Panduan dan Cara Beli Rumah Second hand(subsale) - Phase 1

|



Assalamualaikum wbt.

Lately, harga rumah mencanak naik. Rasa tak mampu dah nak beli harga sampai 300k lebih. So decide beli rumah second hand saja. Next time kita buat rumah impian design sendiri. 

Tahun 2014 aku menyewa sebuah rumah teres yang harga sewa bulanan memang sangat murah RM250 sebulan. Dari tahun ke tahun, aku cuba minta nak beli rumah sewa sebab lebih untung duit sewa bulanan ditukar kepada bayaran yang akhirnya aset tu jadi milik sendiri.

2018 alhamdulillah akhirnya tuan rumah bersetuju untuk jual rumah teres middle cost dengan harga yang telah dipersetujui. 2016 penilai meletakkan harga rumah tersebut RM115k. 2018 aku deal dengan tuan rumah untuk bersetuju dengan harga yang lama. ALHAMDULILLAH Allah mudahkan kedua-dua pihak bersetuju dengan harga yang sangat murah dari pasaran. Ok, kita cerita step by step.

Langkah 1 : 

Jumpa banker yang anda rasa senang untuk deal dan rate berpatutan. Perlu dipertimbangkan juga akad transaksi yang memenuhi kehendak syarak. Kemudian banker akan minta IC, macam biasa orang yang kerja government kena bagi maklumat HERMIS. Banker akan tanya berapa harga rumah yang owner nak jual dan banker akan semak harga semasa dengan penilai. At last harga rumah tu ikut nilai semasa RM140k. Selepas kita dapat penerangan dari banker berkenaan berapa amaun loan rumah yang kita nak pinjam, berapa tahun installment dan rate semasa 4.8% maka aku bersetuju untuk buat RM126k untuk tempoh bayaran balik selama 30 tahun. Itu belum termasuk takaful diri dan rumah(MRTT). After plus takaful RM131k lebih. Syarikat Takaful Malaysia yang dipilih. Sikit info pasal takaful. 

* Takaful perlindungan diri : Contoh Peminjam meninggal atau cacat kekal. Jadi waris peminjam tak perlu bayar sesen untuk baki pinjaman sebab bank akan claim dengan Takaful Malaysia. Waris perlu direct inform kepada bank.

* MRTT : Perlindungan akibat kebakaran yang melibatkan 80% kerosakan rumah peminjam. Jika berlaku kes ini, peminjam boleh terus direct dengan syarikat takaful tanpa perlu pergi ke bank.

Langkah 2 : 

Isi borang dan submit dokumen semua peminjam akan tunggu lebih kurang 2-3 hari untuk pengesahan dengan majikan. Alhamdulillah loan aku telah diluluskan oleh HQ Bank Islam. Yang lebih memudahkan jika gaji anda dibayar melalui bank yang sama. So, kita akan isi borang auto debit. Setiap bulan dari tarikh 19-26hb bank akan potong gaji kita untuk bayaran installment. Banker call aku untuk datang ke ofis. Penerangan one by one dan sign Letter of Offer. Banker akan tanya nak hire lawyer bank sendiri atau nak cari sendiri. AKu decide nak cari sendiri.

Langkah 3 : 

Proses mencari lawyer yang meletakkan dan menawarkan harga yang berpatutan. Ada 2,3 firm yang dah di survey. Last sekali dapat lawyer dari Arif & Hakim , antara firm yang terkenal di Alor Setar. Firm yang fully panel dengan Bank Islam dan mempunyai rekod yang sangat baik. So, kos untuk Sale and Purchase(SnP) dan Loan Agreement plus disbursement sebanyak RM4700. Affordable. Apa yang anda kena submit dengan firm? IC buyer, IC owner, geran, dan letter of offer dari bank. Lawyer akan proses dan keluarkan SnP dan loan aggreement untuk kita sign nanti.

Ok, so far...step itu dulu. Next posting kita sambung step seterusnya....


Share/Save/Bookmark

CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA

|

Assalamualaikum wbt

Rasa dah hampir 2 tahun tak update blog ni. Asal buka je akaun blog ni mesti blank taktau nak tulis apa. Kali ni posting nak santai-santai je. Tapi ada info.

Kereta kesayangan aku dah guna 5 tahun, selama 5 tahun tak pernah pun ada binatang bersayap yang teringin nak singgah dalam tu. Kalau ada pun sekadar lalu dan berlalu pergi.

Sejak aku kahwin 2014 pun still ok. Tapi sejak ada anak yang cergas tu aku tak boleh nak elak makan dalam kereta sampai berterabur. Biasala kan budak2. Kita pun kadang-kadang bersepah jugak lepas makan. 

Sampai dia umur dah 2 tahun si kecil tu,. tiba2 ada binatang yang mula mendirikan rumah tangga dalam kereta aku. Sampai satu tahap, beranak pinak. 

Isteri pulak fobia dengan binatang tu. Encik Lipas and the geng dah berjaya merebak. Jadi isteri dengan mencari cara di Sheikh Google jumpa tips cara perangkap Encik Lipas. 

Letak marjerin, minyak dan susu pekat dalam bekas. Kemudian letak bawah seat kereta.

Mulanya takda kesan sebab baru 2 hari. Lepas seminggu dibiarkan. Maka inilah hasilnya. 

Sukatan lebih kurang macam dalam gambar

Ok, itu saja tips yang mudah dan jimat untuk korang boleh try. Kalau nak beli spray pun boleh, tapi lepas tu kena cari la En Lipas dalam kereta kat mana dia mati aka vacuum. 

Jumpa lagi. Any comment tinggalkan kat bawah.

Share/Save/Bookmark

Dilema Pulang Kampung

|


Assalamualaikum wbt.

Apabila tiba musim perayaan mesti ada pasangan yang tak terlepas dari bergaduh ataupun bermasam muka. Walaupun sebenarnya sebelum kahwin dulu masing-masing dah bersetuju. Bersetuju tentang isu apa? Selalunya antara isu besar dalam rumah tangga ialah nak balik raya rumah siapa,.samada rumah keluarga suami atau keluarga isteri. Kita bercakap dalam konteks pasangan yang berkahwin jarak jauh. Sorg utara dan sorg di selatan. 

Perlu diketahui lelaki lebih bersifat objektif, logik dan perempuan lebih kepada emosi dan perasaan. Walaupun kadang-kadang lelaki juga ada ketika dia sedih tapi tidak menzahirkan.

Hari raya adalah hari untuk menambah kemesraan, mengerat persaudaraan dan mengukuh ikatan. Tidak kisahlah walaupun depan mata atau di hujung jari dan telinga. 

Sistem giliran adalah lebih selamat untuk menjaga keharmonian rumahtangga pasangan. Kalau pasangan kita boleh bertolak ansur 1 Syawal di rumah mertua, alangkah baiknya pasangan itu. Tahun ni di rumah keluarga suami, tahun depan di rumah keluarga isteri. Begitulah seterusnya, kecuali ada hal kecemasan yang memaksa untuk pulang segera. Tak rugi mengalah, hal yang sama juga akan berlaku kepada pasangan kita nanti. Adilkan!

Tapi bagi yang pertama kali beraya di rumah mertua especially isteri, mesti akan mengalami gangguan perasaan dan jiwa yang tak tenteram. Hati kurang tenang memikirkan kemeriahan suasana perayaan di rumah keluarga sendiri. Ya, asam garam permulaan perkahwinan. Korban perasaan dan harapan. Bagi yang terlalu dan selalu mengikut kehendak emosi, dia kalah dalam mencari ketenangan. Suami pun bukan takda perasaan, tapi tak ditunjukkan. 

Lagi pun tidak ada guna sedih menangis sebab tak dapat raya bersama kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita memikirkan soal kesedihan. Kita berhak untuk mendapat kebahagiaan bersama anak dan pasangan. Mari kita memikirkan pelan seterusnya untuk mengatur hidup yang lebih bahagia semasa perayaan.

Faham dan jom kita cuba amalkan.

Selamat Menyambut Syawal.



Share/Save/Bookmark

Erti Kecewa

|

Kecewa…
Dikecewakan...
Setiap manusia pasti pernah merasakannya. Namun, kebanyakan dari kita selalu dan selalu merasa sedih, kesal dan tidak menerima atas apa yang menimpa diri kita. Tak jarang pula, kita yang tidak lagi bisa menggunakan iman, logik, dan rasional. Dalam sekejap, semua hilang atas nama rasa sakit.

Renungkanlah bahawa ini adalah dunia sementara, yang tidak akan mungkin ada sesuatu yang sempurna di dalamnya. Demikian dengan sebuah kesempurnaan dari ego dan permintaan kita. Pastilah tidak akan mungkin semuanya tercapai dan terealisasi seluruhnya.

Dan atau mungkin rasa kecewa itu datangnya dari kesalahan yang kita pilih dalam meletakkan harapan yang terlalu banyak kepada makhluk. Padahal dengan begitu, ada hal lain yang seharusnya menjadi keharusan bagi kita untuk mempersiapkannya,iaitu kekecewaan.

Mana tidaknya, ibarat menyandarkan diri pada sebuah bayangan tembok,yang ada adalah jatuh dan terjungkalnya kita,kerana bayangan adalah sesuatu yang kurang pasti. Satu pertanyaan yang kemudian muncul,kita posisikan Allah di mana?

Mungkin hari ini kita telah menyebut asma-Nya yang amat Agong, namun mengapa kita lupa kekuasaanNya? Tidak seharusnya kuasa Allah kita nafikan,kerana Dia-lah yang menciptakan kita. Dia pasti lebih faham dengan apa yang telah diciptakanNya. Allah pasti punya rencana lain yang jauh lebih baik dibandingkan keinginan dan harapan-harapan kita.

Dan bahawa menjadi seorang muslim adalah sebuah anugerah,iaitu ketika kita di berikan rahmat kita bersyukur,dan ketika kita di uji kita di ajarkan untuk bersabar.Kedua hal itu semuanya adalah bermuara pada sebuah kemuliaan.

Dan bahwa Allah tidak akan menguji kita, di luar kemampuan kita. Itulah firman Allah yang tertulis dalam Al-Quran yang mulia. Maka jika kita memang yakin dengan kekuasaan Allah, marilah dengan penuh kemaafan dan pengetahuan,kita belajar mengubati luka kecewa itu, dan mendoakan semoga hal yang menjadikan kita kecewa, di lain hari bisa memuliakan kita,sebagai imbalan dari fikiran positif kita terhadap Allah.

Kecewa memang kadang-kadang menghadirkan kekosongan dalam jiwa. Dan proses pengosongan memanglah sangat menyakitkan. Tetapi,bukankah tanpa pengosongan tidak akan ada pengisian?

Kita kecewa bukan bererti Allah tidak sayang,akan tetapi pada hakikatnya Allah sudah menyiapkan ganti yang lebih berharga dibanding keinginan yang kita idam-idamkan dan tidak terwujud. Dan satu- satunya yang harus kita lakukan,adalah percaya. Semoga kita termasuk pemilik hati dan perasaan yang selalu mendepankan tentang bersangka baik kepada Allah,yang maha menata takdir kita,yang sedemikian cantik.

Insya Allah.


Share/Save/Bookmark

Kini Aku Semakin Mengerti

|

Bila waktu bergilir
Aku mengerti...
Tika kau memalingkan hati
Tika kau meninggalkan pergi
Dan tika kau mempersoalkan

Aku mengerti...
Perasaanku yang terhalang
Harapanku yang terhilang
Dan cintaku yang tersirna

Aku mengerti...
Erti tutur kata di sebalik madahmu
Makna bicara di dalam warkahmu
Dan pintaan ikhlas di bisikan doamu

Aku mengerti...
Sewaktu menggetuskan keterpaksaan
Semasa meruntunkan penerimaan
Dan seketika memahami nuansa hati

Aku semakin mengerti...
Mitos yang semalamnya abstrak
Telah hari ininya menjadi subplot
Dalam cereka hayatku ini

Aku semakin mengerti...
Kau adalah fatamorgana
Infiniti yang tak absah
Melantasi lembayung diriku
Kini aku semakin mengerti...

mussham/iium

Share/Save/Bookmark

Mustajab Doa Hampir Serlah Tetapi Keliru

|

Assalamualaikum...wbt


الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا

Syukur Allah masih hulurkan nikmatNya kepada kita hingga saat dan detik ini,peluang dan ruang. Hampir setahun tidak dicoretkan sesuatu atas laman ini. Liku-liku hidup yang dilalui,berkejar ke sana sini. Kalau dunia yang kita cari, amat rugilah hidup ini.

Tercari-cari bacaan doa dari Al-Quran,hadis,para sahabat dan ulama-ulama. Mencari sesuatu bacaan doa yang akan hilangkan semua resah,gelisah,masalah yang menimpa hidup sehari-hari. 

Saudara pembaca,

Semua orang diajar, apabila ditimpa masalah,ujian,dugaan dan sebagainya, kita mohon doa pada Allah. Berapa ratus juta manusia memohon doa pada Allah. Tetapi berapa ramai doa permintaan kita dimakbulkan,diterima. Bahkan kita dikurniakan tempat-tempat yang Nabi selalu berdoa iaitu Makkah dan Madinah, bulan yang dimakbulkan doa iaitu ramadhan al-mubarak, malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu lailatul qadar. Ya,semua ini Allah beri kepada kita untuk kita minta padaNya. Tetapi sedarkah kita kenapa permintaan, doa kita tidak diterima oleh Azza Wajalla.

Jawapannya ialah tiada kekhusyukkan dalam hati, tadarru' dan rasa tawadhu' kita kepada Allah. Perasaan lemahnya kita apabila ditimpa masalah dengan meminta sungguh-sungguh kepada Allah apa yang dihajati. Perlu diingat,bacaan tidak memberi apa-apa kepada kita. Rintihan keikhlasan yang lebih Allah dengar dari hambaNya. Biarlah kita menangis dengan meminta pada Allah, bukan menangis kerana tidak mendapat sesuatu dari manusia.

Sedar ataupun tidak, manusia berduyun-duyun mahu ke Mekah Madinah apabila menghadapi masalah, dengan harapan apabila pulang dari sana masalah selesai kerana mereka percaya bahawa di sana tempat makbulnya doa. Nah, persoalannya kenapa masih ramai penduduk Mekah yang masih susah,meminta sedekah dan sebagainya. Ya,kerana Allah pandang pada hati-hati yang ikhlas meminta kepadanya, bukan hanya di bibir sahaja hebat meminta. 

Jangan kita memandang rendah pada yang susah, hidup melarat, sedangkan kita tidak tahu mungkin doa yang diminta pada Allah, lebih Allah pandang dari kita yang hidup serba sempurna. 

Ramadhan al-Mubarak kian menjengah untuk meninggalkan kita. Sudah pasti kita mengharapkan sesuatu dari madrasah ramadhan kali ini. Ayuh saudara, kuatkan tekad, tingkatkan semangat. Anggaplah mungkin ini ramadhan yang terakhir buat kita,berlumba-lumba buat yang terbaik. Wallahu 'alam.

Kullu sanah, wa antum bikhoir.

Share/Save/Bookmark

Hanya PadaMu

|



Butuh waktuku untuk hidup 
Untuk membalas semua dosa
Butuh waktuku untuk hidup
Hanya berserah kepadaMu

Aku memohon ampun
Hanya kepadaMU Ya ALLAH
Mohon ampuni aku

Hanya padaMU ku bersujud
Hanya padaMU ku berdoa
Hanya namamu yang ku sebut
Aku memohon ampun

Hanya padaMU ke berlutut
Hanya padaMU ku berserah
Hanya namaMU yang ku sebut disetiap langkahku

Aku hanyalah manusia yang diselimuti banyak dosa
Aku hanyalah manusia yang kembali ke jalanMU
Aku memohon ampun hanya kepadaMu Ya ALLAH
Mohon ampuni aku

Share/Save/Bookmark

Korban Adik

|

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua
kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!." Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat
pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Share/Save/Bookmark

Erti Hidup Pada Yang Sudi

|

Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menerima, berkorban, menghargai dan meneliti.

Kita pernah "DITIPU"
dan mungkin pernah "MENIPU"
tapi dari itu kita belajar tentang apa itu KEJUJURAN

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF

Setiap waktu yang kita telah habiskan dalam hidup ini tidak akan berulang kembali.
Namun ada ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan...
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses
Hidup adalah belajar
Tanpa ada batas umur
Tanpa ada kata tua

JATUH berdiri lagi
KALAH mencuba lagi
GAGAL bangkit lagi
Sampai Allah memanggil
"WAKTU kita untuk pulang"


Share/Save/Bookmark

Halawatul Ibadah : Kemanisan Dalam Beribadah

|

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Syukur padaMu ya Rabb. Masih boleh menghela nafas hari ini dan hari-hari mendatang insyaAllah.

Hari ini kita singkap sedikit apakah tanda-tanda halawatul ibadah ataupun kemanisan dalam melakukan ibadah. Secara ringkas, hakikat ibadah diterima atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu.

Diantara tanda-tandanya :-

1. حب العبادة : sangat senang beribadah atau cintakan ibadah.

2. انتظار الأوقات : merindukan dan menanti-nanti waktu beribadah, yakni sangat takut ketinggalan dan sangat sedih kalau sampai tidak mengamalkannya seperti penikmat TAHAJJUD, berasa sedih dan sangat menyesal di siang harinya kalau tidak dapat dirikan Tahajjud pada malam hari.

3. اخلاص بجهد : mengamalkan dengan keikhlasan dan kesungguhan, pokoknya semangat habis.

4. اكمال العلم : selalu berusaha menyempurnakan ilmu ibadahnya dengan terus mempelajarinya agar khusyuk. Tampak sekali kemuliaan akhlaknya sebagai buah ibadahnya seperti firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45.(klik)

5. السعيدة : Hidupnya bahagia dan damai walaupun ditimpa kesusahan.

6. Selalu diiringi استغفار dan الدعاء di setiap kali selesai urusan ibadah supaya dimaafkan kekurangan, kesalahan dan diterima ibadahnya.

7. البكاء : mudah menangis kerana NIKMATNYA RINDU pada ALLAH dalam ibadahnya, sujud tersungkur menangis kerana Allah. Firman Allah dalam surah Maryam ayat 58.(klik)

8. Lembut halus hatinya, penuh belas kasih, tidak terburu-buru berganjak meninggalkan tempat setelah selesai ibadahnya.

9. استقامة : disiplin dalam menjaga ibadah, senang berkumpul dengan orang yang senang beribadah, dan dia juga senang untuk didakwah.

10. الذهن : Allah beri kecerdasan dan kemudahan menyelesaikan urusan dunianya untuk akhiratnya.

Inilah antara tanda-tanda kemanisan beribadah. Moga beroleh manfaat dan mendapat natijah yang baik dalam melakukan ibadah seharian. الله يسهل لنا... InsyaAllah. Allahumma ameen.


Gambar hiasan : Tempat Sayyidah Nafisah(ahli bait) beribadah, ziarah makam2 auliya' di sekitar Kaherah 17/09/11

Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers