Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

10 Negara Minyak Termurah

|

Setiap kali alasan Malaysia, harga minyak terpaksa dinaikkan ialah berikutan harga minyak dunia naik. Padahal, Malaysia adalah antara pengeluar minyak mentah dunia, kenapa kita pula yang terpaksa naikkan harga. Cuba kita lihat 10 negara yang turut menjadi negara pengeluar minyak mentah untuk negara lain.


1. Venezuela ($ 0.05 / liter atau RM0.15/L)
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chavez - cukup terkenal kalau kita mengikuti politik antarabangsa. Seorang sosialist. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menyenangkan rakyatnya. Tentu sahaja dengan harga minyak yang murah di negara beliau, beliau akan diundi lagi sebagai presiden akan datang.

2. Turkmenistan ($ 0.08/liter atau RM0.24/L)
Entah sebab apa negara
yang terletak di sekitar sempadan Asia dan Eropah ini boleh mempunyai harga yang rendah untuk minyak mereka. Bahkan harga seliter lebih murah dari sebungkus maggie segera.

3. Nigeria ($ 0.10/liter atau RM0.30/L)
Nigeria memiliki stok minyak di antara 10 negara terbesar di dunia. Namun mereka juga mengalami konflik yang berpanjangan, jadi jangan hairan jika pemerintah setempat tak ingin membuat rakyat marah dengan harga minyak yang tinggi.

4. Iran ($ 0.11/liter atau RM0.33/L)
Walaupun negara ini dijangka akan kehabisan minyak 74 tahun akan datang,mereka tetap memberi harga murah untuk minyak mentah mereka.

5. Arab Saudi ($ 0.12/liter atau RM0.36/L)
Saya rasa tak ada yang ragu lagi kenapa negara ini boleh memberikan harga termurah untuk minyak di negara mereka. Semua orang di dunia ini juga tahu kalau negara ini adalah pengeluar minyak terbesar dunia.

6. Libya ($ 0.14/Liter atau RM0.42/L)
Negara yang baru saja terkena krisis pemerintahan ini dan masih berlaku lagi di sana sekarang adalah negara dengan stok minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia. Memang logik kalau harga minyak mereka merosot.

7. Kuwait ($ 0.21 / liter atau RM0.63/L)
Hampir sama seperti negara Qatar, Kuwait adalah negara nombor 5 terkaya di dunia, jadi sangat masuk akal bahawa harga bahan bakar di Kuwait sedikit lebih murah daripada Qatar.

8. Qatar ($ 0.22/litre atau RM0.66/L)
Dengan stok minyakya yang melimpah dan dengan jumlah penduduk yang tak terlalu besar, Qatar menjadi salah satu negara terkaya di dunia. Wajar saja negara ini mempunyai kemampuan untuk menjual minyak yang mahal ke luar negara dan menjualnya dengan harga murah di dalam negeri.

9. Bahrain ($ 0.27/litre atau RM0.81/L)
Sebagai negara yang mempunyai keluasan wilayah yang kecil dan mempunyai akses yang luas dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain, maka jangan hairan jika harga minyak di negara ini murah.

10. United Arab Emirates ($ 0.37/liter atau RM1.11/L)
United Arab Emirates adalah sebuah negara yang menarik untuk menjadikan tempat tinggal. Selain memiliki salah satu negara harga bahan bakar termurah di dunia mereka juga negara terkaya nombor 4 di dunia.

Mungkin sahaja apabila ditukar kepada matawang negara mereka, harganya lebih tinggi sedikit..tetapi kalau nak dibandingkan di Malaysia amatlah jauh beza sekali. Jadi, anda fikir dan nilailah sendiri.


Share/Save/Bookmark

Mihrab Cinta

|

Assalamualaikum...

Nantikan filem islamik adaptasi dari novel Mihrab Cinta tulisan Habiburrahman El-Sherazy. Sebelum itu, dengarkan dulu salah satu OST dari filem ini. "Bunga-bunga Cinta"





Tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta
memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

Share/Save/Bookmark

Ilmu agama bukan untuk makan gaji

|

KETEREH, 16 Ogos- Rakyat di negeri ini diingatkan agar tidak mengharapkan kerja makan gaji semata-mata bila tamat pengajian dari mana-mana pusat pengajian tinggi kerana bagi mereka yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan maupun luar negara adalah merupakan satu kelebihan kepada mereka kerana telah mempunyai ilmu,demkian dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian di majlis Ramah Mesra Pelajar Kelantan yang akan melanjutkan pelajaran di Timur Tengah bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Pembangunan Islam dan Dakwah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau amat berharap agar pelajar yang berjaya ke Timur Tengah mendalami sebaik mungkin ilmu agama maupun perubatan kerana di Timur Tengah terkenal sebagai gedung ilmu.

“ Saya amat berharap agar anak-anak semua tidak melepaskan peluang untuk merebut peluang belajar ilmu di sana kerana Mesir dan negara lain di sana adalah merupakan satu gedung ilmu yang amat luas dan pulang nanti dapat menyebarkan kepada masyarakat lain pula”ujar beliau.

Nik Aziz juga berkata cara penyampaian ilmu pada masa beliau menuntut dulu masih lagi dipratikkan masa kini dan pelajar diberi peluang untuk mengikuti pelbagai ceramah atau kuliah dan ia amat mudah difahami.

Di majlis yang sama juga, beliau telah memberi nasihat agar pelajar yang bakal menuntut di sana tidak mensia-siakan harapan keluarga dan tidak mencemar maruah negeri kerana kebanyakannya adalah dalam bidang keagamaan.

“Gejala sosial yang berlaku di negara ini seperti jenayah, pembuangan bayi, dadah, pecah rumah dan sebagainya, hanya kerana mempelajari ilmu dunia semata-mata dan tidak mendalami ilmu akhirat.

Bakal Pelajar di Timur Tengah menerima cenderahati dari Tuan Guru



Beliau juga menaruh harapan agar pelajar yang menuntut ilmu agama ini akan pulang menjadi pewaris kepimpinan kerajaan masa kini dan meneruskan syiar Islam di bumi Kelantan.

Seramai 283 pelajar dari YIK akan melanjutkan pelajaran ke Mesir Jordan dan Morocco, mereka akan berlepas secara berperingkat-peringkat bermula 18 Ogos hingga 4 Oktober ini.

Pelajar turut menerima sumbangan dari Tabung Kebajkan Badan Perhubungan PAS Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Amar sendiri.



Sumber : http://gegarkelantan.net


Share/Save/Bookmark

Bayi Lahir Tanpa Alat Sulit

|

Perasaan ta'ajub, sedih memikirkan akan ciptaan Allah ini. Tapi segalanya memberi pengajaran kepada manusia sebagai didikan dari Allah kepada hamba-hambaNya.
 Sesuatu tidak terjadi tanpa hikmah tetapi sesuatu terjadi dan dicipta mempunyai maksud tertentu. Maksud itu boleh dikaji oleh akal manusia dalam batasan yang termampu. Dalam batas yang termampu manusia boleh sampai kepada suatu titik tentang keperkasaan dan kebesaran Allah s.w.t..Kepada yang mampu memberi bantuan, hulur-hulurkanlah untuk kos pembedahan adik Nabil ini. Seharusnya pihak berwajib memandang serius kepada keadaan pasangan suami isteri demi menjaga kesejahteraan bersama.

Share/Save/Bookmark

Relevan atau Tidak???

|

Semester 1 bulan 7 akan datang, peraturan baru akan dikuatkuasakan oleh pihak UIA. Pakai topi keledar menjadi agendanya di sini. Kepada anda yang mempunyai motorsikal anda perlu bersedia untuk menerima peraturan ini. Persoalannya, relevan ke dalam kawasan UIA pakai helmet kalau bahasa mudahnya?? Tidak dinafikan kebanyakan IPTA lain di Malaysia ini memang sudah lama menggunakan peraturan ini. Semasa saya masih di matric PJ dulu kedengaran khabar angin akan dikuatkuasakan juga peraturan ini. Tetapi kemusykilannya, adakah ia relevan? apa alasannya?

Jika keseragaman peraturan dengan IPT lain menjadi alasannya, adakah ia sudah kuat hujahnya. Atau adakah untuk mengelak dari berlakunya kemalangan. Memang diketahui umum keluasan UIA tidaklah setanding dengan IPT lain seperti UUM, UKM dan sebagainya. Malahan kebanyakan jalanraya mereka mempunyai dua hala. Jadi wajar bagi mereka menggunakan peraturan memakai helmet di dalam kampus jika ini menjadi hujah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Tetapi, bagaimana dengan UIA?

Bagi saya, peraturan ini ada kebaikan dan keburukannya. Mungkin baik dari segi keselamatan kepada semua pengguna motorsikal. Akan tetapi saya fikir, ramai yang akan mengeluh apabila setiap kali hendak ke kelas mesti pakai helmet. Letak dan kunci bawah kusyen motor, ada risiko ke untuk hilang? Mesti ada kan? Atau perlu dibawa masuk dalam kelas setiap kali ada kuliah untuk elak kecurian. Jadi, kelas akan dipenuhi dengan helmet. Tetapi ramai ke yang bawa motor dalam setiap kelas? Pertemuan telah dibuat antara MPP UIA dan Rector bagi membincangkan isu ini. Relevan atau tidak keputusan telah dibuat dengan peraturan ini akan dilaksanakan bermula bulan Julai ini.

Persoalan-persoalan ini sengaja saya tinggalkan untuk sama-sama kita fikirkan bagi mencari satu modifikasi yang baru dalam menjamin kepuasan semua pihak. Tidak semua manusia akan berpuas hati dengan apa yang kita lakukan dan tidak semua apa yang manusia lain buat kita akan berpuas hati. Fikir-fikirkanlah. 

p/s : For IIUM students : Dialogue Student to Admin on 27 May 2009 (Experimental Hall) 8PM about wearing helmet in campus for rider. Come to show your concern for this issue.


Share/Save/Bookmark

Harga Petrol akan naik lagi?

|

Menteri PDN dan HEP Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan harga petrol RON97 akan dinaikkan pada awal September ini kepada RM 2.00 berbanding harga sekarang RM 1.80. Bagaimanapun beliau juga telah mengumumkan satu jenis minyak petrol baru RON95 akan menggantikan RON97 dengan harga RM1.75 yang dikatakan mempunyai kualiti tinggi. Kita bersetuju atau tidak ianya telah pun diputuskan oleh barisan kabinet. Survey sms telah dibuat oleh pihak ntv7 menunjukkan 80 peratus rakyat Malaysia bersetuju dengan langkah ini manakala 20 peratus lagi adalah sebaliknya. Diharap apa yang diperkatakan tidak akan membebankan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Share/Save/Bookmark

Barisan Kabinet Baru 2009

|

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)

Share/Save/Bookmark

Apa sudah jadi dengan dia???

|

Assalamualaikum...

Saya agak terkejut dengan cerita ini. Mungkin ramai sudah tahu kebenarannya kerana disiarkan di televisyen. Beliau salah seorang peserta audition One In A Million (OIAM). Saya memang terkejut melihat gelagat beliau dan agak mengecewakan dan sukar untuk saya mempercayai.


Dahulu beliau seorang vokalis salah sebuah kumpulan nasyid. Kalau tidak silap saya tahun 90-an lagu mereka selalu kedengaran di kaca televisyen, di stesen-stesen radio tanahair. Memang cukup popular lagu mereka pada ketika itu. Tetapi sejak kebelakangan ini, namanya sepi dari industri tanahair. Dengar khabar beliau telah melanjutkan pelajaran ke luar negara di negara matahari terbit dalam bidang professional.
Apabila baru-baru ini muncul di kaca televisyen keadaannya sudah jauh berbeza.


Persoalannya disini, kenapa beliau boleh berubah sedemikian dari hala tuju dakwah kepada nyanyian, tambahan dengan perubahan perwatakan beliau agak menyedihkan sehingga tidak sanggup untuk kita melihatnya kerana sukar untuk mempercayai. Apalah salah dia sampai jadi sebegitu rupa? Ataupun
culture shock apabila berada di rantau orang. Di mana nilai keislaman yang beliau bawa-bawakan dalam irama nasyid sebelum ini? Adakah sudah hilang begitu sahaja? Persoalan-persoalan ini anda sendiri yang perlu menjawabnya kerana anda sendiri yang akan menilai dan meletakkan keputusan kepada beliau.


Sebenarnya siapa yang saya maksudkan? perlukah saya khabarkan di sini? Atau mungkin cerita ini akan mengguris hati individu lain. Saya tidak mungkin akan khabarkan ceritanya di sini kerana risau akan terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada saya.


Kesimpulannya, manusia dilahirkan seperti sehelai kain putih. Manusia sendiri akan mencoraknya dalam kehidupan dunia dalam menuju ke negeri akhirat. Harapan selepas lahir agar menjadi manusia yang terbaik di atas muka bumi. TETAPI takdir qadha dan qadar Allah telah menentukan dan telah tertulis segalanya. Tidak mustahil manusia yang zaman mudanya dia seorang yang soleh, patuh kepada agama, apabila hampir saat kematian dia durhaka kepada Allah. Nauzubillah...Apa yang kita mahukan iman dan ketaqwaan kita semakin maju dan kuat melawan mehnah dan nafsu dunia. Biarlah hidup kita secara bersederhana tetapi ketaatan kita kepadaNya tidak luntur walau sesaat. Itu yang kita harapkan. Ameen...

Share/Save/Bookmark

Tarik balik biasiswa

|

KUALA LUMPUR 27 Mac - Kelab UMNO Luar Negara meminta kerajaan menarik balik tajaan termasuk biasiswa pelajar di luar negara khususnya di Mesir yang melibatkan diri secara langsung dengan parti pembangkang.

Wakil Kelab UMNO Southampton, Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan (gambar) berkata, pelajar terbabit yang bergerak melalui Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (Pemeram) kini bergiat aktif dan mendapat sambutan yang luar biasa.

Malah, jelasnya, Pemeram bertindak lebih pantas daripada pegawai-pegawai kerajaan Malaysia di Mesir yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan penuntut lain dengan menjemput pelajar baru dari lapangan terbang bagi menarik untuk menyertai mereka (Pemeram)

''Selain itu, Pemeram juga telah bertindak melebihi batas apabila memonopoli seluruh bangunan asrama milik kerajaan Barisan Nasional (BN) di Mesir sehingga meminggirkan pelajar-pelajar yang berada di bawah naungan Kelab UMNO,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Md. Hazlin Agyl berkata, pihaknya mengesyorkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menguruskan bahagian pemilihan dan penghantaran pelajar baru ke luar negara secara berpusat bagi memastikan tiada pihak lain yang cuba untuk mengganggu-gugat pemikiran penuntut baru.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan disaran mengambil pendekatan baru iaitu dengan mengadakan rundingan di antara kerajaan dengan kerajaan secara kerap.

Dalam pada itu, menurut beliau, pihaknya turut menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang meneruskan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berikutan bahasa Inggeris merupakan medium perantaraan utama di seluruh dunia.

Beliau menjelaskan, sekiranya tiada penguasaan dalam bahasa Inggeris dengan baik, golongan muda dan rakyat Malaysia sukar untuk bersaing dengan bangsa lain di peringkat global.

Katanya, sebagai bukti, hampir seluruh rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara menyatakan pandangan yang sama kerana pendedahan bahasa asing banyak membantu seseorang individu itu berdaya maju dan efektif dalam kerjaya.

"Kelab UMNO akan terus menyokong pandangan dan hasrat daripada kerajaan dan UMNO demi melakukan perubahan untuk rakyat terutamanya generasi muda," katanya.

Sumber: utusan.com.my
Share/Save/Bookmark

Hasil Boikot Anda

|

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.
Share/Save/Bookmark

KOPI RADIX TIRUAN

|


Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers