Surat Hawa untuk Adam

|

Peringatan buat diri sendiri dan anda yang bergelar lelaki.
Wahai Adam...

Adam….Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam…Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa, kaumku sendiri rupanya!

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun, jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu, tapi semestinya tidak lebih dari empat pada satu waktu. Tentu engkau lebih tahu dari diriku sendiri.

Adam…Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merungsingkan aku. Tetapi, aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Ah..semuanya sudah aku maklumi.

Namun…terasa berat pula untukku nyatakan isi perkara pokoknya…

Adam…aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidikku, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, malah untuk memerhati dan mengawasi gerak perilaku aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu, Allah azzawajalla…

Tetapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari landasan yang sepatutnya lebih lurus, jalan yang ditetapkan asalnya Allah mahukan aku tinggal tetap di dalam rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan patutnya menjadi jejak kaki ini. Jikapun ada, patutnya engkau lebih maklum tentu kerana aku hanya terpaksa, tetapi aku tak lupa untuk menutup seluruh tubuh dan aurat perempuanku, darilah hujung rambut( kalau tak botak), hinggalah hujung kakiku yang ayu.

Tetapi…realitinya kini, hawa telah mengada-ngada, telah lebih dari yang sepatutnya!

Adam…mengapa kau hanya membiarkan aku begini? Engkau mahu aku jadi isteri, aku sudah buat. Engkau mahu aku jadi ibu pada anakmu, juga aku telah laksanakan. Engkau mahu aku jadi seorang guru, juga aku anggukkan kepala. Engkau lihat, aku telah menjadi ibu dan guru pada anak-anakmu. Engkau suka kan? Tetapi, pada masa yang sama juga, adakah engkau faham, aku telah menjaja diriku ke muka dunia, menguruskan hal Negara, aku ke hutan memikul senjata…padahal engkau hanya mampu duduk goyangkan kaki, sambil menyanyi lagu Mariah Carey lagi. Seronokkan? Engkau lihat, ada antara kaummu yang mengganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyinsing peha…seksi kan? Tetapi aku masih baik, masih mahu selamatkan Negara kita. Apakah sekarang engkau tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadap perempuan baik seperti aku?

Adam...Marahkah jika ku katakan andainya Hawa terpesong, maka Adam lah puncanya, engkaulah yang patut tanggung! Mengapa begitu Adam?! Ya!! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai mendidik, kononnya kita ni macam orang tak pernah pergi sekolah. Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar, seolah tak ada sijil universiti lulusan dari Amerika! Adam…kau selalu berkata, hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak suka makan nasihat (sebab kami suka makan coklat ajer), kepala batu (walaupun rambutku pakai syampu sunsilk)! Pada fikiranku ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu dahulu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Memang engkau bukanlah seorang Nabi, tetapi sedarlah bahawa namamu seorang Lelaki?! Engkau kenal siapa itu lelaki? Kau tanya dirimu, adakah kaum Adam melayani kaum Hawa sama adilnya seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…Kau sebenarnya imam dan tentulah aku menjadi makmumnya. Aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah seorang ketua. Tentu kau suka kan Adam-atau lebih patut ke Hawa memanggil diri Adam sebagai Boss? Kau hanya mampu duduk tersengih. Itu sahajakah yang mampu kau hadiahkan? Ketua-jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal dan aku banyak dilebihkan dengan nafsu.

Akalmu sembilan (9), nafsumu satu (1)…akalku (1), nafsuku beribu! Banyakkan Adam?! Oleh itu, pimpinlah tanganku kerana aku ini seorang yang pelupa, aku juga lalai dan alpa. Aku banyak kekurangan. Sering juga aku tergelincir ditolak sorang oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku mengenai kalimah syahdu dari Tuhan kita agar dapat menjadi terang hidupku ini. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku, agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah!

Adam…andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan kau saksikan hingga menjadi hancur bila kaumu sendiri yang akan mentertawakanmu, kerana pada masa itu tentu kaum Hawa berpeluang memerintah Negara! Malulah engkau Adam! Malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhan kita yang engkau agungkan…Jika hari ini kau tidak mampu berganjak, engkau tunggu dan lihatlah...nantazir wa nara...ilal liqa`

Wallahualam..


Share/Save/Bookmark

Hang around...

|

Semalam hari yang agak memenatkan. Pagi ke Matrik Petaling Jaya ambil surat tawaran adik kembar. Tengahari bergerak ke SMAP Kajang handle adik bongsu. Bawa dia keluar berjalan. Selesai dengan dia, dalam perjalanan balik dari Kajang, aku, Shukri dan Basir bergerak pula ke Hutan Lipur. Tanpa dirancang kami menghala ke jalan yang mempunyai 3 tempat rekreasi berpandukan signboard. Perjalanan diteruskan tanpa memikirkan ke arah mana tempat yang mahu disinggah. Jam menunjukkan 5 petang. Sampai di suatu simpang traffic light, satu jalan ke Sg. Tekala dan satu jalan ke Sg.Gabai, Sg.Batangsi. Tapi yang peliknya tiba-tiba ada jalan ke Sg.Congkak. Semua tempat-tempat ini tak pernah sampai. Daerah Hulu Langat. Cuma pernah dengar saja nama Sg.Congkak sebab orang selalu buat program. Tetapi keputusan dibuat dalam keadaan tengah menunggu traffic light hijau, kami memilih Sg.Tekala kerana barangkali dekat.

Setelah belok ke arah jalan ke Sg.Tekala yang difikirkan tadi dekat, rupa-rupa jauhnya hampir 30 kilometer. Dengan keadaan jalan berbukit, simpang siur, sunyi...kera-kera menjadi teman di jalanan pada masa yang sama jam di tangan menunjukkan 5.30 petang. Jam berapa boleh sampai ni..sempat ke nak mandi berdetik dalam hatiku. Risau jugak dengan keadaan motor yang kurang sihat. Tapi kerana ajakan teman yang bersungguh nak pergi mandi, terpaksala ikut. Jalan punya jalan tak sampai-sampai. Cuma yang ada satu tasik yang sangat besar, ramai yang memancing di kawasan tu. Mananya Sg.Tekala? Tiba-tiba Basir berhentikan motornya. "ada ke tak ni" tanya Basir. "Macam ni la kita jalan terus, kalau ada kita berhenti, kalau takda kita terus balik" keputusan diambil. Hidup mesti diteruskan. Cayala bro. Perasaan bercampur baur antara suka dan risau. Kurang dari 5 kilometer, baru la sampai ke tempat yang ditunggu-tunggu tadi pada jam 6. Ada satu jam lagi masa untuk mandi. Bayar seringgit untuk masuk. Cari port untuk, punyala tak cantik tempatnya, air kotor. Terpaksala mandi sebab dah alang-alang. Setengah jam saja mandi selepas pada tu, bertolak balik perjalanan ke Gombak agak jauh hampir 50 kilometer dari situ.

Dalam perjalanan balik dengan keadaan hujan, dapatla merasai suasana kampung yang selama hidup di KL yang penuh dengan bangunan2 dan kesesakan jalan. Dipendekkan cerita, jam 8 baru sampai UIA. Itulah nak story sikit pengalaman. Takkan dapat lepas dah grad nanti. Waktu campus life ni lah kena ambil peluang berjalan kenal dunia dengan kawan-kawan. Cari pengalaman dan kenangan. Lepas ni, kita ke destinasi lain pula di Sg. Gabai dan Sg. Batangsi. Kita tengok keadaan di sana macam mana. Tapi yang pasti perancangan mestilah rapi, lepas subuh kena bertolak.;-) Barulah sempat nak main air. Ok, sekadar perkongsian pengalaman yang tak seberapa. Sama-sama renungkan dan selamat beramal kata Dr.Izi.

Sayonara 








Share/Save/Bookmark

Soleh dan Solehah

|


Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. 

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,” 
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar. 

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..” 
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng. 

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian. 
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu. 
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika. 

“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu. 
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah. 

“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. 

“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” 

Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,” 
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga? 
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remeh. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.” 

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. 

Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah.
Source : ukhwah.com



Share/Save/Bookmark

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

|


PUTRAJAYA, 14 Mei - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan melibatkan 600 syarikat yang menawarkan 10,200 peluang kerjaya dan keusahawanan.

Menurut kenyataan KPT hari ini, karnival selama tiga hari mulai esok akan dirasmikan oleh menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

"Kementerian mensasarkan sejumlah 600 ruang yang terdiri daripada pameran kerjaya oleh agensi kerajaan dan syarikat swasta yang akan menawarkan peluang kerjaya dan pameran keusahawanan oleh syarikat Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)," kata kenyataan itu.

Kementerian berharap dapat menarik lebih satu juta pengunjung yang terdiri daripada semua pelajar IPTA dan IPTS, graduan IPTA dan IPTS serta individu lain yang berminat.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sesi temuduga, ceramah kerjaya dan keusahawanan oleh pakar dan tokoh dalam pelbagai bidang, khidmat perundingan/kaunseling kerjaya, bengkel keusahawanan serta klinik resume.
Sumber: BERNAMA


Share/Save/Bookmark

Happy Teacher's Day 2009

|


Thank you for all my teachers

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Share/Save/Bookmark

Laskar Pelangi

|



Pulau Belitong

SD Muhammadiyah

Assalamualaikum wbt.

Ingin sekali berkongsi cerita tentang sebuah filem yang diterbitkan 25 September 2008 di Indonesia sana. Sedih, gusar, kecewa, sebak, hibur adalah perasaan yang dapat dihayati apabila menonton filem ini. Saat di tengah malam orang lain sedang sibuk berdengkur, saya bisa menghabiskan nonton sebuah filem 2 jam masanya. Kerana kesedapan dan keenakan gaya cerita amat menarik hati untuk terus dan terus menontonnya sehingga habis dipenghujung. Diadaptasi dari sebuah novel best seller di Indonesia sana tahun 2006 dan 2007. Andrea Hirata Seman Said Harun novelisnya Laskar Pelangi. Anak kelahiran Pulau Belitong, Indonesia. Tempat berlakunya shooting filem ini. Kisahnya semacam kisah benar. Tetapi ia memang benar berlaku kalau diselidiki di internet. Ikuti sinopsis ini.

Kisahnya bermula di sebuah desa Gantong, Belitung Timur pada tahun 1974. Bermula di sebuah sekolah yang uzur lagi dhaif. Dilihat seperti sudah mahu rebah ke bumi, tetapi masih kukuh ditampan dengan 2 batang kayu. SD Muhammadiyah namanya yang menerapkan nilai-nilai murni, keislaman, ketekunan dan tanpa menyerah kalah. Terancam oleh Departmen Pendidikan Nasional Republik Indonesia (Depdikbud) jikalau tidak mencapai 10 orang pelajar pada hari pendaftaran, makanya mesti dibubar sekolah itu. Saat itu baru 9 orang pelajar, ketika kepala sekolah mahu mengumumkan penutupan sekolah, datang seorang anak orang kurang upaya menyelamatkan bagi mencukupi 10 orang dengan 3 orang tenaga pengajar termasuklah kepala sekolah. Tetapi akhirnya tinggal keseorangan guru lakonan Cut Mini(Bu Muslimah) kerana kematian Pak Harfan dan seorang lagi guru yang mendapat kerja ditempat kerja lain.

Disekolah inilah berlakunya seribu satu kisah, pengalaman cinta pertama Ikal dengan Ah Leng anak tauke kedai, penemuan bakat muzik Mahar, kebodohan ketua kelas Borek, kecerdikan Lintang yang mengayuh basikal tua dari rumah pergi dan balik bersaksikan buaya mempertaruhkan nyawa demi untuk belajar. Mereka diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah seorang  guru yang tabah atas kesenangan mereka dengan pelangi yang selalu muncul di Pulau Belitong.

Pencapaian demi pencapaian kumpulan Laskar Pelangi ini meraih kemenangan di pertandingan peringkat antara sekolah bersama dengan sekolah-sekolah moden bantuan kerajaan yang lain. Lintang yang genius mengalahkan seorang guru berpendidikan ijazah dalam pertandingan kuiz. Mahar yang selalu diperkotak-katikkan teman-temannya membuktikan dia berjaya mengetuai dalam pertandingan perbarisan. Segalanya bertitik tolakkan semangat yang diterapkan oleh guru-guru mereka. Pak Harfan kepala sekolah selalu berpesan kepada mereka, jangan menyerah kalah, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya. Kehidupan mereka ada gelak tawa, sedih hiba, riang ceria. Kisah dipenghujung dengan kematian ayah Lintang di laut yang memaksa dia berhenti sekolah kerana terpaksa menanggung kehidupan adik-adiknya kerana ketiadaan kedua orang tua. Akhir cerita Ikal pulang ke kampung bertemu dengan Lintang dan menceritakan dia ditawarkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Paris. Kisah indah ini dikocak dengan berbagai perasaan oleh Andrea Hirata yang menunjukkan kecekalan 10 anak kecil Laskar Pelangi ini mengharungi kehidupan.  

Moral cerita ini, setiap kesusahan akan ada kejayaan. Jangan pantang menyerah kalah sebelum berusaha. Kemodenan tidak semestinya akan membawa kejayaan, kadang-kadang lebih kepada kehancuran. 


Share/Save/Bookmark

Hakikat Ciptaan Tuhan

|






Share/Save/Bookmark

Perak Crisis

|

Apabila nafsu menguasai hati manusia, apabila matlamat menghalalkan cara, apabila syaitan merajai jiwa, segala kebenaran di depan mata ditolak ke tepi. Kepentingan diri didahului tanpa memikirkan banyak jiwa yang dihancuri dek kerana kehancuran maruah diri dan kejahilan bertakhta di hati. 

Selang sehari diumumkan jawatannya kekal sepertimana sebelum ini, ada lagi yang tidak berpuas hati. Kita fikir ia akan kembali pulih, rupa-rupanya makin sesak. Sudah kalah, tak malu lagi mohon rayuan. Sebelum ini pun pegang jawatan dilantik secara haram dan tidak sah. Macam-macam helah dibuat demi nak kepada kuasa, dah diisytihar kalah di mahkamah, ada lagi helah lain yang timbul. Kononnya nak menghalang pembubaran dewan dibuat oleh pihak istana. Padahal court memang tidak punya kuasa untuk menghalang. Walaupun rayuan dipohon, namun setelah diumumkan kekal, jawatan sebagai MB yang sah masih seperti biasa, cuma tugasnya sahaja tidak boleh dijalankan sehingga keputusan rayuan diumumkan semula. Malah sultan mempunyai kuasa untuk membubarkan di bawah undang-undang tubuh negeri Perak perkara 36(2) iaitu kuasa simpanan atau reserve power kepada sultan kata pakar perlembagaan Prof Dr. Abd. Aziz Bari, seorang pensyarah undang-undang UIAM. Keadaan kian runcing, selagi tidak dissolve sampai bila pun tidak akan ada penghujung kemelut politik di Perak ini. 

Kepada orang yang tertentu, fikirlah kepentingan rakyat. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Rakyat dah makin keliru. Kenapa dikejar sangat 1 negeri sedangkan Malaysia masih di tangan kamu. Kita tunggu general election akan datang kalau betul-betul anak jantan. Ada lagi Tuhan mau menguji kita. Bersabar akan membawa kepada kejayaan. Sedikit kita bersabar, Tuhan akan balas dengan berlipat ganda lagi kebaikan. Ameen...




Share/Save/Bookmark

Harga Petrol akan naik lagi?

|

Menteri PDN dan HEP Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan harga petrol RON97 akan dinaikkan pada awal September ini kepada RM 2.00 berbanding harga sekarang RM 1.80. Bagaimanapun beliau juga telah mengumumkan satu jenis minyak petrol baru RON95 akan menggantikan RON97 dengan harga RM1.75 yang dikatakan mempunyai kualiti tinggi. Kita bersetuju atau tidak ianya telah pun diputuskan oleh barisan kabinet. Survey sms telah dibuat oleh pihak ntv7 menunjukkan 80 peratus rakyat Malaysia bersetuju dengan langkah ini manakala 20 peratus lagi adalah sebaliknya. Diharap apa yang diperkatakan tidak akan membebankan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Share/Save/Bookmark

Victory of MB Perak

|


 "In the name of Allah, the most Merciful and Graceful"

Give our gratitude to God because He is in our party. After they gain their efforts for wins case in court, the Kuala Lumpur High Court decided Datuk Seri Mohamad Nizar winning case and eternal as the Perak Menteri Besar valid.


Results from this victory, a lecture was held at the Markaz Pas Pusat Taman Melewar to meet with Datuk Seri Perak Menteri Besar, Dun Perak Speaker Sivakumar and Setiausaha DUN Ustaz Misbahul Munir. However, two of them can not attend including MB Datuk Seri and Sivakumar because they have  urgent meeting in Perak after the court decided of the victory late evening. But not for disappoint thounsands of Pakatan Rakyat booster who have attend from all places,  full in hall and the outside was so crowded. Organizer  was replaced them with YB Khalil Idham ADUN Titi Serong as a leader of BBC Perak, Dato 'Mahfuz Omar, YB Salahuddin Ayob, and Hanipa Maidin one of the lawyer who had involved with the case injuction by Datuk Seri Nizar up to the Minister 3 months 6 days Dato' Zambry. 


Conclusions of the lecture yesterday the all leaders Pakatan Rakyat Perak very hopes that the Perak Council will dissolved immediately following the instability seats of Pakatan Rakyat in Perak with 28 seats Barisan Nasional, 28 seats Pakatan Rakyat and 3 seats Adun Free. YB Mahfuz also was asked to Barisan Nasional leaders to ask sorry for Perak MB, Perak Excos and all the people of Perak to the deeds which they have been loathe doing. Before the lecture was ended, YB Khalil Idham was told about 7 May 2009 at the assembly Perak Council recently. Barisan Nasional showed the very bad attitude that exceeds the limit of laws and regulations so that the Perak Council was attended hundreds of Polices brought into council, some told they carried of weapons and so forth in order to maintain their ignorance.


As a result of this greed, God has shown that its power is entitled to Pakatan Rakyat in Perak with a win in the court case yesterday. But for the welfare of all, Perak Council must be submitted to the people because the power of veto have on the people to elect for new election for determining who is more powerful in that state to develop good administration settled by law. 


Malay version


Syukur kita panjatkan kepada Allah kerana Dia di pihak yang benar. Setelah berhempas pulas untuk memenangi kes di mahkamah, akhirnya semalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Mohamad Nizar menang kes dan kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.


Hasil dari kemenangan ini, satu ceramah telah diadakan di Markaz Pas Pusat Taman Melewar dengan menjemput Datuk Seri Menteri Besar Perak, Speaker DUN Perak Sivakumar dan Setiausaha DUN Perak Ustaz Misbahul Munir. Namun, dua daripada mereka tidak dapat hadir termasuklah Datuk Seri MB dan Sivakumar kerana ada mesyuarat tergempar di Perak selepas mahkamah mengumumkan kemenangan petang semalam. Tetapi bagi tidak menghampakan beribu penyokong Pakatan Rakyat yang hadir dari seluruh pelusuk, di dalam dewan penuh dan di luar pun begitu sesak, pihak penganjur menggantikan tempat mereka dengan wakil kerajaan Perak YB Khalil Idham ADUN Titi Serong merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Dato’ Mahfuz Omar, YB Salahuddin Ayob, dan Saudara Hanipa Maidin salah seorang peguam yang terlibat dengan kes injuksi Datuk Seri Nizar ke atas Menteri Besar 3 bulan 6 hari Dato’ Zambry Abdul Kadir. 


Kesimpulan daripada ceramah beberapa wakil kepimpinan semalam pihak Pakatan Rakyat mengharapkan Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dengan seberapa segera berikutan ketidakstabilan kerusi Pakatan Rakyat di Perak dengan 28 kerusi Barisan Nasinal, 28 kerusi Pakatan Rakyat dan 3 kerusi Adun Bebas. YB Mahfuz juga memohon Barisan Nasional memohon maaf kepada MB Perak, Exco-exco Perak dan seluruh rakyat negeri Perak dengan perbuatan jijik yang mereka telah lakukan sejak bulan februari yang lalu. Sebelum majlis ditamatkan YB Khalil Idham sempat menceritakan peristiwa 7 Mei 2009 di Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini. Betapa jijiknya sikap Barisan Nasional yang melampaui batas undang-undang dan peraturan DUN sehingga beratus Polis dibawa masuk ke dalam DUN, diceritakan ada yang membawa senjata dan sebagainya demi mempertahankan kejahilan mereka.


Akibat dari kerakusan ini, Allah telah menunjukkan kuasaNya bahawa Pakatan Rakyat lebih berhak di Perak dengan memenangi kes di mahkamah semalam. Tetapi demi kesejahteraan semua, DUN Perak mesti diserahkan kepada rakyat kerana kuasa veto ada pada rakyat untuk membuang undi semula bagi menentukan siapa yang lebih kuat di negeri Perak sebenarnya bagi mentadbir mengikut lunas undang-undang dan demi kesejahteraan semua. Wallahu’alam.

 


p/s: Ceramah Perdana 16 Mei 2009 di Stadium Melewati Shah Alam. Penceramah Datuk Seri Mohamad Nizar, Saudara Sivakumar, YB Nasaruddin Mat Isa dan beberapa kepimpinan yang lain.


Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers