Halawatul Ibadah : Kemanisan Dalam Beribadah
Bayi boleh bercakap
Juraij meminta anak yang baru dilahirkan itu datang bertemu dengannya bersama ibunya, seorang pelacur lalu Juraij meletakkan jari telunjuknya di atas pusat anak berkenaan sambil bertanya: "Wahai budak! Siapakah ayahmu?"
Allah mahu menolong Juraij yang juga merupakan seorang wali-Nya yang ikhlas dengan tiba-tiba sahaja kanak-kanak itu menjawab: "Ayah saya ialah pengembala kambing." Orang ramai menyaksikan `Karromah' (kemuliaan) yang dikurnia Allah kepada Juraij dengan peristiwa itu.
Penduduk sekitar perkampungan Juraij kembali mempercayainya dan ingin menggantikan surau papan yang dirobohkan dengan surau diperbuat daripada emas.
Bagaimanapun Juraij menolak tawaran itu sebaliknya meminta mereka membina surau seperti yang telah dirobohkan.Kisah ini menunjukkan betapa wajibnya kita menunaikan tanggungjawab berbuat baik kepada dua ibu bapa keduanya tidak menganut Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Redha Tuhan di dalam keredhaan kedua ibu bapa. Murka Tuhan di dalam kemarahan kedua ibu bapa."Bagaimana pula sekiranya kedua ibu bapa sudah meninggal dunia? Kita boleh berbakti dengan dengan berdoa kepada Allah supaya diberi rahmat, diampunkan dosa mereka, bersedekah, mengerjakan amal kebajikan dengan niat disampaikan kepada mereka di samping berbuat baik kepada kawan-kawan mereka.Firman Allah yang bermaksud: "Hendaklah berbuat baik kepada kaum keluarga." (Surah an-Nisa': 36).
Kaum keluarga yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang mempunyai hubungan silatur rahim dengan kita sama ada di pihak adik beradik seibu sebapa ataupun di pihak ibu, bapa, bapa saudara, sepupu dan lain-lain.Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Berbuat baik kepada anak-anak yatim." (Surah an-Nisa'; 36)
Anak-anak yatim yang dimaksudkan ialah kanak-kanak yang belum baligh yang ayah mereka meninggal dunia. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang-orang miskin." (Surah an-Nisa': 36)
Iaitulah orang-orang yang memerlukan pertolongan kerana menghadapi kesempitan hidup termasuk kekurangan harta benda, pendapatan tidak mencukupi untuk membiayai keperluan hidup diri dan keluarga mereka.
Mereka yang berkenaan perlu dibantu dengan menghulurkan bantuan seperti kewangan dan lain-lain sehingga mereka berupaya melepasi diri dari belenggu kemiskinan.Firman- Nya lagi yang bermaksud: "Dan jiran tetangga yang hampir dan yang jauh." (Surah an- Nisa' : 36).
Terdapat kekhilafan di kalangan ulama' dalam mendefinisikannya.
Mengikut Nauf asy-Syami yang dimaksudkan dengan jiran yang hampir ialah jiran yang muslim manakala jiran yang jauh pula ialah jiran di kalangan bukan Islam termasuk Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain lagi.
Mengikut Islam, kita mesti berbuat baik kepada jiran bukan Islam walaupun mereka bukan seagama dengan kita. Terdapat banyak hadith yang membicarakan tentang berbuat baik kepada jiran tetangga.
Bayi boleh bercakap
Adab Menguap
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap: Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh meninggikan suara ketika menguap: Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Tarmizi daripada nabi Muhammad s.a.w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan juga iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
Adab Menguap
Hukum Perempuan Memakan Pil Untuk Keluarkan Darah Haid
Seperti entri saya yang lepas mengenai hukum menderma darah bulan ramadhan, isu memakan pil ini juga adalah isu kontemporari. Tidak terdapat dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah khususnya. Kami mengkaji dari sudut kaedah fiqhiyah yang diguna pakai oleh ulama kontemporari yang kita boleh kaitkan dengan isu ini.
Secara realitinya, isu ini kita asaskan kepada tujuan seseorang perempuan itu memakan pil. Untuk apa mereka makan? Perlukah mereka mengambil pil ini? Adakah semua perempuan mengambilnya?
Jadi saya bahagikan persoalan-persoalan ini kepada tujuan-tujuan perempuan memakan pil ini. Sebelum saya terlupa pil yang dimaksudkan ialah pil duphaston nama diberi, mungkin terdapat lagi pil-pil lain di pusat-pusat perubatan dan farmasi. Berbalik kepada persoalan tadi saya ingin bahagikan kepada beberapa bahagian.
Hukum perempuan memakan pil untuk keluarkan darah haid
1. Gadis
Dari sudut kesihatan: Dibolehkan kepada mereka memakan pil untuk kesihatan contohnya untuk menormalkan kitaran haid mereka.
Dari sudut penipuan: Jelas menipu itu haram, contohnya mereka memakan untuk mengelak dari menunaikan ibadah-ibadah contohnya solat 5 waktu, puasa dan sbgnya. Maka haram memakannya.
2. Perempuan yang sudah berkahwin
Kesihatan: Bagi perempuan yang sudah berumahtangga, mereka harus mendapatkan nasihat doktor untuk memakan pil tersebut bagi tujuan kesihatan. Sekiranya mereka disahkan hamil, maka tidak dibolehkan memakan pil kerana boleh menyebabkan keguguran. Jika sebaliknya maka dibolehkan.
Penipuan: Sama seperti gadis di atas jelas haram hukumnya.
3. Perempuan yang diceraikan suami
- Kemungkinan tedapat segelintir daripada golongan ini melakukan penipuan dengan memakan pil ini bertujuan mempercepatkan tempoh iddah mereka. Tempoh iddah yang sedia maklum adalah 3 bulan bagi perempuan yang bercerai. Mereka mengambil pil ini untuk mempercepatkan darah mengalir keluar. Seminggu atau beberapa minggu selepas itu, mereka memakan lagi pil ini dan darah sekali lagi keluar. Maka tempoh iddahnya telah masuk dua kali. Dan iddahnya berbaki satu kali lagi. Saya simpulkan tidak sampai 3 bulan mereka sudah mencukupi tempoh iddah mereka selama 3 kali, jadi mereka dibenarkan berkahwin. Tetapi pada asalnya perkara ini berlaku dengan penipuan. Maka hukumnya tetap haram kerana asasnya menipu. Ini bagi perempuan yang tempoh kitaran haid mereka normal.
Kaedah fiqh yang digunakan
- Bagi perempuan yang kitaran haidnya tidak normal misalnya 6 bulan sekali datang haid. Maka harus bagi mereka memakan pil tersebut jika ingin berkahwin semula selepas diceraikan. Sekiranya mereka ingin menunggu tempoh iddahnya selesai maka ia akan memakan masa 1 tahun setengah untuk mencukupkan tempoh iddah. Penungguan ini boleh membawa mereka kepada penzinaan jika sekiranya tidak dikahwinkan. Tetapi masalah menunggu tempoh iddah ini ada khilaf dalam mazahibul arba'ah seperti yang sedia maklum. Ringkasnya untuk kemaslahatan ia dibolehkan bagi golongan tidak normal seperti ini mengambil pil tersebut.
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu
قال النبي: ((إِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ))(سنن الترمذي)
Sesungguhnya kamu diutus sebagai org2 yg memudahkan dan kamu tidak diutuskan sebagai org2 yg menyusahkan
المشقة تجلب التيسير
Kesusahan dapat mengumpulkan jalan-jalan kepada kemudahan
Kesimpulan dari Hukum perempuan memakan pil untuk keluarkan darah haid ialah boleh makan tetapi bersyarat(mubah bissyurut). Segalanya bergantung kepada niat seseorang perempuan itu.
2. Penipuan = Haram
3. Kemaslahatan = Dibolehkan
Sekadar itu dulu. Segala kesilapan harap dapat diperbetulkan. Sebarang perkongsian boleh hantarkan komen di bawah. Kita mahukan jawapan yang lebih terperinci dan tepat. Saya memohon maaf sekali lagi jika terdapat kesalahan yang sengaja ataupun tidak disengajakan.
Wallahu 'alam.
Hukum Perempuan Memakan Pil Untuk Keluarkan Darah Haid
Hukum Menderma Darah Bulan Ramadhan
Hukum Menderma Darah Bulan Ramadhan.
Mungkin di kalangan kita kurang tahu mengenainya. Allah memberi kesempatan untuk mengkaji hukum ini. Sukalah saya di sini untuk berkongsi dengan pembaca supaya ilmu Allah itu tidak menjadi sempit dan akan tersebar meluas.
Pada hakikatnya isu ini adalah isu terkini. Sama sekali tidak wujud di zaman Rasulallah, zaman sahabat, mahupun di zaman tabie' dan tabie' tabien. Bahkan juga pada zaman Imam yang empat. Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Tidak mungkin kita memperolehi hukum ini dari zaman mereka kerana masih tidak wujud masalah ini. Saya akan cuba ringkaskan syarahnya supaya senang untuk difahami.
Isu ini kurang diperdebatkan oleh ulama muaasirin (kontemporari), rujukan yang saya sempat jumpa hanyalah kitab Ahkam Assiyam tulisan Syiekh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah ulama dari Arab Saudi. Mungkin terdapat rujukan lain yang saya terlepas pandang. Apa sekali pun syarah dari syiekh ini cukup jelas mengenai isu ini. Kitab ini sebenarnya adalah soalan-soalan atau kemusykilan masyarakat yang berkisar mengenai puasa dan ianya dijawab oleh syiekh dan dibukukan menjadi tajuk kitabnya Ahkam Assiyam.
Telah dibahagikan hukumnya kepada dua iaitu hukum puasa bagi orang yang menderma darah dan hukum menderma darah itu sendiri. Adakah dibolehkan atau tidak.
Apakah hukum puasa bagi orang yang menderma darah?
1. Seseorang yang ingin menderma darah kepada yang memerlukan, ataupun darahnya diambil untuk dibuat kajian penyakit maka hukum puasanya tidak batal sama sekali, tetapi dengan syarat kuantiti yang sedikit.
2. Seseorang yang ingin menderma darah dengan kuantiti yang banyak, dan menyebabkan badan penderma menjadi lemah, maka puasanya terbatal. Jika menderma kerana darurat contohnya seseorang memerlukan darah maka puasa itu turut terbatal tetapi tidak berdosa ke atas penderma dan wajib qada puasanya. Tetapi jika seseorang menderma darah tanpa darurat atau sebab yang munasabah maka terbatal puasanya dan berdosa serta wajib juga menqadakan puasanya.
Apakah hukum menderma darah?
1. Jika kemusykilan ini dikhususkan kepada siang hari pada bulan Ramadhan, maka tidak dibolehkan seseorang menderma darah dengan kuantiti yang banyak yang menyebabkan badan seseorang penderma menjadi lemah kecuali dalam keadaan darurat sahaja dibolehkan seperti yang disebutkan di atas.
Apakah dalilnya?
Kaedah yang diguna pakai oleh fuqaha ialah menggunakan kaedah Qiyas. Fuqaha menqiyaskan hadis:
Maksudnya: Dari nabi SAW: Batal puasa bagi pembekam dan dibekam.
Sekian, terima kasih kepada pembaca.
Hukum Menderma Darah Bulan Ramadhan
Mengapa Islam mengharamkan khinzir?
Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.?"Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?"Beliau menjawab,"Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina.
Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya. Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.
Mengapa Islam mengharamkan khinzir?