 9.00 AM
7 April 2009 = Mabahith al-hukum. 9.00 AM
8 April 2009 = Quranic Propethic Text. 3.00 PM
13 April 2009 = Fiqh Mawarith. 9.00 AM
14 April 2009 = Adilatul Ahkam. 3.00 PM.
Pray for my success!
اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين واجعلنا من الصالحين. اللهم آمين...
Examination Mode

