Dilema Pulang Kampung

|


Assalamualaikum wbt.

Apabila tiba musim perayaan mesti ada pasangan yang tak terlepas dari bergaduh ataupun bermasam muka. Walaupun sebenarnya sebelum kahwin dulu masing-masing dah bersetuju. Bersetuju tentang isu apa? Selalunya antara isu besar dalam rumah tangga ialah nak balik raya rumah siapa,.samada rumah keluarga suami atau keluarga isteri. Kita bercakap dalam konteks pasangan yang berkahwin jarak jauh. Sorg utara dan sorg di selatan. 

Perlu diketahui lelaki lebih bersifat objektif, logik dan perempuan lebih kepada emosi dan perasaan. Walaupun kadang-kadang lelaki juga ada ketika dia sedih tapi tidak menzahirkan.

Hari raya adalah hari untuk menambah kemesraan, mengerat persaudaraan dan mengukuh ikatan. Tidak kisahlah walaupun depan mata atau di hujung jari dan telinga. 

Sistem giliran adalah lebih selamat untuk menjaga keharmonian rumahtangga pasangan. Kalau pasangan kita boleh bertolak ansur 1 Syawal di rumah mertua, alangkah baiknya pasangan itu. Tahun ni di rumah keluarga suami, tahun depan di rumah keluarga isteri. Begitulah seterusnya, kecuali ada hal kecemasan yang memaksa untuk pulang segera. Tak rugi mengalah, hal yang sama juga akan berlaku kepada pasangan kita nanti. Adilkan!

Tapi bagi yang pertama kali beraya di rumah mertua especially isteri, mesti akan mengalami gangguan perasaan dan jiwa yang tak tenteram. Hati kurang tenang memikirkan kemeriahan suasana perayaan di rumah keluarga sendiri. Ya, asam garam permulaan perkahwinan. Korban perasaan dan harapan. Bagi yang terlalu dan selalu mengikut kehendak emosi, dia kalah dalam mencari ketenangan. Suami pun bukan takda perasaan, tapi tak ditunjukkan. 

Lagi pun tidak ada guna sedih menangis sebab tak dapat raya bersama kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita memikirkan soal kesedihan. Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan bersama anak dan pasangan. Mari kita memikirkan pelan seterusnya untuk mengatur hidup yang lebih bahagia semasa perayaan.

Faham dan jom kita cuba amalkan.

Selamat Menyambut Syawal.



Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers