Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Erti Hidup Pada Yang Sudi

|

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menerima, berkorban, menghargai dan meneliti.

Kita pernah "DITIPU"
dan mungkin pernah "MENIPU"
tapi dari itu kita belajar tentang apa itu KEJUJURAN

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF

Setiap waktu yang kita telah habiskan dalam hidup ini tidak akan berulang kembali.
Namun ada ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan...
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses
Hidup adalah belajar
Tanpa ada batas umur
Tanpa ada kata tua

JATUH berdiri lagi
KALAH mencuba lagi
GAGAL bangkit lagi
Sampai Allah memanggil
"WAKTU kita untuk pulang"


Share/Save/Bookmark

Sanggupkah Kita?

|

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yg lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. 

Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!" si anak terkejut melihat najis bertaburan di anak tangga dan dilaman rumah. "Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga. 

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga. Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak. 

"Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. "Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini. 

"Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati. Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Hadis Nabi saw :"Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT" 

Semoga menjadi iktibar..Wallahu'alam.


Share/Save/Bookmark

Tekanan Perasaan (STRESS)

|

Bercakap tentang stress atau tekanan perasaan ia adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian. lanya boleh berlaku di tempat kerja, atau mungkin dalam percintaan, dalam rumahtangga, seperti apabila kita membelanjakan wang, membuat sesuatu pilihan atau semasa kita bergaul dengan orang lain.

Sedikit stress boleh menjadi pendorong tetapi jika ianya berlebihan dan berpanjangan, ia boleh menyebabkan gangguan kesihatan. Kesan-kesan jika terdapat tekanan perasaan adalah seperti berikut:

1. Mental - resah, gelisah, kemurungan, kurang motivasi, kurang keyakinan, mudah naik angin, bosan.

2. Fizikal - susah tidur, kurang selera makan, sakit perut/kepala/pening, tidak bermaya.

3. Cara Hidup - merokok dan menghisap dadah, minum arak untuk lepaskan tekanan.

Jika masalah ini berlarutan, ia boleh mengakibatkan penyakit mental dan fizikal.


Cara mengendali tekanan perasaan dari sudut motivasinya yang sedikit sebanyak boleh membantu menangani masalah ini.

1. MENGENALI DIRI SENDIRI

- Menerima kelemahan atau kekurangan pada diri sendiri.

- Mengetahui kebolehan diri. Mempunyai matlamat yang boleh dicapai.Membuat pilihan yang sesuai.

2. MERANCANG KERJA ANDA

- Menentukan keutamaan dan pengagihan masa.

- Menyesuaikan diri dalam kerja.

3. MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN BAIK

- Buat keputusan hanya setelah mengkaji semua pilihan.

- Jangan terlalu mengikut perasaan bila membuat keputusan.

4. BERKONGSI MASALAH

- Berbincang dengan orang yang boleh anda percayai seperti ibu bapa, guru, suami, teman rapat dll.

5. MENJAGA KESIHATAN

- Makan makanan yang seimbang.

- Melakukan senaman dan tidur yang cukup.

- Mempelajari cara-cara untuk menenangkan diri (seperti teknik relaksasi).

6. MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

- Memberi cukup masa untuk bersama dan bermesra dengan keluarga.

- Memupuk sifat saling memahami.

- Memupuk kasih sayang.

- Menjadi pendengar setia.

7. SOKONGAN DARI KAWAN

- Selain keluarga, teman juga memainkan peranan yang penting. Carilah teman yang boleh berkongsi susah dan senang. Menjadi pendengar yang baik.

Wallahu'alam. Terima kasih kepada pembaca.


Share/Save/Bookmark

Cara Menasihati Orang Yang Tersayang

|

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekadar perkongsian. Berikut adalah cara² dan petua bagaimana untuk menasihati anak,isteri atau suami supaya tidak degil.

1- Semasa mereka sedang tidur kerana masa inilah paling sesuai terutamanya diwaktu 2/3 malam . Kerana diwaktu ini fikiran di bawah sedarnya ( sub conscious mind) adalah paling optimum. Yang sebenarnya tidur adalah fikiran sedarnya (conscious mind) ataupun minda sedar.

2- Sentuh lah langit² anda dengan perut ibu jari tangan kanan anda kemudian usap perlahan² ibujari anda itu ke ubun² kepala mereka.

3- Semasa ibujari anda di atas ubun² kepala mereka hendaklah diselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W diikuti bacaan surah Al-fatihah. Kemudian diteruskan dengan zikir Subhanallah Walhamdulillah Walaila HaillAllah di dalam hati tanpa putus.

4- Kemudian angkat ibujari tangan anda kemudian membisik dengan perlahan (supaya mereka tidak terjaga) sambil zikir tidak putus di dalam hati anda.

5- Bisikanlah kata² nasihat serta teguran atau apa sahaja yang diinginkan .. kalau dapat pastikan zikir tidak putus dibaca di dalam hati.

6- Anda boleh melihat reaksi mereka mendengar dengan melihat kelopak mata mereka bergerak2.. insyallah kaedah ini berjaya.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah ( Hanafi An Nu'man ) seseorang pernah bertanya kepada bapanya ( Bapa Imam Abu Hanifah )

"Tuan bagaimana tuan mendidik anak tuan sehingga menjadi sebegini istimewa?"

Jawabnya " Aku mendidik beliau semenjak 40 tahun lagi sebelum beliau dilahirkan"

Dari segi logik memang tak masuk akal .. tetapi sebagai renungan .. bagaimana mungkin acuan bulat boleh menghasilkan kuih yang bersegi empat?

Oleh itu untuk membina keluarga yang kita kehendaki bermula dari pembentukkan diri kita sendiri ...Semoga memberi sedikit ilmu kepada kita semua. Wallahualam.

Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers