Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Mustajab Doa Hampir Serlah Tetapi Keliru

|

Assalamualaikum...wbt


الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا

Syukur Allah masih hulurkan nikmatNya kepada kita hingga saat dan detik ini,peluang dan ruang. Hampir setahun tidak dicoretkan sesuatu atas laman ini. Liku-liku hidup yang dilalui,berkejar ke sana sini. Kalau dunia yang kita cari, amat rugilah hidup ini.

Tercari-cari bacaan doa dari Al-Quran,hadis,para sahabat dan ulama-ulama. Mencari sesuatu bacaan doa yang akan hilangkan semua resah,gelisah,masalah yang menimpa hidup sehari-hari. 

Saudara pembaca,

Semua orang diajar, apabila ditimpa masalah,ujian,dugaan dan sebagainya, kita mohon doa pada Allah. Berapa ratus juta manusia memohon doa pada Allah. Tetapi berapa ramai doa permintaan kita dimakbulkan,diterima. Bahkan kita dikurniakan tempat-tempat yang Nabi selalu berdoa iaitu Makkah dan Madinah, bulan yang dimakbulkan doa iaitu ramadhan al-mubarak, malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu lailatul qadar. Ya,semua ini Allah beri kepada kita untuk kita minta padaNya. Tetapi sedarkah kita kenapa permintaan, doa kita tidak diterima oleh Azza Wajalla.

Jawapannya ialah tiada kekhusyukkan dalam hati, tadarru' dan rasa tawadhu' kita kepada Allah. Perasaan lemahnya kita apabila ditimpa masalah dengan meminta sungguh-sungguh kepada Allah apa yang dihajati. Perlu diingat,bacaan tidak memberi apa-apa kepada kita. Rintihan keikhlasan yang lebih Allah dengar dari hambaNya. Biarlah kita menangis dengan meminta pada Allah, bukan menangis kerana tidak mendapat sesuatu dari manusia.

Sedar ataupun tidak, manusia berduyun-duyun mahu ke Mekah Madinah apabila menghadapi masalah, dengan harapan apabila pulang dari sana masalah selesai kerana mereka percaya bahawa di sana tempat makbulnya doa. Nah, persoalannya kenapa masih ramai penduduk Mekah yang masih susah,meminta sedekah dan sebagainya. Ya,kerana Allah pandang pada hati-hati yang ikhlas meminta kepadanya, bukan hanya di bibir sahaja hebat meminta. 

Jangan kita memandang rendah pada yang susah, hidup melarat, sedangkan kita tidak tahu mungkin doa yang diminta pada Allah, lebih Allah pandang dari kita yang hidup serba sempurna. 

Ramadhan al-Mubarak kian menjengah untuk meninggalkan kita. Sudah pasti kita mengharapkan sesuatu dari madrasah ramadhan kali ini. Ayuh saudara, kuatkan tekad, tingkatkan semangat. Anggaplah mungkin ini ramadhan yang terakhir buat kita,berlumba-lumba buat yang terbaik. Wallahu 'alam.

Kullu sanah, wa antum bikhoir.

Share/Save/Bookmark

Doa Sujud

|

اَللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، ولك أسْلَمْتُ، سَجَدَ وَجْهِيَ لِلِّذِي خَلَقَهُ، وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، تَبَارَكَ اللهُ أحسَنُ الْخَالِقِينَ
Ya Allah, kepada-Mu aku sujud, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku menyerah diri, wajahku sujud kepada Allah yang menciptakannya, yang membentuk rupanya, yang memberikan pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah, Tuhan Pencipta yang terbaik.
(HR Muslim 1:534)
اَللَّهُمَّ إني أعوذ بِرِضَاكَ مِن سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِن عُقُوبَتِكَ وأعوذ بِكَ مِنكَ، لاَ أُحصِي ثَناء عَلَيكَ، أَنتَ كَمَا أَثنَيتَ علَى نَفسِكَ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan-Mu (agar terselamat) daripada kemurkaan-Mu. Dengan kemaafan-Mu (agar terhindar) daripada seksaan-Mu. Aku berlindung kepada Engkau daripada Engkau, Aku tidak membatasi pujian kepada-Mu. Tidak dapat aku menghitung pujian ke atas Engkau. Engkau (kebesaran dan hakikat keagungan-Mu) adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas diri-Mu.
(HR Muslim 1:352)

Share/Save/Bookmark

Doa Peperiksaan

|

هذه بعض الأدعية التي يُستحب تلاوتها للتسهيل على الطلاب:

* دعاء بعد المذاكرة: اللهم إني أستودعك ما قرأت وما حفظت فاردده لي عند حاجتي إليه إنك على كل شيء قدير.

* عند التوجه إلى الامتحان: اللهم إني توكلت عليك وفوَّضت أمري إليك، لا ملجأ ولا منجى إلا إليك.


* عند دخول الامتحان: ربي أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطاناً نصيراً.


* عند بداية الإجابة: ربِّ اشرح لي صدري ويسّر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي، بسم الله الفتاح اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلاً وأنت تجعل الحزن سهلاً يا أرحم الراحمين.


* عند تعسر الإجابة: لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين، يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ربي إني مسَّني الضر وأنت أرحم الراحمين.


* عند النسيان: اللهم يا جامع الناس ليومٍ لا ريب فيه، اجمع عليَّ ضالتي.

* بعد الانتهاء من الإجابة: الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله





Share/Save/Bookmark

Kurniakan kelembutan-Mu

|


جُدْ بِلُطْفِكْ يَا إِلَهِي مَن لَهُ زَادٌ قَلِيلُ
Kurniakan dengan kelembutan-Mu wahai Tuhanku bagi sesiapa yang sedikit bekalannya

مُفْلِسٌ بِالصِّدْقِ يَأتِي عِندَ بَابِكْ يَا جَلِيلُ
Dalam keadaan muflis dia datang dengan ketulusan di sisi pintu-Mu wahai Tuhan Maha Tinggi


ذَنبُهُ ذَنبٌ عَظِيمٌ فَاغْفِرِ الذَّنبَ الْعَظِيمَ
Dosanya adalah dosa yang besar, maka ampunkanlah dosa besar tersebut

إِنَّهُ شَخْصٌ غَرِيبٌ مُذْنِبٌ عَبْدٌ ذَلِيلُ
Sesungguhnya dia itu adalah orang dagang, berdosa dan hamba yang hina


كَيْفَ حَالِي يَا إِلَهِي لَيْسَ لِي خَيْرُ اْلأَعْمَالِ؟
Bagaimanakah keadaanku wahai Tuhanku, aku tidak memiliki amalan-amalan baik?

سُوءُ أَعْمَالِي كَثِيرٌ زَادُ طَاعَاتِي قَلِيلُ
Amalan jahatku banyak sekali sedangkan bekalan ketaatanku amat sedikit

Share/Save/Bookmark

Doa

|

Doa Memohon Rezeki Dari Setiap Penjuru





Maksudnya :"Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW; sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat Yang Maha Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa hisab. Luaskan dan banyakanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dan perbendaharaan rezekiMu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahanMu jua. Dan limpahkanlah pula rahmat dan salam atas nabi dan para sahabat beliau. "

Doa Memohon Keampunan


"Ya Tuhanku,! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui . Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi". (QS. 11:47)






Share/Save/Bookmark

Doa

|

Doa Murah Rezeki:-

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan padaku” Riwayat Ahmad, Tarmidzi



“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu, (hingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu” Riwayat At-Tarmidzi

Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers