Dakwah Berhikmah

|

Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar. Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.

Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.

Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin”

yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar

kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya. Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat. Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun. Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.

Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah. Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari ,
keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu,

malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.

Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut. Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.





Share/Save/Bookmark

10 Negara Minyak Termurah

|

Setiap kali alasan Malaysia, harga minyak terpaksa dinaikkan ialah berikutan harga minyak dunia naik. Padahal, Malaysia adalah antara pengeluar minyak mentah dunia, kenapa kita pula yang terpaksa naikkan harga. Cuba kita lihat 10 negara yang turut menjadi negara pengeluar minyak mentah untuk negara lain.


1. Venezuela ($ 0.05 / liter atau RM0.15/L)
Venezuela dipimpin oleh Presiden Hugo Chavez - cukup terkenal kalau kita mengikuti politik antarabangsa. Seorang sosialist. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menyenangkan rakyatnya. Tentu sahaja dengan harga minyak yang murah di negara beliau, beliau akan diundi lagi sebagai presiden akan datang.

2. Turkmenistan ($ 0.08/liter atau RM0.24/L)
Entah sebab apa negara
yang terletak di sekitar sempadan Asia dan Eropah ini boleh mempunyai harga yang rendah untuk minyak mereka. Bahkan harga seliter lebih murah dari sebungkus maggie segera.

3. Nigeria ($ 0.10/liter atau RM0.30/L)
Nigeria memiliki stok minyak di antara 10 negara terbesar di dunia. Namun mereka juga mengalami konflik yang berpanjangan, jadi jangan hairan jika pemerintah setempat tak ingin membuat rakyat marah dengan harga minyak yang tinggi.

4. Iran ($ 0.11/liter atau RM0.33/L)
Walaupun negara ini dijangka akan kehabisan minyak 74 tahun akan datang,mereka tetap memberi harga murah untuk minyak mentah mereka.

5. Arab Saudi ($ 0.12/liter atau RM0.36/L)
Saya rasa tak ada yang ragu lagi kenapa negara ini boleh memberikan harga termurah untuk minyak di negara mereka. Semua orang di dunia ini juga tahu kalau negara ini adalah pengeluar minyak terbesar dunia.

6. Libya ($ 0.14/Liter atau RM0.42/L)
Negara yang baru saja terkena krisis pemerintahan ini dan masih berlaku lagi di sana sekarang adalah negara dengan stok minyak terbesar di Afrika dan nombor 9 di dunia. Memang logik kalau harga minyak mereka merosot.

7. Kuwait ($ 0.21 / liter atau RM0.63/L)
Hampir sama seperti negara Qatar, Kuwait adalah negara nombor 5 terkaya di dunia, jadi sangat masuk akal bahawa harga bahan bakar di Kuwait sedikit lebih murah daripada Qatar.

8. Qatar ($ 0.22/litre atau RM0.66/L)
Dengan stok minyakya yang melimpah dan dengan jumlah penduduk yang tak terlalu besar, Qatar menjadi salah satu negara terkaya di dunia. Wajar saja negara ini mempunyai kemampuan untuk menjual minyak yang mahal ke luar negara dan menjualnya dengan harga murah di dalam negeri.

9. Bahrain ($ 0.27/litre atau RM0.81/L)
Sebagai negara yang mempunyai keluasan wilayah yang kecil dan mempunyai akses yang luas dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain, maka jangan hairan jika harga minyak di negara ini murah.

10. United Arab Emirates ($ 0.37/liter atau RM1.11/L)
United Arab Emirates adalah sebuah negara yang menarik untuk menjadikan tempat tinggal. Selain memiliki salah satu negara harga bahan bakar termurah di dunia mereka juga negara terkaya nombor 4 di dunia.

Mungkin sahaja apabila ditukar kepada matawang negara mereka, harganya lebih tinggi sedikit..tetapi kalau nak dibandingkan di Malaysia amatlah jauh beza sekali. Jadi, anda fikir dan nilailah sendiri.


Share/Save/Bookmark

Download Dalam Mihrab Cinta

|


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Detik ini, masih lagi berharap kita masih di bawah redha Allah dan kasih sayangNya. Ameen ya rabb.

Nak cerita apa ya? hmm... Ok. Antara filem Indonesia dan Malaysia? Yang mana terbaik? Yang mana lebih menonjolkan nilai-nilai islamik? Yang mana lebih memberi impak kepada kehidupan anda? Terserah kepada anda untuk membuat penilaian?

Aku sudah habis nonton filem yang adaptasi dari novel Dalam Mihrab Cinta tulisan Habiburahman El-Sherazy. Topik ini ada diwar-warkan pada entri sebelum ini. Tapi saat itu, belum tahu apa isi ceritanya.

Syamsul Hadi(Dude Harlino) bertekad menuntut ilmu di sebuah pesantren Al-Furqan (pondok) di Kediri, meninggalkan kehidupannya yang cukup mewah. Dia seorang graduan universiti. Di pondok ini, dia bertemu dengan Zizi (Meyda Sefira) putri pemilik pesantren yang pernah ditolongnya ketika di dalam kereta api, kejadian tersebut membuat mereka lebih rapat.

Sayang sekali, kehidupan di pesantren, tidak seperti apa yang difikirkan Syamsul selama ini. Burhan (Boy Hamzah), teman sekamarnya di pesantren yang selalu berpura-pura baik di depan Syamsul sebenarnya memfitnahnya mencuri.

Tuduhan yang dirancang Burhan kepada Syamsul, membuat dirinya terpaksa menerima hukuman kasar dari semua santri(penuntut) di pesantren hingga babak bersumpah dan dibotakkan habis rambutnya.

Bukan itu saja, Syamsul pula diusir dengan tidak hormat dari pesantren. Bahkan kerana kes itu, Syamsul membawa diri di jalanan kerana keluarganya sendiri tidak percayakan kata-katanya bahawa dia bukanlah pencuri. Oleh kerana kehabisan wang sara diri di luar, dia benar-benar mencuri sehingga ditangkap dan dipenjara.

Di dalam penjara dia bertemu dengan dua penjenayah lain yang memberi kata-kata semangat kepadanya untuk terus nekad kalau mahu mencopet, jangan teragak-agak. Tapi satu sekali atau dua kali sahaja boleh mencuri dalam sehari, jangan lebih,nanti yang ketiga kali akan tertangkap. Itu kata mereka.

Dia dibebaskan oleh adiknya Nadia dengan wang jaminan. Tapi masih kabur(lari) lagi selepas dikeluarkan dari penjara. Kali ini dia benar-benar menjadi pencuri yang sukses. Penumpang bas adalah mangsa-mangsanya. Dia memang ikut kata-kata penjenayah tadi.

Dompet Sylvie (Asmirandah), tunangan Burhan menjadi salah satu mangsanya. Mengetahui hal itu, Syamsul pun memiliki niat untuk membalas perlakuan Burhan dulu saat di pesantren.

Berbekal alamat di kad pengenalan diri Sylvie, Syamsul pun nekad mencari rumahnya. Pertemuan pun terjadi antara Sylvie dan Syamsul.

Adakah Syamsul akan membongkar perilaku Burhan di depan Sylvie? Lantas bagaimana nasib pertunangannya? Atau Syamsul jatuh cinta dengan Sylvie? Bagaimana nasib harapan cinta Zizi pada Syamsul, adakah berbalas? Adakah Syamsul akan terus mencuri atau dia akan insaf? Persoalan ini bisa terjawab kalau anda nonton filemnya di sini.

Ingat ya, ambil yang positif, jangan bahaskan dari segi negatif. Jadikan pengajaran dan iktibar dalam hidup. Jangan hanya suka menonton tanpa memikirkan soal manfaatnya.

Jumpa lagi entri akan datang.

Selamat menonton.



Share/Save/Bookmark

Jambatan terkecil di dunia hubung dua negara

|

Assalamualaikum pengunjung2 budiman.. :-)

Ingin berkongsi fakta dunia. Dua pulau yang saling berdekatan ternyata berada dalam dua wilayah berbeza. Pulau yang besar berada dalam wilayah Kanada sedangkan pulau yg kecil berada di wilayah Amerika Syarikat. Yang menarik dua pulau beza negara ini dihubungkan oleh jambatan sepanjang 10 meter. Inilah jambatan international terkecil atau terpendek di dunia.
amazing-bridge1
‘Pasangan’ pulau terletak dekat Rockport disebut Zavikon. Dua pulau itu termasuk kumpulan ‘kepulauan seribu’ yang berada di Saint Lawrence River di Teluk Alexandria, perbatasan AS-Kanada. Persetujuan batas wilayah ini telah disepakati antara kedua Negara-AS dan Kanada-sejak 1793. Namun kedua Negara memutuskan tidak akan membahagi dua pulau diperbatasan. Sekitar 2/3 pulau berada di wilayah Kanada, 1/3 nya berada di Amerika. AS mahupun Kanada, menganggap posisi mereka setara dalam hak pemilikan pulau.
Namun bagi pemandu pelancong ini merupakan ‘keuntungan’ buat mereka kerana dari segi pelancongan keberadaan dua pulau ini menjadi sangat unik dan menarik untuk dilawati. Para pemandu pelancong inginkan jambatan international terkecil di dunia ini diketahui khalayak ramai.
Pulau besar yg dikatakan sebagai wilayah Kanada dibangunkan rumah, sementara pulau kecil yg merupakan bahagian dari Amerika, berfungsi sebagai halaman belakang rumah. Menarik kan :-)

Share/Save/Bookmark

Orang Jepun Tidur

|

Biasa

Masih Biasa

Lumayan

Dah mula tak terkawal

Tidur di rumah

Tak mungkin boleh tidur dalam kereta api kalau di negara lain(Indonesia,India)

#Sekadar hiburan


Share/Save/Bookmark

Pertemuan Dan Perpisahan

|

Semenjak aku mengenali pertemuan,
Aku berani untuk berpisah,
Semenjak aku berani untuk bertemu,
Aku mengenali perpisahan,

Dari pertemuan aku belajar,
Memahami erti kasih,
Menghormati erti cinta,
Mendalami lautan kehidupan,

Dari perpisahan aku belajar,
Memahami erti kenangan,
Memahami erti kenalan,
Menambahi lembaran pengalaman,

Aku mencatit perkara baru,
Ketika menghadapi pertemuan,
Berbagai tanggapan mendahului,
Berbagai agakkan menyertai,

Aku mencatit perkara baru,
Ketika menghadapi perpisahan,
Berbagai kesedihan mendahului,
Berbagai kesugulan menyertai,

Aku ingin tidak bertemu,
Agar tidak membuat tanggapan,
Agar tidak membuat agakkan,
Agar tidak mencintai,

Aku ingin tidak berpisah,
Agar tidak memiliki kesedihan,
Agar tidak memiliki kesugulan,
Agar tidak menangisi,

Aku tidak mampu menghalang pertemuan,
Kerana langkah kakiku tidak terhenti,
Kerana harap hatiku tidak bergoyah,
Kerana waktu masih lagi berdetik,

Aku tidak mampu menghalang perpisahan,
Kerana langkah kakiku telah berhenti,
Kerana harap hatiku telah bergoyah,
Kerana waktu telah tidak berdetik,

Kerana tidak mahu berpisah aku tidak bertemu,
Kerana tidak mahu bertemu aku tidak berpisah,
Kerana berpisah aku bertemu,
Kerana bertemu aku berpisah,

Saban hari aku bertemu.
Saban hari aku berpisah,
Satu hari nanti aku akan berpisah,
Satu hari nanti aku akan bertemu,

Berpisah dengan Dunia,
Bertemu dengan Tuhan.

~mussham/iium~

Share/Save/Bookmark

Mihrab Cinta

|

Assalamualaikum...

Nantikan filem islamik adaptasi dari novel Mihrab Cinta tulisan Habiburrahman El-Sherazy. Sebelum itu, dengarkan dulu salah satu OST dari filem ini. "Bunga-bunga Cinta"





Tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta
memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta

Share/Save/Bookmark

Penceramah cilik

|


MaashaAllah!

Subhanallah!

Alhamdulillah!

Allahuakbar!

Anugerah Allah

Share/Save/Bookmark

Jodoh

|

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kucurahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Share/Save/Bookmark

Graduated–Alhamdulillah

|

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar teman-teman sekalian. Harap sihat dipayungi rahmatNya.

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan buat pencipta alam. Statusku sudah bertukar menjadi ‘’Graduated” di IIUM. Pertengahan tahun 2007 mula masuk, hujung tahun 2010 menamatkan pengajian. 3 tahun setengah cukup memberi impak yang besar dalam kehidupan.

Hari ini bergelar bekas mahasiswa yang belum rasmi kerana majlis konvokesyen akan diadakan tahun depan. Lambat lagi ya? hm

Apakah yang perlu dilakukan?

Cari kerja? Soalnya, pekerjaan apa yang cocok buat aku? Anda ada idea? Kongsikan!

Kerja di bank, ramai kawan2 bercerita bank kerjanya sibuk sekali, kerja banyak, letih, kadang-kadang sampai tak balik ke rumah, sampai malam kerjanya. Tapi bergantung pada posisinya. Mungkin posisi marketing agak memberi tekanan. Mahu menaikkan prestasi bank memang memerlukan kerja keras.

Kerja di jabatan agama, mungkin boleh juga kiranya. Tetapi seniority dan yang berpengalaman banyak membantu dalam pekerjaan ini. Bagi fresh graduate harus bersabar.

JAKIM dan PTD. Mesti lalui stage2 dahulu sebelum betul2 berjaya. Ujian bertulis, oral, group binding dan sebagainya.

Guru. Kebanyakan fresh graduate memang mengejar posisi ini, kenapa ya? Jaqqof,DPLi,KPLi. Ilmu yang dipelajari di universiti mungkin selalu diingati dan diulang kerana setiap hari  akan mengajar dan dicurahkan kembali kepada pelajar-pelajar, tidak kira di IPT atau di sekolah.

Jika diikut kepada minat, sejak kecil lagi, mahunya mengikut jejak Rasulullah, berniaga. Sejak dari bangku sekolah sampai ke universiti ada sahaja business yang aku telah buat. Baik dari design baju, printing, kereta sewa, name tag,buletin dan sebagainya.

Apapun pekerjaan yang akan dilakukan selepas ini, haruslah di bawah rahmat dan redhaNya. Terlalu memilih pekerjaan bukanlah jalan terbaik untuk menolong dalam kehidupan, malah akan menyusahkan diri sendiri. Biar bersusah-susah dahulu, bersenang-senang di kemudian. Dan yang penting kita enjoy dengan pekerjaan kita. Niat belajar bukan untuk makan gaji atau kerana wang semata-mata. Tapi ilmu itu dipelajari kerana Allah. Dalam mencari rezeki, jangan dilupa pada yang Esa. KeranaNya, kita beroleh rezeki. Tetap bersyukur dengan apa yang ada.

SELAMAT BERJAYA!!!


Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers