CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA
Erti Kecewa
Kecewa…
Dikecewakan...
Setiap manusia pasti pernah merasakannya. Namun, kebanyakan dari kita selalu dan selalu merasa sedih, kesal dan tidak menerima atas apa yang menimpa diri kita. Tak jarang pula, kita yang tidak lagi bisa menggunakan iman, logik, dan rasional. Dalam sekejap, semua hilang atas nama rasa sakit.
Renungkanlah bahawa ini adalah dunia sementara, yang tidak akan mungkin ada sesuatu yang sempurna di dalamnya. Demikian dengan sebuah kesempurnaan dari ego dan permintaan kita. Pastilah tidak akan mungkin semuanya tercapai dan terealisasi seluruhnya.
Dan atau mungkin rasa kecewa itu datangnya dari kesalahan yang kita pilih dalam meletakkan harapan yang terlalu banyak kepada makhluk. Padahal dengan begitu, ada hal lain yang seharusnya menjadi keharusan bagi kita untuk mempersiapkannya,iaitu kekecewaan.
Mana tidaknya, ibarat menyandarkan diri pada sebuah bayangan tembok,yang ada adalah jatuh dan terjungkalnya kita,kerana bayangan adalah sesuatu yang kurang pasti. Satu pertanyaan yang kemudian muncul,kita posisikan Allah di mana?
Mungkin hari ini kita telah menyebut asma-Nya yang amat Agong, namun mengapa kita lupa kekuasaanNya? Tidak seharusnya kuasa Allah kita nafikan,kerana Dia-lah yang menciptakan kita. Dia pasti lebih faham dengan apa yang telah diciptakanNya. Allah pasti punya rencana lain yang jauh lebih baik dibandingkan keinginan dan harapan-harapan kita.
Dan bahawa menjadi seorang muslim adalah sebuah anugerah,iaitu ketika kita di berikan rahmat kita bersyukur,dan ketika kita di uji kita di ajarkan untuk bersabar.Kedua hal itu semuanya adalah bermuara pada sebuah kemuliaan.
Dan bahwa Allah tidak akan menguji kita, di luar kemampuan kita. Itulah firman Allah yang tertulis dalam Al-Quran yang mulia. Maka jika kita memang yakin dengan kekuasaan Allah, marilah dengan penuh kemaafan dan pengetahuan,kita belajar mengubati luka kecewa itu, dan mendoakan semoga hal yang menjadikan kita kecewa, di lain hari bisa memuliakan kita,sebagai imbalan dari fikiran positif kita terhadap Allah.
Kecewa memang kadang-kadang menghadirkan kekosongan dalam jiwa. Dan proses pengosongan memanglah sangat menyakitkan. Tetapi,bukankah tanpa pengosongan tidak akan ada pengisian?
Kita kecewa bukan bererti Allah tidak sayang,akan tetapi pada hakikatnya Allah sudah menyiapkan ganti yang lebih berharga dibanding keinginan yang kita idam-idamkan dan tidak terwujud. Dan satu- satunya yang harus kita lakukan,adalah percaya. Semoga kita termasuk pemilik hati dan perasaan yang selalu mendepankan tentang bersangka baik kepada Allah,yang maha menata takdir kita,yang sedemikian cantik.
Insya Allah.
Erti Kecewa
Graduated–Alhamdulillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar teman-teman sekalian. Harap sihat dipayungi rahmatNya.
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan buat pencipta alam. Statusku sudah bertukar menjadi ‘’Graduated” di IIUM. Pertengahan tahun 2007 mula masuk, hujung tahun 2010 menamatkan pengajian. 3 tahun setengah cukup memberi impak yang besar dalam kehidupan.
Hari ini bergelar bekas mahasiswa yang belum rasmi kerana majlis konvokesyen akan diadakan tahun depan. Lambat lagi ya? hm
Apakah yang perlu dilakukan?
Cari kerja? Soalnya, pekerjaan apa yang cocok buat aku? Anda ada idea? Kongsikan!
Kerja di bank, ramai kawan2 bercerita bank kerjanya sibuk sekali, kerja banyak, letih, kadang-kadang sampai tak balik ke rumah, sampai malam kerjanya. Tapi bergantung pada posisinya. Mungkin posisi marketing agak memberi tekanan. Mahu menaikkan prestasi bank memang memerlukan kerja keras.
Kerja di jabatan agama, mungkin boleh juga kiranya. Tetapi seniority dan yang berpengalaman banyak membantu dalam pekerjaan ini. Bagi fresh graduate harus bersabar.
JAKIM dan PTD. Mesti lalui stage2 dahulu sebelum betul2 berjaya. Ujian bertulis, oral, group binding dan sebagainya.
Guru. Kebanyakan fresh graduate memang mengejar posisi ini, kenapa ya? Jaqqof,DPLi,KPLi. Ilmu yang dipelajari di universiti mungkin selalu diingati dan diulang kerana setiap hari akan mengajar dan dicurahkan kembali kepada pelajar-pelajar, tidak kira di IPT atau di sekolah.
Jika diikut kepada minat, sejak kecil lagi, mahunya mengikut jejak Rasulullah, berniaga. Sejak dari bangku sekolah sampai ke universiti ada sahaja business yang aku telah buat. Baik dari design baju, printing, kereta sewa, name tag,buletin dan sebagainya.
Apapun pekerjaan yang akan dilakukan selepas ini, haruslah di bawah rahmat dan redhaNya. Terlalu memilih pekerjaan bukanlah jalan terbaik untuk menolong dalam kehidupan, malah akan menyusahkan diri sendiri. Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang di kemudian. Dan yang penting kita enjoy dengan pekerjaan kita. Niat belajar bukan untuk makan gaji atau kerana wang semata-mata. Tapi ilmu itu dipelajari kerana Allah. Dalam mencari rezeki, jangan dilupa pada yang Esa. KeranaNya, kita beroleh rezeki. Tetap bersyukur dengan apa yang ada.
SELAMAT BERJAYA!!!
Graduated–Alhamdulillah
Apa punca anak derhaka???
Apa punca anak derhaka???
Menjadi sejarah hidup

Menjadi sejarah hidup
Rancangan Realiti TV di Indon
Pilihan Dai' Kecil (Pildacil) salah satu rancangan realiti TV di Indonesia.
Agak terkejut mula2 tau rancangan sebegini wujud kerana apa yang ada di Malaysia jauh berbeza.
Asyik mencari penyanyi dengan Idola Kecil dan sebagainya.Apa salahnya kalau dianjurkan rancangan yang
berbentuk dakwah seperti yang ada sekarang Akademi Al-Quran. Tetapi boleh ditambah lagi seperti Pildacil ini di Malaysia.
Kalau Indonesia boleh laksanakan kenapa Malaysia tidak untuk menarik golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa cintakan Islam. Tidak kira peringkat umur bisa tertarik dengan rancangan ini.
Diajar untuk berceramah di khalayak, bersyarah,
berpidato mengenai Islam dan sebagainya.
Tidak asyik dengan hiburan nyanyian. Mungkin habis program, dah menang dapat hadiah,popular,
dapat peminat setakat itu saja kalau dah bernyanyi.
Sekurang-kurangnya kalau rancangan mencari pendakwah kecil ni boleh berterusan dakwahnya lepas tamatnya satu musim program.
Pernah dicadangkan salah seorang peserta konvensyen pelajar sains Islam di UIA pada Ogos lepas,
Rancangan Realiti TV di Indon
Alasan berkahwin? Betul ke?
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bankrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
kerepot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Maksudnya: Daripada Abi Hurairah, Rasulullah bersabda: Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya, nescaya beruntunglah kedua tanganmu.
Wallahu'alam
Alasan berkahwin? Betul ke?
Surat Hawa untuk Adam
Adam….Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.
Adam…Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Ah..semuanya sudah aku maklumi.
Namun…terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya…
Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…
Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini. Jikapun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung rambut( kalau tak botak), hinggalah hujung kakiku yang ayu.
Tetapi…realitinya kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya!
Adam…mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan. Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu. Engkau suka kan? Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata…padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki, sambil menyanyi lagu Mariah Carey lagi. Seronokkan? Engkau lihat, ada antara kaummu yang mengganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha…seksi kan? Tetapi aku masih baik, masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah sekarang engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?
Adam...Marahkah jika ku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam lah puncanya, engkaulah yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya!! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai mendidik, kononnya kita ni macam orang tak pernah pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti lulusan dari Amerika! Adam…kau selalu berkata, hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer), kepala batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam…Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam-atau lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau hadiahkan? Ketua-jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.
Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1)…akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah!
Adam…andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaumu sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita yang engkau agungkan…Jika hari ini kau tidak mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...nantazir wa nara...ilal liqa`
Wallahualam..
Surat Hawa untuk Adam
Suka Berprasangka
Ada prasangka baik….
Ada prasangka buruk…
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relaks disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang berborak disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang berborak itu kerana membincangkan hal agama
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana sedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cerdik dan cergasnya
Jauhi sikap suka berprasangka
Kerana ia bakal
Memusnahkan ukhuwah seperti
Musnahnya kayu dimakan api….
Hidup ini cukup indah saudara kalau segala sudut apa yang berada di hadapan kita, kita pandang dengan pandangan yang positif. Rasa geram tak kalau kita fikir buruk pada seseorang? Geram kan? Ish! dia tu buruknya perangai, pakai susuk, suka buat cerita macam-macam. Tapi betul ke apa kita fikir dan apa yang kita menilai dia tu? Kadang-kadang hidup tu kena jaga tepi kain orang lain, kadang-kadang tak perlu pun. Tapi jangan sampai melampaui batasnya. Berdakwah tu mesti berhikmah kan saudara. Yang penting jauhi sifat yang suka berprasangka kerana Allah ada berfirman dalam surah An-Najm ayat 28.
وَمَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
Maksudnya: Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menuding sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (al-Hujurat:12)
Wallahu'alam. Segala yang baik dariNya dan segala yang buruk dari kelemahan sendiri. Hakikat kedua-duanya dari Allah Subhanahu Wa Taala jua.
Suka Berprasangka
Wanita dan kerjaya
Wanita mempunyai tanggungjawab sebagai suri rumah dalam menguruskan hal rumah tangga, lelaki mencari nafkah untuk keluarga. Pembahagian tugas ini bukanlah bercanggah dengan prinsip emansipasi. Tetapi untuk memudahkan pasangan itu sendiri yang telah diletakkan pada kedudukannya menurut kekhususan semulajadi.
Disini jelas kedudukan wanita adalah sebagai suri rumah dalam mentadbir dan sebagainya. Rumah tangga adalah tempat kerja sebenar mereka. Apabila keluar dari rumah, ia bukanlah kerja sebenar mereka. Kemungkinan atas sebab-sebab tertentu seperti mereka mempunyai sesuatu hajat, ataupun kepakaran mereka diperlukan, untuk menampung kewangan keluarga dan banyak lagi kemungkinan yang boleh kita ambil kira. Allah S.W.T berfirman:
'Dan hendaklah kamu(isteri) tinggal di rumah kamu dan janganlah kamu berhias seperti orang Jahiliyyah dahulu'.
'Wanita itu adalah aurat, sesungguhnya seorang wanita itu apabila ia keluar dari rumahnya, syaitan akan memuliakannya, dia akan lebih jauh daripada Tuhan daripada ia berada di dalam rumahnya' (hadis riwayat at-Thabrani)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda:
'Sebaik-baik masjid bagi kaum wanita adalah di dalam bilik rumahnya' (hadis riwayat Ahmad, at-Thabrani)
Namun begitu islam tidaklah sampai kepada tahap tidak membenarkan langsung wanita keluar daripada rumah. Sekiranya seorang wanita hendak keluar dari rumahnya kerana tidak ada pilihan, ia harus menjaga perkara-perkara berikut:
1. Mendapat kebenaran dari suami kpd yg sudah berkahwin dan kebenaran ibu bapa kepada yang belum berkahwin.
2. Menutup aurat dengan sebaiknya.
3. Tidak memakai pewangi yang boleh menarik perhatian lelaki.
4. Tidak bekerja di pejabat yang menjadikannya berkhalwat atau berdua-duaan shj di pejabat.
5. Meyakini tidak akan timbul fitnah pada diri, rumah tangga dan masyarakat.
6. Tidak meninggalkan kewajipan sbg seoarang muslim dan juga suami, anak-anak kerana prinsip Dar ul-Mafasid Muqaddam 'ala Jalb al-Masalih iaitu mencegah terjadinya keburukan adalah lebih baik dan didahulukan daripada mencari kebaikan.
Sekiranya wanita diperlukan bekerja, masyarakat wajib menjaga maruah mereka, melindungi mereka daripada melanggar ajaran-ajaran agama, memberikan waktu kerja yang munasabah bagi mereka, memberikan tempat dan suasana kerja yang munasabah dan jauh daripada fitnah, sehingga tidak ada sebarang masalah atau fitnah yang timbul, demi menjaga kemaslahatan ummah. Pada prinsipnya islam tidak melarang sama sekali kaum wanita daripada bekerja bahkan menginginkan kebaikan untuk semua ummatnya.
Wanita dan kerjaya
Salah siapa?
Persoalan yang mungkin timbul di benak fikiran kita sekarang ialah kepada siapa harus dipersalahkan? kepada siapa mereka harus mengadu? bagaimana kita perlu bertindak? Dan pelbagai persoalan lagi yang boleh kita ukirkan di akal fikiran kita. Namun begitu sampai sekarang adakah persoalan-persoalan ini terjawab?
Bagi saya persoalan ini boleh kita rungkaikan jika kehidupan kita semua berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T telah berfirman di dalam kitabNya, Muhammad junjungan besar telah bersabda di dalam hadis baginda. Tidak perlu lagi kepada yang lain jika kehidupan kita semua kembali kepada khazanah yang ditinggalkan oleh pengutus utusan dari Rabbul ‘Ala iaitu Al-Quran dan As-sunnah.
Namun hakikatnya manusia lebih cenderung kepada akal fikiran sendiri tanpa melihat dari segenap aspek yang lain. Jadi, haruskah kita persalahkan diri sendiri? Ya, memang harus kita persalahkan kerana segala bentuk bencana, penyakit, ketidakpuasan hati dan perasaan manusia segalanya datang dari perbuatan tangan manusia itu sendiri. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 41:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (41)
Maksudnya: Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan
tangan manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian
dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
Kita boleh ambil kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa sebagai contoh terbaru. Sebelum ini, telah berlaku kejadian seperti itu di tempat yang sama yang mengakibatkan Hill Tower runtuh menyembah bumi. Tetapi perangai manusia yang selalu tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku 15 tahun yang lalu masih lagi mahu berumah di situ. Jadi, akibat dari ketidaksedaran manusia itu telah mengorbankan nyawa mereka sendiri. Salah siapa? Dari perspektif islam, pernahkah kita bertanya bagaimana proses pemaju untuk mereka membina rumah banglo mewah di situ? bagaimana kehidupan harian mereka? Adakah dari sumber yang baik? Adakah kehidupan mereka berteraskan apa yang diperintah oleh pemilik alam ini? Ingat, bala Allah itu tidak mengira siapa pun mereka, golongan kaya, golongan miskin, orang Islam, bukan Islam, golongan alim ulama ataupun bukan, semuanya jika kehendak Allah itu mahu terjadi, maka tidak ada siapapun boleh menghalangnya. Itu kita bercakap tentang peristiwa tahun lepas.
Selain itu, kejadian sedih yang lain seperti pembunuhan, pemberontakan, peperangan. Bagaimana semua ini boleh berlaku jika tidak dari perbuatan tangan manusia itu sendiri. Pembunuhan di merata tempat, pemberontakan di sana sini, bom berdentum di depan rumah. Selamatkah kita dengan keadaan dunia hari ini? 60 sudah pergolakkan di bumi Palestin, masih tiada kesudahannya. Perjanjian demi perjanjian telah dirancang, tetapi akhirnya menemui jalan buntu. 27 Disember 2008 di akhir penghujung tahun hijrah 1429, sekali lagi tentera kejam Zionis dengan rasa tidak bersalah dan malu menceroboh negara Islam dengan alasan Hamas menyerang mereka. Berita terbaru hampir 500 orang telah mati syahid di bumi Gaza tempat kelahiran Imam besar Syafie. Israel dengan rasa gah tidak mempedulikan bantahan penduduk dunia sedang menyerang setiap penjuru daerah Gaza. Salah siapa semua ini terjadi? Manusia lagi? Ada kebenarannya kerana pemimpin-pemimpin negara Islam dunia dan rakyat Islam tidak bersatu melawan kekufuran yang semakin berleluasa. Akibatnya, manusia yang tidak bersalah menjadi korban. Organization Islamic Council (OIC) salah satunya organisasi orang Islam peringkat antarabangsa hanya boleh mengadakan perjumpaan bagi membincangkan permasalahan pergolakan ini. Hanya itu sahajakah tindakan yang mereka boleh lakukan? Terbaru cadangan dari Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar OIC menubuhkan tentera pengaman sendiri untuk menyelesaikan isu Palestin ini. Jadi, wajarkah? Bagi saya cadangan ini perlu dititikberatkan oleh semua persatuan Islam antarabangsa termasuk Emeritus Arab Bersatu untuk menubuhkan pengaman ini selain bantuan kemanusiaan yang lain. Rakyat biasa seperti kita apa yang boleh kita lakukan? Tepuk dada, tanya iman. Yakinlah dengan nasruminallah. Mencari harapan baru agar kesengsaraan mereka di bela. Dunia perlu sedar hak kemanusiaan di cabul. Nyawa manusia bukan hak manusia mutlak, sebaliknya hak Allah S.W.T.
Oleh yang demikian, perlu kita muhasabah kembali apa salah kita? Allah menguji kita supaya bukan kerana Dia tidak sayangkan kita. Bila hidup direntangkan ujian, itu seruan tanda kasih Tuhan, bukan Dia sengaja membebankan, bukan jua menyusahkan, jauh sekali membiarkan. Tapi kerana Dia tahu hati yang di uiji keperitanlah lebih lunak pengharapannya kepada Tuhan.
Salah siapa?
Ada Apa Pada Nama???
Siapa kata tiada sebarang erti di sebalik nama seseorang? Dengan hanya berpandukan kepada 'nama', pelbagai rahsia personaliti mampu kita bongkar jika tahu caranya..! Jadi, apa kata kalau kita sama - sama berkongsi rahsia untuk mengenalpasti apakah maksud yang tersirat di sebalik nama kamu. Mudah saja..
Cara - cara :
1) Kenalpasti abjad - abjad yang terkandung dalam ejaan nama kamu. Sekiranya ada abjad yang berulang, kira abjad tersebut untuk sekali sahaja.
2) Lihat maksud abjad yang terdapat dalam nama kamu itu.
3) Gabungkan kesemua maksudnya dan lihatlah hasilnya..Itulah keperibadian yang ada dalam dirimu sebenarnya..!
MAKSUD YANG TERSIRAT DI SEBALIK ABJAD :
A - agak pendiam sekiranya terdapat sesuatu perkara bermain - main dalam fikiranmu.
B - berhati - hati apabila bertemu individu yang baru dikenali.
C - kamu masih sembunyikan sesuatu dalam diri kamu. Kamu masih lagi belum menonjolkan bakat dan kebolehan yang ada dalam diri kamu sepenuhnya.
D - kamu bermasalah untuk mempercayai orang lain.
E - kamu tergolong dalam kategori individu yang menyeronokkan.
F - semua orang menyayangi kamu.
G - kamu mempunyai cara tersendiri untuk memerhati dan menilai individu.
H - kamu tidak mempunyai kepakaran dalam menilai sesuatu perkara.
I - kamu murah dengan senyuman dan sentiasa membuat orang lain turut tersenyum.
J - Opps..kamu agak cemburu orangnya.
K - kamu gemar mencuba sesuatu perkara yang baru.
L - kamu amat percaya pada cinta.
M - kejayaan hadir dengan mudah dalam kehidupanmu.
N - kamu gemar bekerja tetapi kamu sentiasa inginkan waktu untuk berehat.
O - kamu tergolong dalam individu yang berfikiran terbuka.
P - kamu seorang yang peramah dan amat memahami.
Q - kamu agak hipokrit.Awas!!
R - kamu gemar bersosial dan berhibur.
S - kamu memiliki tahap pemikiran yang luas dan jauh kehadapan.
T - sikap kamu ada kalanya agak menjengkelkan orang di sekelilingmu. Hindari sikap suka berlagakmu itu.
U - kamu sentiasa berperasaan bahawa kamu harus setanding dengan individu di sekelilingmu walaupun ia di luar kemampuan dirimu yang sebenar.
V - Wow!Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik.
W - kamu sentiasa mementingkan waktu - waktu peribadi yang ada. Kamu akan
X - kamu tidak suka pada arahan. Bagi kamu, kamu tidak perlukan arahan orang lain dalam hidup ini..
Y - Kamu sering menimbulkan pelbagai masalah kepada orang lain bahkan diri kamu sendiri.
Z - kamu sentiasa bergaduh dengan seseorang.
Kesimpulannya:
Teliti maksud setiap abjad yang terdapat dalam nama kamu. Setelah itu gabungkan kesemua ciri - ciri abjad nama kamu. Ini membolehkan kamu melihat dan mentafsir dengan lebih jelas lagi keperibadian diri kamu yang sebenarnya! MUNGKIN ianya ada KEBENARAN...sekadar kajian psikologi dan sosiologi. Ada kebenarannya atau tidak kerana segalanya dari DIA. Tuhan Maha Mengetahui. Wallahu'alam..
Ada Apa Pada Nama???

