Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA

|

Assalamualaikum wbt

Rasa dah hampir 2 tahun tak update blog ni. Asal buka je akaun blog ni mesti blank taktau nak tulis apa. Kali ni posting nak santai-santai je. Tapi ada info.

Kereta kesayangan aku dah guna 5 tahun, selama 5 tahun tak pernah pun ada binatang bersayap yang teringin nak singgah dalam tu. Kalau ada pun sekadar lalu dan berlalu pergi.

Sejak aku kahwin 2014 pun still ok. Tapi sejak ada anak yang cergas tu aku tak boleh nak elak makan dalam kereta sampai berterabur. Biasala kan budak2. Kita pun kadang-kadang bersepah jugak lepas makan. 

Sampai dia umur dah 2 tahun si kecil tu,. tiba2 ada binatang yang mula mendirikan rumah tangga dalam kereta aku. Sampai satu tahap, beranak pinak. 

Isteri pulak fobia dengan binatang tu. Encik Lipas and the geng dah berjaya merebak. Jadi isteri dengan mencari cara di Sheikh Google jumpa tips cara perangkap Encik Lipas. 

Letak marjerin, minyak dan susu pekat dalam bekas. Kemudian letak bawah seat kereta.

Mulanya takda kesan sebab baru 2 hari. Lepas seminggu dibiarkan. Maka inilah hasilnya. 

Sukatan lebih kurang macam dalam gambar

Ok, itu saja tips yang mudah dan jimat untuk korang boleh try. Kalau nak beli spray pun boleh, tapi lepas tu kena cari la En Lipas dalam kereta kat mana dia mati aka vacuum. 

Jumpa lagi. Any comment tinggalkan kat bawah.

Share/Save/Bookmark

Tubuh manusia dijual

|

Tahukah anda?

Sebuah kilang di Rusia mengumpulkan bahagian-bahagian tubuh manusia termasuklah kornea mata untuk dijual. Keadaan kilang seolah-olah mereka sedang sibuk memotong bahagian-bahagian badan binatang seperti lembu dan sebagainya.

Bahagian tubuh manusia dikumpulkan dari mereka yang terlibat dalam kemalangan kereta, orang yang tinggal bersendirian di rumah yang mati pada musim sejuk, atau banduan di penjara yang mati dan tidak dituntut oleh ahli keluarga. Beberapa bahagian tubuh dan tulang dijual ke Fakulti Perubatan di beberapa buah negara seantero dunia.

Tulang kaki dieksport ke optik di Ireland dan Jerman untuk tampalan gigi yang makin popular di Eropah.





kornea mata




Share/Save/Bookmark

Pejuang Libya

|




Assalamualaikum wbt.

Ku mulakan bicara dengan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni, kita baca dan singkap sikit pasal sejarah. Kalau anda tak bosan dengan sejarah boleh teruskan pembacaan anda. Kalau dah bosan, sila tekan butang 'close' :-)

Anda kenal dengan tokoh pejuang di Libya?

Siapakah dia yang mendapat gelaran Lion of The Desert?

Sejak bila dia mula berjuang?

Aku cukup kagum dengan perjuangan dia, semua ni akibat dari menonton filem lakonan semula perjuangan dia oleh Anthony Quinn pada tahun 1981. "Lion of The Desert"

Dengan semangat Presiden Libya masa tu, filem ni diterbitkan untuk mengingati sejarah perjuangan dia. Berjuta juga wang dihabiskan demi menghasilkan filem yang berjaya pada amatan aku.

Kisahnya mengenai dia bersama kumpulannya menentang penjajah dari Rome(Italy) pada masa tu. Kalau tak salah tahun 1920-an dan 1930-an. Dia berasal dari suku Mnifa, dilahirkan di kota kecil bernama Zawia Janzour, sukunya merupakan salah satu dari beberapa suku yang pindah dari Najid, Arab Saudi semasa penaklukan Islam di Afrika Utara.

Lama jugak dia berjuang, memimpin penduduk Libya hampir 20 tahun sejak 1912. Bergerak secara Guerrilla. Tentera Rome payah untuk mengesan kedudukan mereka. Selok belok berperang di gurun tak boleh disangkal lagi, dia memang bijak mengatur strategi untuk melawan musuh di padang pasir. Oleh kerana itu gelaran Lion of The Desert diberikan kepada dia. Di sangka padang pasir yang rata, tiba-tiba muncul ahli kumpulannya menyerang musuh keluar dari timbunan pasir. Di sangka gua berpenghunikan kelawar, rupanya pejuang2 sedang menunggu penjajah negeri mereka. Strategi yang diguna dia cukup berkesan, bijak memotong bekalan komunikasi penjajah, menyerang pos-pos kawalan tentera Italy, merampas bahan letupan dan senjata di kem musuh. Pihak Italy terkejut dan malu dengan taktik gerila oleh pejuang2 Libya kerana kurang mahir dengan padang pasir.

Diktator yang bernama Benito Mussolini mengarahkan General Rodolfo Graziani untuk mengepalai tentera Italy di Libya. Payah bagi penduduk Libya(Libyan) untuk menerima rundingan oleh pemimpin Italy kerana mereka tidak mahu mengikut syarat-syarat yang dah dipersetujui Libyan. Bagi dia bersama kumpulannya cara berjihad sahaja untuk melawan Italy. Mereka tidak akan menyerah kalah, biarlah sejuta tentera Italy bersama kereta perisai mereka yang datang. Lawan tetap lawan. Berundur bererti dia mengingkari amanah oleh penduduk Libya kepada dia dan pejuang-pejuang yang lain. Biar sampai ke tali gantung sekalipun dia sanggup berjuang.

Dipendekkan cerita, Omar Mukhtar(1862 - 16 September 1931) yang aku maksudkan di sini. Perwatakan yang lembut tapi tegas. Hidup yang bersederhana. Mempunyai asas perjuangan yang kuat, tidak terpengaruh dengan ajakan sahabat lamanya dari Mesir untuk bekerjasama dengan musuh kerana Mesir lebih awal lagi menyerah diri kepada penjajah mereka.

Akhir sekali dia ditangkap pada 11 September 1931, dia dikepung dan tidak dapat melepaskan diri dek kerana mendapat luka semasa berperang. Selepas 3 hari perbicaraan, dia dijatuhkan hukuman gantung di hadapan ribuan penduduk Libya pada umur 70 tahun. Sebelum di bawa keluar ke tali gantung,kata Omar kepada General Rodolfo "kamu tangkap aku harini, esok ramai lagi generasi yang akan sambung perjuangan aku, mengapa perlu kami menyerah sedangkan ini tanah tumpah darah kami, biar aku mati dalam perjuangan kerana di situ sebaik-baik tempat berehat"

Kata terakhir sebelum digantung, Inna lillahi wa inna ilaihiraji'uun sambil memasukkan Al-Quran kecilnya ke dalam poket dadanya...Al-Fatihah!

*****




Share/Save/Bookmark

Hari Belia Negara dan Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2010

|



Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu yang lepas tidak ada aktiviti yang nak dilakukan, tanpa dirancang aku berjaya menjejakkan kaki di Bandar Putrajaya hanya mengikut haluan kawan yang membawa aku ke sana. Bila dah sampai traffic jammed, tertanya2 dalam hati...rupanya baru teringat ada sambutan Hari Belia Negara, berduyun-duyun manusia petang tu. Kami sampai dah agak lewat. Then, terus ke tempat berlangsungnya sambutan tersebut di depan dataran masjid Putrajaya. Agak ramai tapi tidak sesak oleh kerana kawasan yang luas. Apa yang wujud di situ macam biasalah, gerai-gerai makanan,pakaian,ejen-ejen swasta dan berbagai lagi. Oleh kerana kami sampai pada waktu petang, aktiviti-aktiviti yang best tak dapat disertai bersama seperti pertandingan cyber games, sepak takraw, bola jaring, bola baling, futsal yang lebih 300 pasukan dan lain-lain. Selain itu, 50 buah blog kreatif akan dipilih dan akan dipamerkan kepada YAB Perdana Menteri dan mereka yang terpilih akan menerima sijil dari Kementerian Belia dan Sukan. Pada malamnya, kami sempat mendengar konsert dari kumpulan Rabbani dan persembahan nasyid dari sekolah Alam Shah Putrajaya. Sebelum konsert bermula kelihatan host TV Farah Adeeba Mohd Ashraf sedang mengarah rehearsal model-model Butik Najjah untuk fesyen show hari berikutnya.

Pada keesokan harinya, hujung minggu aku dihabiskan dengan berkunjung ke Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2010 di PWTC yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama JobStreet.com. Di sana sebenarnya tidak wujud sama sekali pekerjaan yang berkait dengan bidang yang aku sedang belajar sekarang, tapi sekadar ingin melihat suasana sahaja. Lebih 500 syarikat, temuduga terbuka dan 15,000 peluang pekerjaan ditawarkan. Sebelum masuk,anda mesti mendaftar dahulu untuk mendapatkan sticker, pendaftaran hanya perlu mengisi butir-butir peribadi di laman web jobstreet.com. Kalau dah datang ke tempat ni anda jangan lupa buat salinan banyak2 resume untuk ditinggalkan dalam kotak di booth syarikat yang anda minati. Dalam dewan Tun Razak 1, ia dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memudahkan pengunjung mencari syarikat yang berkaitan dengan bidang kerjaya yang mereka ingin ceburi antaranya:

  1. Banking/Financial services (Bank Negara, Bank Islam dsb)
  2. F&B/Hospitality/Tourism (Berjaya Pizza Company, Hotel, Dome Cafe dsb)
  3. Construction/Property (UEM Group)
  4. Automotive/Aviation (AirAsia B, Honda, Naza, Perodua dsb)
  5. Manufacturing (Motorola Technology S/B)
  6. Education/Training/Grad Programs (IIUM, Cosmopoint dsb)
  7. Transportation/Logistics/Utilities (RAPID KL, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.)
  8. Diversified (KUB, Petronas, Sime Darby, AmcorpGroup B)
  9. Retail/Merchandise (Berjaya Time Square, Carrefour, 7-Eleven)
  10. Outsourcing/Shared Service (CTIC Corporation S/B)
  11. ICT/Telco (Telekom M. B, Touch n Go)
  12. Healthcare/Science & Technology (Usana Health Science, Chemical Company)
Sekadar itu dahulu perkongsian mengenai Hari Belia Negara dan Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan, semoga ia memberi sedikit sebanyak informasi yang berguna untuk anda pembaca. Sekian, Wassalam.

Share/Save/Bookmark

Azman Hashim Complex

|


Assalamualaikum...

Buat teman-teman pembaca.

UIAM bakal membuka satu kompleks hasil sumbangan orang Melayu ke-11 terkaya dan pemilik Ambank iaitu Tan Sri Azman Hashim. Kompleks yang akan menempatkan Ambank, Bank Muamalat, Bank Islam, bookstore, exclusive cafeteria dan sebagainya ini telah menelan belanja 6.5 juta. Apa yang menarik perhatian saya ialah dinding cermin yang melingkungi bangunan ini telah menelan kos sebanyak 2.5 juta. Masuk akal? Ya, mungkin kualitinya amat tinggi. Harapnya begitulah.

Rektor UIAM Prof Datuk Dr. Syed Arabi Idid berkata, menerusi projek ini mereka akan mengumpulkan wang hasil sewa dari kompleks sekurang-kurangnya RM500,000 setahun untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Syukur jika ini betul-betul dilaksanakan. Bangunan ini hampir siap 100% dan mungkin akan dibuka dalam masa terdekat ini. Semoga dengan kewujudan kompleks ini akan digunakan sepenuhnya ke arah kebaikan.

Wallahua'lam.

Share/Save/Bookmark

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S.

|

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W EMPAT kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

  1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.
  2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
  3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
  4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.


Share/Save/Bookmark

Notis terbaru dari UIA

|


Share/Save/Bookmark

Islamic Festival

|


Share/Save/Bookmark

IIUM Medical City

|

Assalamualaikum...

Barangkali ada yang sudah mengetahui akan hal ini kerana ceritanya digembar-gemburkan pada hujung Mac tahun lalu oleh media dan sebagainya. Tetapi kepada yang belum mengetahui ceritanya begini.

UIAM sedang mengorak langkah dalam dunia perubatan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pusat-pusat perubatan yang lain. Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan upacara pecah tanah di Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan di mana kawasan pembinaan yang diberi nama IIUM Medical City atau Bandaraya Perubatan UIAM hasil usahasama dengan syarikat Medicalcity Corporation (MALAYSIA) Sdn.Bhd atau dahulunya dikenali sebagai Tabung Haji Properties dan PKNNS pada 31 Mac 2008. Kawasan yang berkeluasan 528 hektar ini akan menempatkan sebuah universiti, hospital, pusat pentadbiran, masjid, pusat penyelidikan kesihatan perubatan, kompleks perubatan, pusat komersial, pusat konvensyen, hotel dan asrama pelajar mengikut model inisiatif kewangan swasta.

Projek yang menelan belanja kasar kira-kira 9.2 billion mengikut berita Bernama ini dijangka siap pada tahun 2025 nanti. Projek bandaraya perubatan ini turut melibatkan pelabur-pelabur asing seperti dari Arab Saudi, China dan lain-lain ini bakal melonjakkan reputasi UIAM di peringkat nasional dan antarabangsa amnya.

Namun begitu, kedengaran suara-suara yang menunjukkan kerisauan dengan projek ini. Tidak kurang juga yang menyambut baik. Ada yang mendakwa kampus UIAM di Kuantan sudah memadai memandangkan masalah kekurangan staf belum diselesaikan. Jika projek ini dijalankan mereka risau akan dianaktirikan kerana mungkin ramai akan bertumpu di Nilai sahaja. Di samping itu ada juga yang memberi komen laporan yang dibuat mengenai kolej kediaman tidak mencukupi dipandang sepi. Dan mungkin hari ini tindakan sudah pun diambil, harapnya begitulah.

Apapun persoalan dan alasannya, saya mengharapkan segalanya berjalan lancar. Projek dapat dibina untuk kebaikan semua pihak dan masalah rintihan dapat juga diselesaikan oleh pihak yang berkenaan demi mengangkat martabat institusi pendidikan Malaysia di mata dunia. Di sini saya selitkan beberapa keping gambar berkenaan. Sekian. Wallahu'alam.



MOU antara IIUM dan MCC.

Pandangan atas

Model

Hospital


Masjid




Share/Save/Bookmark

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

|


PUTRAJAYA, 14 Mei - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan melibatkan 600 syarikat yang menawarkan 10,200 peluang kerjaya dan keusahawanan.

Menurut kenyataan KPT hari ini, karnival selama tiga hari mulai esok akan dirasmikan oleh menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

"Kementerian mensasarkan sejumlah 600 ruang yang terdiri daripada pameran kerjaya oleh agensi kerajaan dan syarikat swasta yang akan menawarkan peluang kerjaya dan pameran keusahawanan oleh syarikat Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)," kata kenyataan itu.

Kementerian berharap dapat menarik lebih satu juta pengunjung yang terdiri daripada semua pelajar IPTA dan IPTS, graduan IPTA dan IPTS serta individu lain yang berminat.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sesi temuduga, ceramah kerjaya dan keusahawanan oleh pakar dan tokoh dalam pelbagai bidang, khidmat perundingan/kaunseling kerjaya, bengkel keusahawanan serta klinik resume.
Sumber: BERNAMA


Share/Save/Bookmark

For those who are still looking for any jobs

|

Please visit this website link. Click on 'Iklan Jawatan Kosong'. It will show you jobs advertisment by Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah. All these applications will close on 10 May 2009. Hurry up before the chance will regardless.

Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers