Showing posts with label Family dan Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Family dan Peristiwa. Show all posts

Kelantan dan Terengganu

|

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebulan sudah blog ni bersawang tak update...takda cerita. Sedar tak sedar dah masuk final year kat UIA ni...sekarang semester pendek, berbaki 1 semester panjang lagi bulan 7 ni...hujung tahun InsyaAllah grad. Harap dipermudahkan. Doakan yea...

Cuti baru2 ni, ingatkan dah ada di Medan,Indonesia, tapi Tuhan tak izinkan lagi untuk ke sana. DIA izinkan makan angin di Pantai Timur, dah masuk 5 tahun tak jejak bumi Kelantan dan Terengganu. Kali terakhir tahun 2005 masa di Kusza (UDM). Itupun 9 hari je, sempat ikuti minggu suai kenal di Kusza, lepas tu diterima masuk ke UIAM. Plan yang mendadak, tanpa perancangan yg rapi..akhirnya berjaya jgk pujuk ayah ikut sekali kami ke sana.

Dengan masa yang singkat, tempat2 yg selalu org lain pergi...kami sempat jugak singgah walaupun tak lama. Yang menariknya di kawasan Pasir Tumbuh...gedung ilmu, dengan MRSM, kolej, sekolah agama, pondok dll. Bertemankan pemandu pelancong tanpa gaji, sepupu sy...abg fikri yang sangat sporting...layanan istimewa. Explore lorong2 kecil yang padat dengan rumah, pondok2 kecil amat menyentuh perasaan. Kita yang hidup dengan segala kemudahan di luar takkan sama dengan hidup di pondok. Teruja dengan suasana kehidupan di pondok, tenang, pelajar2 sibuk menadah kitab dengan tok guru...rumah papan yg cukup dhaif, tapi di situlah terletaknya keberkatan untuk mencari ilmu yang sebenar. Perit jerih mereka bertahun2 hidup di pondok berkayu lebih bahagia bagi mereka dari hidup di bangunan batu 4 tingkat yang telah siap dibina dalam kawasan pondok itu sendiri.

Usai solat maghrib di masjid, sy sempat berjalan di dalam kawasan pondok. Lepas maghrib kalau takda pengajian, mereka mencari inisiatif lain untuk belajar.,berjalan di lorong2 kecil mencari abang2 yang lebih arif dari mereka untuk menuntut. Mungkin bagi mereka bermacam cerita yang mereka akan kongsikan dengan masyarakat di luar, hakikatnya pandangan negatif masyarakat terhadap pengajian di pondok sama sekali tidak betul. Malamnya ke Wakaf Che Yeh..tak ramai sangat orang sebab bukan musim cuti. Kawasan dah luas, tak daya nak habiskan semua gerai. Beli apa yang patut je. Harga boleh tahan, yang penting kena pandai tawar menawar.

Sebelum bertolak ke Kuala Terengganu, kami singgah dulu di Bandaraya Islam, Kota Bharu.. tak sah kalau datang Kelantan tak singgah di pasar Siti khadijah. 3 jam perjalanan kami sampai di Kuala Terengganu.,dah membangun, bangunan cantik2. Jalan raya pun dah banyak berubah dari 5 tahun yang lepas. Bermalam di rumah sepupu jugak di Kuarters Guru sekolah Sultan Sulaiman. Pagi esoknya, kami singgah membeli belah di Pasar Payang, kemudian ke Pantai Batu Buruk, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam sebelum bertolak balik Kedah. Dalam perjalanan balik pun sempat lagi berhenti beli keropok lekor di Bukit Bunga, jajahan Tanah Merah. Dulunya deretan kedai yang pendek dah berubah menjadi panjang sehingga kami tak sempat habis berjalan.

Itu saja cerita pengalaman yang nak dikongsi. Kepada anda pembaca, jangan segan nak menjejakkan kaki ke Kelantan dan Terengganu. Wassalam.

Share/Save/Bookmark

Lapor diri

|

Assalamualaikum. Harap semua berada di bawah jagaanNya insyaAllah. Sudah seminggu lebih tidak berkesempatan menulis entri baru sejak tibanya bulan Jun. Syukur dengan izinNya, diberi peluang lagi untuk berkata-kata dalam entri kali ni.

Semester pendek  kali ni kurang  sibuk. Saya sempat meraikan kedatangan keluarga  ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah dengan rezeki Allah dapat juga adik melanjutkan pelajaran. Pendaftaran bermula 8.00 pagi. Keadaan hari pendaftaran agak tidak jauh berbeza berbanding sewaktu zamanku dahulu pada tahun 2005. Tempat pendaftaran ditempatkan di Al-Malik Faisal Hall. Agak ramai yang sedang menunggu giliran. Di kesempatan untuk menunggu angka giliran tiba, saya sempat membuat semakan ke semua dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftarannya nanti.

Alhamdulillah, jam 12 tengahari segala urusan pendaftaran selesai. Tiba masanya untuk mengangkat beg. Perasaan penat tidak menghalang untuk terus berhenti membantu mengusung beg besar ke tingkat 4 mahallah Zainab al-Jahsyi. Tempat yang cukup asing bagiku semasa di Matrik dulu. Keadaan lebih ceria apabila ditemani anak saudara sepupu dengan celoteh dan kelakar dia yang bernama Muaz. Maklum sajalah, dah lama tidak mempunyai adik kecil. Gelak tawa Muaz membuatkan kami terasa ingin kembali ke zaman seusia dia.

Dahulunya pusat pengajian ini diberi nama Matriculation Center of IIUM, tetapi sejak tahun 2007 namanya telah ditukar kepada Center for Foundation Studies atau Pusat Asasi UIAM. Prasarana tidak bertambah, cuma beberapa pertukaran telah dibuat oleh pihak universiti. Kesemua jurusan sastera telah dipindah ke kampus di Nilai, Negeri Sembilan. Antara perubahan lain, mahallah Aisyah tidak wujud lagi kerana ditukar menjadi mahallah Umar al-Khatab II, manakala mahallah Umar yang asal ditukar menjadi mahallah untuk pelajar perempuan yang diberi nama mahallah Fatimah dan yang lain kekal seperti biasa.

Segalanya sudah selesai, kami sempat menziarahi adik bongsu di SMAP K sebelum keluarga bertolak balik ke Kedah pada keesokan harinya. Semoga semua pengorbanan ayah mak yang sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit akan kami balas dengan kejayaan InsyaAllah. Syukran ‘ala kulli hal.




Muaz lapar ke?

Dah kenyang garu kepala lagi





Share/Save/Bookmark

Baru dapat sambung semula internet...

|

Afif dan Asma Afifah
Ayah dan Asma Afifah

Akmal Wajdi, mak, Asma, Amir

Dah lama tak update. Tak gi refresh akaun wireless uia..bila gi ofis ITD ( Information Technology Division), mereka dan keluarga mereka hanya meminta no.matrik dah beres. Ingatkan masalah bsr sampai 2 minggu tak boleh connect. Erm...banyak benda nak bercerita. Tapi kita mula dengan balik kampung cuti raya cina baru2 ni. Walaupun sekejap, tapi sempat jgk gi berjalan-jalan. Pertama sekali gi Open Day PLKN di Dusun Resort Kuala Nerang. Adik kembar diperintahkan oleh kerajaan untuk PLKN kat situ. Sebenarnya dari mula masuk mereka berdua, tapi si abg kembar ni terpaksa mintak tangguh sebab nak sambung belajar STAM. Menangisla si adik kembar perempuan ni ditinggalkan abgnya. Sekolah menengah dulu pun tak sekali. Ingatkan dpt PLKN blhla dorg dok skali. Tapi adik terpaksa korban...Dorg ni mmg rapat, maklumla kembar. Sayang sgt kat abg dia. Ok, tu crita psl dorg. Walaupun balik bercuti cuma 2,3 hari tapi sempat ziarah saudara mara, siram pokok2 kat kampung sbb dh musim kemarau kat Kedah. Dan yang paling best dapat makan bubur asyura mak buat. Terima kasih kpd family. Itu cerita time cuti...




Kembar sepasang 'Ammar Afifi dan 'Asma Afifah

Amir Mohd Akram, Amirah, mak, Asma, Ashraf

Lepas cuti ni plak..takda apa sgt pun. Cuma baru-baru ni alang-alang dah lalu dekat dengan Batu Caves tu balik dari Low Yat sempat singgah tgk mcmana org beragama Hindu meraikan Thaipusam. Untuk pengetahuan kita bersama apa yang dimaksudkan dgn sambutan Thaipusam ni sbnrnya mengikut kepercayaan mereka, mereka ni sambut ulangtahun kelahiran dewa Murugan yang patung besar kat Batu Caves tu. Sapa2 yg bernazar kena berjalan dari Marang, Kuantan ke Batu Caves tanpa memakai kasut. Kena puasa jgk bg org yang bernazar, puasa mereka ni bukan mcm org Islam, cuma tak boleh makan makanan berdarah je mcm daging, ayam dsb. Itulah serba sedikit tentang Thaipusam yang berbeza dgn perayaan Deepavali(sambutan cahaya). Kita sambung lg nanti.





Thaipusam

Wassalam...


Share/Save/Bookmark

12 Jan 2009 ( Daftar adik SMAP Kajang)

|

senyum sket Anas:-)


Masuk harian metro...Sumbangan wang daripada Dato' Seri Mahadzir Khalid kepada 70 orang pelajar 5A.

Kudrat ibu bapa selagi mana mereka masih hidup dan mampu, selagi tu lah mereka berusaha untuk memberi didikan yang sempurna untuk anak-anak. Baik dari segi sudut agama dan lain-lain. Yang perlu dititik beratkan ialah ilmu agama kerana ia akan menjadi satu pedoman dan petunjuk yang paling bermakna dalam hidup seseorang mukallaf. Ilmu lain pun penting jgk sebab Allah perintahkan kita untuk mencari ilmu. Tapi mestila ikut haluan yang betul. Berbalik kepada tajuk saya tadi. Pengorbanan ibu bapa sangat-sangatla tidak terhingga. Tak dapat di bayar dengan apa sekalipun. Yang menoreh getah dengan cara menoreh getah, yang mengusahakan sawah dengan cara mereka, yang bekerja di pejabat dengan cara bekerja di pejabat. Masing-masing mempunyai haluan tersendiri. Namun hakikatnya, pernah tak kita terkenang bagaimana perngorbanan mereka untuk kita?

Bergambar sebelum keluar dari Smap Kajang.

12 Jan 2009. Adik Afif, adik bongsu aku di terima masuk ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Aku begitu kagum dengan dia yang begitu berani menempuh cabaran di usia 12 tahun. Kali pertama tinggal berjauhan dari mak ayah di kampung. Hampir 13 tahun dia menemani kedua orang tuaku di utara semenanjung mewakili adik beradik ku yang lain. Semangat di usia muda untuk mencari ilmu tak kira di mana membuatkan aku begitu kagum melihat dia. Wajah nampak gembira, tapi hatinya mungkin agak sedih meninggalkan mak ayah berdua di rumah.


Saat yang paling sedih waktu bersalaman.. Ayah ku menahan sebak sebab nak tinggalkan dia. Boleh tahan ke adik aku ni? mak...ayah?Tapi hati mereka kuat insyaAllah.. Tapi masa dalam perjalanan nak balik, mak aku sebut2 lagi nama dia. Maklumla hati ibu mana tak terasa berjauhan dgn anak bongsu yg di jaga sejak kecik lagi. Nak jumpa pun mungkin sebulan sekali je lps ni. Pengorbanan mak ayah tak ada tolok bandingnya. Sanggup datang dari utara ke selatan semata-mata nak tgk anak mereka berjaya dlm hidup. Korban masa, tenaga, wang ringgit dan sbgnya. Kadang-kadang aku menitiskan air mata kalau kenang balik perit jenuh memerah keringat untuk sara anak2 walaupun memang menjadi tanggungjawab mereka. Kita sbg anak tak dapat balas jasa mereka. Tapi sekurang-kurangnya bagi mereka dengan kejayaan kita. Mereka cukup2 bahgia kalau anak-anak berjaya. Kalau kita sempat tengok berita malam semalam dua beranak mati di tempat kejadian dalam perjalan nak hantar anak ke universiti dari Perlis ke Kuala Lumpur. Innalillah...semoga mereka berdua tergolong dalam org beriman.

On the way ke KL. Rest di R&R Tapah.

Anas tido..anak sedara.



Jadi, konklusinya...kita prihatin la dengan tanggungjawab kita sbg anak kepada kedua orang tua yang inginkan anak-anak mereka berjaya dunia akhirat. Jangan sakiti hati mereka. Kalau dh masuk ke menara gading ataupun belajar di tempat bagus2 jgn lupa org di bwh. Balik kampung jangan sombong2 ngan org kampung setempat. Jangan sampai org kampung ckap kita ni berlagak. Tegur dan senyum selalu. Berbakti kepada ibu bapa dan org kampung...Wallahualam.

Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers