Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Day three

|

Jeti

Harmony Center

Ahmad Bin Ibrahim

marina barrage

Majlis Penutup


Ma'assalamah



Sebelum check out kami sempat bergambar dulu di pantai berhadapan dengan chalet. Suasana tenang tanpa ada pesisir pantai..cuma laluan pejalan kaki yang merentasi air laut yang menjadi kebiasaan kepada peminat-peminat pancing ikan untuk melepaskan ketagihan mereka.

Bas sudah sampai menunggu kehadiran kami untuk berangkat ke destinasi seterusnya sebelum bertolak keluar dari bandar Singapura pada waktu malamnya. Destinasi pertama hari ketiga kami di Singapura ialah Harmony Center, segala khazanah dan bahan bacaan sebagai informasi tentang Islam dan sedikit mengenai agama lain wujud di tempat ini. Material dikutip di merata tempat contohnya dari Malaysia, China, Indonesia dan sebagainya. Salah satunya saya tertarik dengan biodata seorang tokoh besar di Singapura, menjadi ahli parlimen, menteri kesihatan Singapura, dekan kuliyyah undang-undang di UM, dekan kuliyyah UIAM sehinggakan namanya terpatri sebagai nama kuliyyah, Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws, dan banyak lagi mungkin tak dapat ditulis di sini. Jasanya terlalu banyak dalam bidang undang-undang, tidak kiralah civil law atau syariah law.

Seterusnya, kami ke tempat terpenting dalam pembangunan dan kemajuan Islam di Singapura, MUIS atau Majlis Ugama Islam Singapura. Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bangunan yang berdiri teguh seiring dengan usaha gigih ummat Islam di sana. Diberi sedikit informasi oleh pegawai berkenaan tentang aktiviti-aktiviti dan sejarah penubuhan MUIS.

Kemudian, ke Marina Barrage. Tempat bendungan air antara air tawar dan air masin. Dibina untuk mengelakkan banjir di Singapura dan menjadi tempat penyulingan air (new water) selain mendapat bekalan air dari Malaysia. Belum puas main air, dah kena bertolak ke masjid Al-Huda untuk majlis penutup. Penyampaian cenderahati dan majlis wada'...suasana sedih sehinggakan program manager sebak menitiskan air mata kelakiannya sewaktu menceritakan detik-detik perjuangan beliau dalam menjayakan program educational trip ini. Bergambar kenangan sebelum bertolak balik dengan menaiki bas ke sempadan Singapura dan Malaysia, dan seterusnya transit di stesen bas Larkin, Johor untuk sampai ke UIAM. Dah abis citer...konklusinya, banyak pengajaran dan pengalaman baru dalam trip kali ini yang saya sudah ceritakan pada entri-entri sebelum ini.

Wallahu'alam

Share/Save/Bookmark

2nd Day

|

activities with orphans

Masjid Darul Aman

shopping...hang around

BBQ


  • Visit Darul Ma'wa...orphanage. 
  • Visit Masjid Darul Aman...learn how to manage masjid in professional ways, the ways and methods to attract teenagers come to masjid. Mostly, masjid staffs' or muwazzaf have been taken from fresh graduate among degree students who has qualification. Ideas from them base on what they have practice in university. Using technology nowadays such as social applications like facebook, sms to spread activity that will be conducted. Different in Malaysia, most of the muwazzaf among the elderly. So, we can differentiate. Thus, we should be improve the management of masjid in Malaysia because masjid is not just place for praying only. 
  • Shopping at Mustafa Center like Mydin in Malaysia.
  • BBQ with Masjid al-Huda staffs.

Share/Save/Bookmark

1st day di Singapore

|

airport Changi
leadership
Masjid Al-Iman
Jam 1 pagi bertolak dari UIAM, konvoi 5,6 buah kereta ke LCCT. Sampai pukul 4 lebih..pukul 5 check in. Lepas solat subuh terus masuk, pukul 6 pagi fly.
45 minit dalam flight then tiba di Airport Changi tunggu group yang kedua plak.
Bas datang amik untuk ke Masjid Al-Huda for opening ceremony, makan.
Kemudian terus ke Masjid Al-Iman, taklimat, tour.
Last destinasi untuk hari pertama ke tempat penginapan di Chalet Changi Resort...sebelum maghrib ada sikit talk leadership...then resting time for the next day. Secara ringkasnya...

Share/Save/Bookmark

Singapura

|

Assalamualaikum...wbt.

Agak lama rasanya blog ni tak dikemaskini. Mungkin sibuk dengan final exam, program dan sebagainya. Alhamdulillah semester baru sudah menjengah dan keputusan semester lepas juga agak baik. Entri kali ini lebih kepada program yang dianjurkan Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu UIA di Singapura.

Program yang mengambil masa 5 bulan untuk mengatur dan merancang segalanya. Turun naiknya pengarah program dari Kuala Lumpur ke Singapura, ulang alik dari Johor ke Singapura dalam membuat pertemuan dua hala bagi merangka pelaksanaan program ini antara wakil di Singapura Tuan Haji Azman dan saudara Hafiz Dasar wakil delegasi Uia ke Singapura.

Antara objektif utama program ini dilaksanakan untuk mengkaji umat Islam dan cara dakwah di Singapura, kuatkan ukhuwah islamiah antara dua negara, untuk memperkenalkan UIAM sebagai salah satu institusi islam di Malaysia, dan bertukar pendapat serta pandangan yang berkait rapat dengan sistem pendidikan dan sistem pengurusan agama Islam di Singapura.

Tempat utama yang dilawati dalam program ini adalah beberapa masjid yang terdapat di Singapura, antara Masjid Al-Huda, Masjid Al-Iman, Masjid An-Nahdhah, Masjid Darul Aman. Tujuannya bagi mengetahui selok belok pengurusan masjid di sana dan ini agak mengejutkan kami kerana apa yang dilaksanakan oleh pengurusan masjid di Singapura jauh berbeza dengan masjid-masjid di Malaysia. Terlalu kreatif,dinamik,positif,inovatif dan sebagainya.

Selain itu, kami dibawa melawat Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS) sebagai tunjang utama dalam pembangunan Islam di Singapura, Harmony Center sebagai tempat yang lebih kepada memperkenalkan Islam, Marina Barrage atau tempat bendungan air tawar dan air laut bagi mengelakkan banjir di Singapura, Darul Ma'wa sebagai rumah kebajikan anak yatim yang sempat kami melakukan aktiviti bersama mereka, dan akhir sekali kami di bawa membeli belah di Mustafa Center atau di Malaysia mungkin kita boleh gelarkan Mydin.

Mungkin ini serba sedikit yang saya boleh berkongsi dan InsyaAllah biiznillah kalau kelapangan akan dimasukkan lagi cerita-cerita yang lebih santai semasa saya berada disana dalam entri-entri akan datang.

Share/Save/Bookmark

Kemalangan Itu menyedarkan diri yang lalai...

|

Assalamualaikum semua...

Pengalaman kadang-kadang mengajar kita kehidupan yang akan datang, tetapi ia mungkin dilupakan manusia oleh masa. Kalau di matrik UIA dulu, kali pertama pernah dilanggar kereta. Jatuh tersungkur di bahu jalan depan PPUM. Yang lucunya aku hanya meminta ganti rugi RM10 untuk baiki motor yang dipinjam dari teman sebilik. Keadaan diri tidak langsung difikirkan, padahal ganti rugi untuk luka dan sebagainya mesti didahulukan. Tetapi keadaan masa tu agak panic berhadapan dengan situasi. Mungkin itu kali terakhir aku kemalangan jalan raya pada tahun 2007. Kata orang pengalaman mengajar erti kehidupan. Tetapi manusia seringkali leka dan akan tersedar apabila musibah menimpa sekali lagi. Itu kisah 2007 dulu.

18 hb Ogos 2009, lepas waktu kelas fiqh Ibadah, aku bergegas ke SMAP Kajang. Adik seringkali mendesak untuk aku ke sana. Berbagai alasan diberikan. Hujung minggu sibuk dengan program dan alhamdulillah semuanya telah selesai dalam 2 kali hujung minggu berturut-turut. Hari selasa curi masa jugak untuk ke sana dengan perasaan yang kurang enak, tak sedap hati. Berkali-kali doa di mulut sebelum bertolak yang sebelum ini jarang berdoa.

Alasan dari adik, printer di sekolah tak boleh diguna sembarangan. Jadi terpaksa aku menyiapkan folionya di cyber cafe di luar. Jam 7.00 malam selesai semuanya. Hari semakin gelap dengan keadaan hujan makin lebat. Lepas menghantar folio, hati masih lagi tak sedap. "Nak balik terus atau nak tunggu dulu" kata dalam hati. Tanpa berfikir panjang, aku bergegas balik juga walaupun hujan masih turun. Waktu balik sepatah doa tidak dibaca. Malah disumbatnya di telinga dengan earphone radio. Dalam perjalanan fikiran bercelaru, hati masih lagi teringat kata-kata adik yang terakhir "terima kasih abg"...tak pernah dengar dia mengucapkan terima kasih. Fikiran masih lagi melayang-layang dengan hujan turun basah membasahi bandar Kuala Lumpur. Dalam hati aku terdetik "rasa macam nak accident je". Tak sampai 5 minit kemalangan itu terjadi dengan sekelip mata aku melanggar lubang besar di depan bangunan Phoenix. Jatuh berguling jauh 2 meter mungkin dari motor. Bingkas bangun angkat motor dan berlalu dari situ. Helmet terbelah di pipi kiri kerana hentakan kepala di atas jalan, dengan curving handle aku perlahan-lahan balik ke Gombak.

Dalam perjalanan balik itu pun masih lagi ada dua kemalangan. Satu di Ampang kereta Satria melanggar belakang lori panjang dan satu lagi dekat traffic light simpang ke UIA. Kancil putih melanggar besi di tepi jalan. Itulah ceritanya. Sekadar perkongsian yang mungkin boleh kita ambil iktibar. Hakikatnya perkara yang akan berlaku ia tetap akan berlaku. Tak kurang sesaat pun dan manusia tak dapat lari darinya. Cuma perlu beringat dan berhati-hati. Wallahu'alam.

Share/Save/Bookmark

Curi Masa Untuk update...

|

Assalamualaikum...

Pertama sekali dan selamanya marilah kita merafa'kan rasa syukur kerana nikmat iman dan islam yang Allah berikan. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk hidup menumpang di bumiNya. "Pergi Tak Kembali"...tajuk lagu yang kini menjadi realiti kepada penasyid tersohor Ustaz Asri Ibrahim yang telah kembali kepadaNya Rabbul Jalil pada hari khamis dalam keadaan masih lagi dalam jalan dakwah. 'Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan apa?' Tinggalkan nama, jasa, akhlak dan budi pekerti yang boleh diambil contoh teladan. Selalunya setiap hari kita akan dengar azan maghrib di TV1, suara siapa lagi kalau bukan Ustaz Asri Rabbani, dan kelunakan alunan2 nasyidnya, bacaan Al-Qurannya. Itulah dia Ustaz Asri yang akan kita kenang sebagai hero industri nasyid tanahair. Al-Fatihah! Semoga rohnya dirahmati.


Gambar ini diambil selepas sehari beliau menjangkau usia 40 tahun iaitu selepas 3-8-09.
Sewaktu rakaman takbir raya untuk tahun ini walaupun beliau tidak sempat bertemu syawal.

Esok bermulalah Konvension Mahasiswa Islam antara IPTA dan IPTS. Perjuangan selama berbulan-bulan sejak semester pendek bagi menjayakan program ini akhirnya akan tiba. 14 dan 15 haribulan Ogos bertempat di Senate Hall UIAM. Pada mulanya penyertaan agak memberangsangkan. Namun, akibat penularan wabak H1N1 satu demi satu IPTA dan IPTS menarik diri. Dan akhirnya jumlah peserta tidak sampai 50 orang dari IPTA dan IPTS luar. Terpaksalah membuka penyertaan untuk pelajar UIA sendiri. Yang dicari 150 peserta, yang berdaftar selepas penyertaan di tutup 74 orang sahaja. Tapi, secara keseluruhan haruslah bersyukur dengan apa cara sekalipun kerana Allah masih mengizinkan program ini dijalankan.

Alhamdulillah, kali ni berjaya juga update. Dah masuk semester panjang susah sikit. Kalau dulu setiap hari update sebab semester pendek seminggu dua hari shj kelas. 'Ala kulli hal, syukran lakum. Semoga bertemu lagi pada entri akan datang. Wassalam.

Share/Save/Bookmark

Hadiri Walimah Wan Ahmad Hamdan dan Siti Hasmira. Tahniah!

|


HafizBad & Nabilah

Cuti hujung minggu baru ni, saya sempat pulang ke kampung untuk menghadiri 2 jemputan walimah sahabat saya saudara Wan Ahmad Hamdan dan saudara Hafiz Badarulzaman. Alhamdulillah, diizinkanNya dapat juga saya menghadiri majlis kenduri kesyukuran Wan di kampungnya di Gajah Mati Pendang. Cuma tidak ada rezeki untuk hadir majlis kenduri kesyukuran Hafizbad, ramai teman yang diajak tidak dapat menemani saya untuk memenuhi permintaan Hafizbad. Hanya ucapan sahaja dapat disampaikan kepada dia. Hadiah sudah siap dibeli, tapi takdir Tuhan tak dapat juga temukan saya dengan pasangan pengantin ini yang sama-sama pernah menuntut ilmu di Maktab Mahmud sezaman dengan saya dahulu. Kepada Hafizbad dan Nabilah, minta maaf banyak-banyak ye.

Apapun teman sekelas saya yang mula kenal di kelas arab semasa masih menuntut di Pusat Asasi UIAM, Wan Hamdan dan Siti Hasmira dapat saya menghadirkan diri ditemani adik-adik. Mendapat semangat untuk pulang ke Kedah apabila teman-teman dari UIA sanggup menunggang motorsikal untuk ke Kedah semata-mata ingin menghadiri majlis kenduri Wan. 6 buah motorsikal mereka memulakan perjalanan dari KL pada jam 1 pagi dan sampai di rumah Meor di Bertam, Pulau Pinang jam 10 pagi, sempat berehat 2 jam lebih sebelum meneruskan semula perjalanan ke Gajah Mati Pendang. Alhamdulillah saya sempat sampai bersama-sama mereka di rumah Wan Hamdan. Majlis yang dilangsungkan dengan sederhana, tetapi syukur kerana berjalan dengan lancar. Kepada Wan Hamdan dan zaujahnya, kami mengucapkan ucapan tahniah. Tidak lupa juga kepada Hafizbad dan Nabilah. Selamat Pengantin Baru untuk kalian. Semoga berbahgia dan berkekalan ke akhir hayat dibawah jagaanNya insyaAllah. 

Musim cuti sekolah ni, maklum sajalah jemputan kenduri kahwin hampir 20 kad diterima selain dari 2 jemputan sahabat-sahabat tadi, tetapi beberapa jemputan sahaja saya bersama keluarga dapat hadir. Boleh dikatakan musim makan daging lembu selain hari raya korban. Tetapi jemputan tetap jemputan, kalau boleh dipenuhi hajat mereka yang menjemput, kita harus pergi untuk meraikan pasangan yang mendirikan masjid dengan mengikut sunnah Rasulullah kerana kita disuruh oleh baginda untuk memperbanyakkan zuriat demi agama kita. 

 قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Cuma apa yang kita harapkan dari Dia semoga semua majlis walimah tersebut mendapat rahmat dan keredhaan dari Dia yang Maha kuasa atas segalanya. Ameen.

Share/Save/Bookmark

Pertemuan Tertutup Bersama Tan Sri Prof. Mohd. Kamal Hassan

|

Tengah : Prof Kamal Hassan. Kanan : Dr.Abd. Bari

Assalamualaikum...

Dr. Abd. Bari pensyarah subjek Qawaid Fiqhiyah saya bagi semester pendek kali ini mencadangkan satu pertemuan tertutup antara pelajar-pelajar kelasnya dengan salah seorang orang kuat UIAM Tan Sri Prof Mohd. Kamal Hassan. Kami sebulat suara bersetuju dengan cadangan beliau. Segala perancangan telah diatur dengan bantuan beliau sendiri. 2 haribulan Jun setelah selesai pembentangan assignment saya bersama saudara Shukri, majlis yang lebih kepada tazkirah itu telah diadakan di Shafie Conference Room.

Antara isi-isi dalam syarahan beliau:-

  • Banyak memperdebatkan mengenai Syiekh Yusof al-Qardhawi. Bagaimana uslub dan cara dakwah yang dibawa oleh ulama besar itu. Pendekatan-pendekatan beliau dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah. Mengambil pendekatan وسطية dalam aspek-aspek tertentu. Tidak terlalu ekstrim dan tidak terlalu menyempitkan sesuatu dalam isu-isu terkini.
  • Prof juga ada menyentuh mengenai cabaran masa kini dengan islam liberal. Negara jiran Indonesia semakin kuat dengan fahaman islam liberal ini kerana didokong dan disokong oleh golongan-golongan atasan. Malaysia juga dengan sisters in Islam sudah menular dikalangan masyarakat hari ini.
  • Selain itu, ukhwah insaniah yang patut dipupuk dalam komuniti di Malaysia khususnya. Ukhwah bersama orang-orang bukan Islam. Menjadi contoh teladan yang baik buat mereka. Ini menjadi satu cara untuk berdakwah dengan menunjukkan akhlak kita yang baik walaupun kita tidak berdakwah dengan cara pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
  • Perjuangan hari ini lebih kepada الغضب (kemarahan) bukan الحب (kasih sayang). Terlalu taksub dengan kumpulan masing-masing hingga mengakibatkan ada golongan yang tercicir.
  • Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin memulakan penulisan dengan nada yang marah, dia marah kepada rijal ad-dakwah dan golongan yang belajar agama kerana kurang berperanan.
Sedikit biodata beliau:

  • Dilahirkan di Kelantan pada tahun 1942
  • Graduan dari Universiti Malaya dengan B.A. Honours kelas pertama pada tahun 1966. 
  • Berkhidmat sebentar di Malayan Civil Service di Sekretariat negeri Ipoh. Pernah menjadi tutor selama 2 tahun di Univ. Malaya.
  • Mendapat Fulbright Scholarship di Amerika Syarikat pada tahun 1968. Memperoleh M.A., M. Phil. dan Ph.D. dari Columbia University, New York pada 1970, 1972 dan 1975 masing-masing. Menerima Columbia University Fellowship President selama empat tahun. Pernah melakukan lapangan kerja di Indonesia pada tahun 1973 di Ford Foundation Scholarship.
  • Beliau juga pernah berkhidmat di Univ.Kebangsaan Malaysia dari tahun 1976-1983.
  • Mula berkhidmat dengan Univ.Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983.
  • Dilantik sebagai Shaikh al-Kulliyah of Centre for Fundamental Knowledge, UIAM: 1983-1990.
  • Dilantik menjadi dekan pertama Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM 1989-1990.
  • Dilantik menjadi Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UIAM(Academic Affairs) 1990-1997
  • Orang Malaysia pertama dilantik menjadi Rektor UIAM tiga penggal bermula April 1999 sehingga April 2006.
  • Bidang dan minat yang khusus dalam kontemporari Pemikiran Islam khususnya di wilayah Asia Tenggara. 
  • Dilantik menjadi penasihat Malaysian Anti-corruption Commission sejak Januari 2009.
  • Sekarang bekerja sepenuh masa sebagai professor di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM.
Kesimpulannya kita wajib berdakwah dengan apa cara sekalipun terutama di kalangan orang yang tahu mengenai hal ehwal agama. Dengan teknologinya yang semakin canggih sekarang segala pendekatan boleh dilakukan khususnya dengan blog yang semakin popular. Blog bukan sahaja digunakan sebagai pengganti diari hidup semata-mata atau ingin melontarkan dan berkongsi pendapat, malah ia juga boleh menjadi satu medan dakwah dengan penulisan yang kreatif untuk menarik minat pembaca seperti kebanyakan blog yang kita dapati ketika ini. Tidak kurang juga dengan blog-blog yang banyak menceritakan hal keperibadian, pada saya hal keperibadian itu perlu diselitkan dengan sedikit pengajaran dari sudut motivasi atau input-input ilmiah yang berguna, tidak hanya penceritaan mengenai diri semata-mata. Tidak ada alasan untuk tidak menjalankan tugas kita sebagai khalifah. Semua golongan boleh memainkan peranan masing-masing dengan pelbagai pendekatan yang berbeda dari sudut politik, ekonomi, sosiologi dan sebagainya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ
Wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penolong-penolong Allah(agama Allah)
Assaf-14

Wassalam.

Share/Save/Bookmark

Happy Teacher's Day 2009

|


Thank you for all my teachers

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Share/Save/Bookmark

Cuti Semester baru ni...

|

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti semester kali ini saya berpeluang mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh seorang anak muda yang berusia 20 tahun di masjid berdekatan rumah saya. Beliau seorang yang aktif mengerjakan dakwah. Hampir setiap masjid dan surau di daerah berdekatan beliau ziarah dan memberi tazkirah. Petah berkata-kata di khalayak, menyampaikan ayat-ayat al-Quran dengan baik. Suka mengkaji tentang agama Islam. Suka berjalan melihat realiti kehidupan masyarakat melayu yang beragama Islam. Pernah memasuki pusat hiburan atau kelab malam dengan berjubah dan berserban. Sehingga orang menyangka beliau dari Jabatan Agama Islam. Kita bagaimana?
Tajuk yang dipilih beliau ialah Ummat Muhammad atau Ummat Yahudi. Tajuk ini dipilih kerana ummat Islam hari ini banyak mengikut cara barat atau cara Yahudi dalam kehidupan seharian. Cukup sedih dengan keruntuhan moral remaja masa kini. Bermacam-macam budaya barat dapat kita lihat dengan gaya pemakaian, cara pergaulan, sehingga berlaku penzinaan dan seks bebas di sekitar tempat ini. Anak luar nikah semakin ramai. Siapa yang patut dipersalahkan? Tepuk dada tanya iman kita.

Siapa sebenarnya beliau yang saya maksudkan? Hariz Ansori namanya setelah beliau memeluk agama Islam. Beragama Buddha dan berbangsa thai sebelum beliau menganut agama Islam. Oleh sebab inilah saya terpegun dengan semangat beliau untuk berdakwah. Cukup komited untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan berdakwah. Cuma agak sedih kerana rata-rata masyarakat hari ini tidak cinta kepada agama,tidak ada kerjasama kepada beliau bagi menganjurkan aktiviti dakwah ini, sedangkan kita sebagai orang beragama Islam seharusnya menjadi penyuluh, contoh dan petunjuk kepada orang yang baru memeluk Islam untuk menarik mereka supaya mengenali agama Islam lebih mendalam lagi. Tetapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Hariz Ansori adalah penuntut tahun 1 di Kolej Universiti Islam Selangor dalam jurusan accounting. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan beliau. Semoga perkongsian ini memberi iktibar kepada kita semua. Wallahu’alam.

Share/Save/Bookmark

Kem Bestari Solat(15 April 2009)

|

Assalamualaikum wbt...

Sehari selepas tamatnya perjuangan menempuh peperiksaan akhir untuk semester ini, saya rasa terpanggil untuk menghadiri satu kem bestari solat di sebuah sekolah berdekatan UIAM, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Anjuran Surau al-Falah dan Pendidikan Islam sekolah tersebut.

Program yang dilaksanakan seharian dari pagi hingga petang ini melibatkan 8 orang fasilitator dari jurusan Ilmu Wahyu UIAM. Saya bersama saudara Abdul Aziz dan rakan-rakan sisters yang lain bertungkus lumus untuk mencapai objektif utama kem ini adalah untuk memastikan pelajar dapat berwudhu', mengetahui bilangan solat fardhu, dan melaksanakan perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul samada solat bersendirian atau berjemaah. Fokus utama ialah kepada pelajar-pelajar yang terpilih dari tingkatan 1 hingga 5.

Apa yang menarik perhatian saya dengan program ini ialah mereka mempunyai semangat ingin tahu. Tidak kira bab solat ataupun kisah-kisah teladan. ''Ustaz! saya tengok ada orang solat bila tahiyyat, jari telunjuk dorg pusing-pusing, boleh ke tidak ustaz?, knapa batu hajarul aswad jadi hitam? kaabah ada zaman bila?" tanya mereka kepada saya. ''Ustaz...jom la belajar solat jenazah" ajak mereka. Saya tanya mereka "solat jenazah ada berapa rakaat?''. "Ustaz! ada 7, ada 5, ada 2 ustaz" Beginilah pelbagai jawapan yang diberi oleh mereka. Walaupun masa tidak meingizinkan untuk saya mengajar amali solat jenazah tapi saya sekadar menerangkan dengan tutorial sahaja dan bercerita sedikit kisah teladan. Alhamdulillah disambut baik oleh mereka kerana tadi mereka beria-ria hendak belajar. Sehinggakan bersiap sedia untuk melakonkan watak mayat. 

Ini menunjukkan petanda mereka mempunyai sikap ingin tahu dan ingin belajar walaupun mereka pelajar-pelajar yang "terpilih" di sekolah itu. Saya membuat kesimpulan awal mereka ini kurang perhatian keluarga, kurangnya kasih sayang dan faktor pengaruh dari luar sedikit sebanyak memberi impak dan kesan kepada kehidupan seharian mereka. Jika dipupuk lagi dari sekarang insyaAllah lebih berjaya. Kepada adik-adik dalam kumpulan saya dan kumpulan-kumpulan yang lain, teruskan usaha cinta kepada agama. Jangan malu untuk bertanya kerana sesungguhnya solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka mereka mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka mereka meruntuhkan agama. 

Majlis diakhiri dengan rumusan program dan ucapan penutup oleh wakil fasilitator dan penolong kanan sekolah serta sumbangan cenderahati kepada semua fasilitator. Sekian. Wassalam.








Share/Save/Bookmark

Lawatan ke Yayasan Restu dan Balai Seni Lukis Negara

|

Kakak tu tgh lukis zukhruf


14 Mac yang lepas, kelas khat saya semester ini sempat meluangkan masa mengadakan lawatan sambil belajar ke Yayasan Restu dan Balai Seni Lukis Negara. Yayasan restu adalah sebuah pusat yang menghasilkan mushaf Malaysia. Kami ditontonkan dengan video sejarah penghasilan mushaf mungkin sejak zaman tabien hingga terhasilnya sebuah al-quran yang dilengkapi dengan titik, baris, zukhruf dan sebagainya. Mushaf Malaysia merupakan tulisan tangan 100 peratus yang dihasilkan oleh Yayasan Restu. Yayasan ini bukan sahaja pusat kesenian kaligafi islam, malah menjadi pusat pengajian bagi yang berminat menceburi dalam bidang penulisan khat yang menawarkan pengajian peringkat diploma. Di sini terdapat beberapa buah galeri yang memperlihatkan hasil-hasil seni khat dari seluruh dunia. Malahan yang menakjubkan orang bukan Islam juga cukup pakar dalam penulisan khat.

Kalau diamati gambar kanak2 tu seperti realiti, tp hakikatnya lukisan semata2.
Lukisan orang tua duduk tu sekali dengan Zawawi posing, dia tak tau ada CCTV.huhu



Ini hasil tulisan orang Jepun Taiko Yushiharo.

Seterusnya ke Balai Seni Lukis Negara yang terletak di Jalan Tun Abdul Razak. Di sini juga memaparkan hasil-hasil lukisan tangan dan terdapat juga hasil tulisan khat. Lukisan yang terbaru mengenai palestin. Untuk pengetahuan bersama, setakat ini lukisan yang termahal yang wujud di Balai Seni ini mencecah RM200,000.00. Kalau sekilas pandang seperti tidak masuk akal, tetapi mungkin bagi orang seni mereka tahu menilai penghasilan sesebuah seni itu. Lukisan-lukisan di sini cukup menarik seakan-akan gambar realiti maksudnya bukan dilukis menggunakan tangan manusia. Itu yang menakjubkan saya, anugerah Allah itu cukup tidak terhingga kepada hamba-hambaNya. Seharusnya digunakan dengan sebaiknya ke arah hala tuju yang benar. Sekadar itu dahulu cerita untuk kali ini. Wallahu Taala 'Alam.

Inilah lukisan yang berharga RM200,000.00 ringgit tunai malaysia...tak percaya kan?



Share/Save/Bookmark

The prophet Muhammad Rasulullah S.A.W

|

Cuti Maulidur Rasul aku sempat meluangkan masa untuk mendengar ceramah di masjid Al-Hidayah di kampung sendiri. Penceramah yang dijemput ialah Dr.Muhammad Bakhir Bin Haji Abdullah. Beliau sekarang Dekan Kuliyyah Bahasa Arab di Kolej Univ. Insaniah (KUIN). Beliau pada asalnya pensyarah di Kuliyyah Bahasa Arab di UIAM. Tetapi dipanggil balik untuk berkhidmat di negeri asal bagi memantapkan lagi kuliyyah bahasa arab di KUIN. itu serba sedikit mengenai penceramah.

Yang kita nak bercerita sekarang tidak lain tidak bukan mengenai insan termulia yang diberi nama Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib. Setiap tahun kita sambut walaupun ianya bukanlah wajib dan baginda sendiri tidak pernah menyuruh kepada ummat untuk menyambut ulangtahun kelahiran baginda. Tetapi kita sebagai ummatnya bertanggungjawab melakukannya. Apa yang dapat diringkaskan dalam ceramah doktor akan aku coretkan di sini.

Tanggal 12 Rabiul Awal tahun gajah. Dinamakan tahun gajah kerana tentera bergajah Abrahah bin Ashram raja dari Yaman yang cemburu dengan kemajuan Mekah ingin meruntuhkan kaabah kerana kaabah menjadi punca ramainya manusia dari seluruh pelosok bumi datang menunaikan ibadah haji yang menyebabkan Mekah maju. Abrahah menghantar tentera bersama gajahnya yg sangat taat kepadanya menjadi ketua dalam serangan itu. Sebelum menyerang mereka bertemu dgn datuk Nabi yang pada masa itu menjadi ketua di Mekah. Kata Abdul Mutalib "إن هذا الكعبة ربي يحميها" sesungguhnya kaabah ini Tuhanku yang memelihara. Mereka tidak peduli dengan kata-kata itu dan ingin meruntuhkan juga dan dengan kuasa Allah datanglah burung ababil yang membawa batu berapi dari neraka menyerang mereka. Oleh sebab itulah Allah menurunkan surah Al-Fil bagi menceritakan kisah ini.

Keadaan sebelum kelahiran baginda diceritakan bumi menjadi tenang, makhluk Tuhan yang lain berselawat kepada baginda. Lahirnya Muhammad S.A.W di muka bumi tanpa setitik darah di badannya. Kaum kerabat baginda menyambutnya dengan gembira sehingga diceritakan pamannya Abu Lahab mengorbankan 99 ekor unta. Baginda kemudian dijaga dan disusu oleh Halimatussaadiah, orang yang bertuah dikalangan yang datang ke Mekah untuk menjadi ibu susuan baginda. Lahirnya baginda sebagai pengutus Allah untuk menyebarkan agama Islam. Baginda ulang alik dari rumah ke Gua Hira untuk mencari kebenaran yang hakiki. Siapakah penciptanya? Siapakah Tuhannya? Dan tiba masa kerasulan baginda, baginda didatangi Jibril, maka nabi terkejut dan berlari turun dari gua pada masa yang sama semua makhluk lain memberi salam kepada baginda "Assalamualaikum Ya Rasulullah", batu, kayu dan sebagainya semua memberi salam yang menyebabkan baginda berasa aneh. Sebelum ini baginda berulang alik ke situ tanpa ada yang memberi salam, tetapi selepas datangnya malaikat seluruh makhluk turut memberi salam. Ini membuktikan baginda adalah manusia terpilih yang menjadi utusan Allah yang akhir. Sifat mahmudah baginda yang patut kita contohi dari zaman kecilnya, remajanya sehinggalah dewasa sebagai suami, pemimpin keluarga, ummat khasnya yang tiada tolok bandingnya dengan sesiapa pun.

Dipendekkan cerita kehidupan baginda penuh dengan mehnah cabaran, dugaan dan berbagai rintangan dalam menegakkan kalimah Allah. Dugaan kita di zaman sekarang sekelumit cuma. Isu-isu global dan di dalam negara kita sendiri yang terpaksa berdemonstari di jalanan dek kerana pemerintah yang keterlaluan yang tidak mahukan kepada ajaran Islam. Dengan isu politik, ekonomi, pendidikan dan pelbagai cabang dan bidang menjadi agenda perbahasan sekarang. Namun, halangan yang kita tempuh ini tidaklah setanding di zaman Rasulullah dulu. Pemimpin arab jahiliyah dulu cukup menitik beratkan dalam memilih ketua mereka, nama sahaja jahiliyyah, tetapi mereka pandai dalam memilih pemimpin. Zaman sekarang kenapa susah untuk mereka terima islam? Yang batil ditegakkan, yang benar disembunyikan. Inilah tanda-tanda akan datang hari kiamat dalam waktu terdekat. Cukup banyak tanda-tanda yang kita sendiri sedang melihatnya.

Zaman sekarang rata-rata sudah celik dan pandai menilai antara baik dan buruk. Kalau ada dua golongan yang satunya memperjuangkan Islam dan satu lagi memperjuangkan kebangsaan, wajib untuk kita memilih yang memperjuangkan Islam. Kalau ada dua bank, satunya bank islam dan satu lagi bank bukan islam, maka bank islam patut kita pilih. Kalau pemimpin yang menegakkan agama Allah mengikut landasan yang betul dan pemimpin islam yang lari dari batas-batas agama, maka wajib kita menyokong pemimpin yang ingin kepada Islam. Contohnya amat jelas disini untuk kita memilih pemerintah kerajaan kita sekarang. Segalanya perlu kembali kepada Islam. Kalau kita dah tau pemimpin tu korupsi, pembunuh,perasuah,perogol dan sebagainya kenapa kita perlu angkat lagi untuk dijadikan pemimpin. Tak perlu berharap lagi kepada yang memimpin lebih 50 tahun dan perlu berharap kepada pemimpin untuk memimpin harapan baru untuk Malaysia. Baginda Rasulullah adalah contoh pemimpin agung yang wajib kita ikuti sehingga yaumul qiamah. Maulidur rasul kali ini wajarlah kita ingat kembali kepada ajaran baginda dalam memimpin dan dipimpin.

Ceramah diakhiri selepas 2 jam lebih. Doktor Bakhir begitu bersemangat dan lantang dalam menyampaikan ceramah maulid dan pandai mengaitkan dengan situasi zaman sekarang. Wallahu alam. Terima kasih kepada yang membaca.


Share/Save/Bookmark

Zikrul Maut!!!

|

Solat Jumaat aku yang lepas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang(SMAP K), agak memberi kesan kepada jemaah yang mendengar khutbah pada hari tu bagi yang mengambil ihtimam(perhatian). Walaupun ringkas tapi cukup berisi. Pertama kali aku mendengar khutbah yang disampaikan Ustaz Wan Akasyah seorang penceramah bebas. Ingin berkongsi dengan kalian kerana kita sebagai ummat manusia jangan terlepas dari sifat saling ingat memperingati.

Seseorang manusia tidak dinilai kepada pangkat, jawatan, harta, dan seumpamanya. Tetapi manusia dinilai dari segi ketaqwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Jadi, cuba kita ukur dan muhasabah kembali sejauh manakah ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah saat dan ketika ini. Persoalannya di sini adakah sudah cukup segala amalan kita untuk dibawa ke akhirat? Bagaimana dengan ibadah kita? Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk kita menyemai dengan ketaqwaan dan keimanan kita padaNya. Amalan kita bukan sahaja terletak pada solat, baca quran dan sebagainya, tetapi ia merangkumi segala aspek dalam kehidupan yang akan dihitung satu persatu oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Setiap hari kita mintak kepada Allah supaya اهدنا الصراط المستقيم
waktu solat subuh, zohor, asar, maghrib, isya' 17 kali kita mintak supaya Allah tunjukkan kita jalan yg lurus, Tunjukkan aku jalan yang lurus, tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Tapi perangai dan kelakuan kita seharian bagaimana? Adakah di jalan yg lurus? Tidak ada guna kalau kita mintak 17 kali setiap hari tapi tidak pernah ada perubahan ke arah kebaikan. Kebarangkalian baca fatihah hanya sekadar baca sebagai memenuhi rukun solat tanpa mengetahui maksud ayat tersebut. Jadi, inilah kepentingan mempelajari ilmu agama yang dituntut oleh Islam. Itu cerita pasal khutbah yg aku cuba ulaskan dan sedikit tambahan.

Program malam ni pun ada kesinambungan dari khutbah solat jumaat baru-baru ni, malam penutup Zikrul Maut. Dianjurkan oleh beberapa mahallah(kolej kediaman pelajar) di sini. Antaranya mahallah Ali dan Safiyah. Minggu zikrul maut nama program yang diberi dan antara acara-acara dalam program ni forum alam ghaib, musabaqah dll. Program kemuncaknya konsert Hijjaz dan FarEast, sketsa sakaratul maut dan sajak. Sempat jgk aku pergi malam ni sebab dapat tiket percuma kawan bagi. Syukur alhamdulillah rezeki Tuhan nak meletakkan aku dalam majlis yang cukup memberi kesan. Yang menyentuh perasaan kita sbg hamba Tuhan yang kerdil dengan lagu2 dendangan kumpulan Hijjaz dan FarEast berkonsepkan ketuhanan dan kematian. Setulus doa, Wahai Tuhan, Kau Sahabat Kau Teman, Sumayyah, Azimat Ibunda, Menanti Di Barzakh dll. Sketsa dilakonkan oleh IIUM Theater Group dan sajak oleh IIUM Poetry. Sketsa berkisar mengenai kehidupan manusia dari alam kelahiran sehingga alam kematian yang menceritakan kehidupan seorang manusia yang kufur kepada Allah dan dikubur dia diseksa dgn azab yang begitu pedih..Lakonan agak menjadi dengan alat2 bantuan seperti muzik latar belakang, keranda, kubur, dsb.

Jadi, kesimpulannya setiap detik jangan kita lupa kepada Allah sebagai pencipta mutlak makhluk di alam ini. Saat kematian akan tiba kepada setiap yang hidup. Kematian bukanlah bermakna tamat riwayat hidup kita, tetapi akan dihidupkan semula di akhirat kelak sebagai kehidupan yang kekal. Oleh yang demikian untuk mengecapi hidup yg bahgia dunia dan akhirat kita perlu kembali kepada ajaran Rasulullah kerana Rasulullah pernah bersabda : Aku meninggalkan dua benda kepada kamu, nescaya kamu tidak akan sesat iaitu Al-Kitab dan Sunnahku.
Jadikan sebagai panduan dlm kehidupan.

Wallahualam bissowab.


Share/Save/Bookmark

Student Carnival

|

Pada 14 dan 15 hb Feb lepas, UIAM Gombak mengadakan student carnival. Walaupun dah seminggu berlalu tapi mahu jgk aku 'mengposting' pasal ni.

Ust.Shamsuddin(antara tokoh penulis khat M'sia)

Student carnival diadakan adalah untuk memperkenalkan society dan club-club yang wujud kat UIAM disamping menggalakkan para pelajar bergiat dalam aktiviti-aktiviti kampus. Gerai-gerai dibuka untuk mempamerkan material dari society dan club masing2. Antara contoh-contoh society yang terlibat 'Enginius(Persatuan pelajar engineering), KAED(Persatuan pelajar arkitek), IRKHSS(Ilmu Wahyu) dan byk lagila society2 yg terlibat. Club plak cthnya Maaruf Club, Karisma Club, Wawasan Club dll.

Sempat jgk belajar buat seramik ngn us.Sham walaupun tahun 3 baru kena belajar pasal benda ni.

Minggu student carnival ni bkn sj untuk society dan club, malah diwujudkan gerai-gerai untuk aktiviti ko-kurikulum yg diwajibkan kepada semua pelajar mengambil bahagian sbb masuk dlm pointer..Mcm aku sendiri amik kelas khat sampai tahun 3. Yang lain-lain cthnya Suksis, Wataniah, Cooking, Parenting, Taekwando, Angklong, Zapin, Memanah dan byk lagi yg lain. Maaf, gambar2 lain tak sempat nak ambik.




Buat2 reti nak ajar org

Kelas khat dgn Us.Shaharizal

Wassalam..

Share/Save/Bookmark

28 hb Januari 2009.

|

Sedar tak sedar dah 22 tahun hidup aku kat atas bumi ni. Cepat masa berlalu. Tepat jam 12 malam 28 hb ulangtahun kelahiranku, aku sampai UIA balik dari kampung bercuti. Letih memandu 8 jam dari Kedah ditemani adik. Dalam perjalanan ada 2 accident menghala ke selatan dan menghala ke utara. Puncanya tak jaga jarak. Tu la iklan di televisyen selalu berpesan "Jaga jarak anda" ketika memandu. Ingatlah orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya. Kan dah berlanggar. Habis semua jem. Apa yang penting aku dan adik selamat sampai KL. Alhamdulillah..kereta pun tak buat hal. Haaza min fadhli rabbi.

22 tahun dah hidup. Apa perubahan? apa kemajuan? ada peningkatan? apa halatuju lepas ni? apa matlamat? apa azam baru? sudah tercapai impian sebelum ni? Semua persoalan ni tak mampu aku rungkaikan satu persatu. Kalau ada usaha InsyaAllah takdir Tuhan ke atas hidup kita tidak ke mana. Yang penting mesti ada niat dan usaha ke arah kebaikan. Baru bertawakkal. InsyaAllah dipermudahkan. Harapan tahun ni dan seterusnya moga hidupku diredhai, diberkati, dilindungi, disayangi oleh Allah. Doakan kesejahteraan hidupku dunia dan akhirat. Ameen.
Share/Save/Bookmark

10 Jan 2009 ( Masjid Kota Damansara )

|

Terlihat pada banner di pagar masjid Kota Damansara tertulis satu program bersama orang besar Kelantan. Perasaan aku bercampur baur suka dan terharu. Tuan Guru akan datang di masjid Kota Damansara malam ni (10 Jan ). Padaku mungkin penduduk di sini kurangnya golongan yang mengikuti perkembangan ulama' tersohor ini. Tapi ia hanya satu andaian yang meleset sama sekali.



Pada malam tu, aku hadir bersama ayah dan sedara aku yang lain agak terkejut dengan ramainya ummat manusia sehingga melimpah ke soff di luar masjid yang sebelum ni solat fardhu maghrib hanya ada 2 soff shj mengikut cerita sepupu aku yang tinggal di Kota Damansara hampir setahun.
Ini terbuktilah golongan elit di Kota Damansara yang boleh di kategorikan tempat orang-orang kaya ni amat meminati personaliti dan perwatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perwatakan sederhana telah menarik minat mereka untuk melihat dan mendengar sendiri dengan mata telinga mereka. Berebut-rebut orang nak bersalam dengan tuan guru.




Antara karya-karya tuan guru.

Tujuan utama kedatangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah untuk memberi sumbangan kepada masjid tersebut hasil karya2 beliau. Masjid ini cukup bertuah kerana dipilih oleh tuan guru di antara masjid2 di Malaysia sebagai penerima sumbangan beliau. Beliau sempat mengimamkan solat hajat untuk saudara di Palestin dan sedikit tazkirah yang ringkas tapi padat. Antaranya berbunyi kita jangan solat hajat sekali sekala je waktu ada peristiwa penting, tapi perlu dan mesti solat hajat setiap masa kerana manusia tak boleh lari dari berbagai-bagai hajat. Tapi mestila hajat yang baik. Beliau segera mengakhiri tazkirah tersebut kerana perlu menghadiri satu majlis di Petaling Jaya pada malam itu juga. Kerja dakwah perlu diteruskan walau ditentang, dihina. Walaupun keadaan kesihatan agak terganggu, namun tok guru masih boleh melangkah mengerjakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Kita bagaimana?

Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers