Karnival Kerjaya dan Keusahawanan

|


PUTRAJAYA, 14 Mei - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan melibatkan 600 syarikat yang menawarkan 10,200 peluang kerjaya dan keusahawanan.

Menurut kenyataan KPT hari ini, karnival selama tiga hari mulai esok akan dirasmikan oleh menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

"Kementerian mensasarkan sejumlah 600 ruang yang terdiri daripada pameran kerjaya oleh agensi kerajaan dan syarikat swasta yang akan menawarkan peluang kerjaya dan pameran keusahawanan oleh syarikat Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)," kata kenyataan itu.

Kementerian berharap dapat menarik lebih satu juta pengunjung yang terdiri daripada semua pelajar IPTA dan IPTS, graduan IPTA dan IPTS serta individu lain yang berminat.

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sesi temuduga, ceramah kerjaya dan keusahawanan oleh pakar dan tokoh dalam pelbagai bidang, khidmat perundingan/kaunseling kerjaya, bengkel keusahawanan serta klinik resume.
Sumber: BERNAMA


Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers