5 Perosak Hati

|

Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rosak, rosak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerosakan adalah wajib. Tentang perosak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.' Kali ini saya hanya ingin meletakkan 2 jenis perosak dahulu dan selebihnya akan dipostingkan entri akan datang.



1.
Bergaul dengan banyak kalangan


Pergaulan adalah perlu, tetapi asasnya adalah pandai memilih teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan memmpengaruhi seseorang yang lemah imannya dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.



Dalam tatapan realiti masa kini, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya out put sebegini ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan tidak dinafikan, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh perbuatan sesama manusia itu sendiri. Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulan. Allah berfirman:



"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Quran ketika Al-Quran itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).



"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Az-Zukhruf: 67).



"Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).



Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka perhubungan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat.

Oleh sebab itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatnya jika motivasi perhubungan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.


2.
Larut dalam angan-angan kosong


Orang yang banyak berangan tidak kemana jika tanpa usaha. Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta senantiasa mempermainkannya. Seperti anjing yang sedang dipermainkan bangkai tulang. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah.



Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, tidak kurang juga yang ingin menjadi perdana menteri, ketua-ketua, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka.



Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah mencari ilmu, iman dan amal soleh yang taqorrubkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Nabi S.A.W memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.




Share/Save/Bookmark

PM baru...

|

Hari ini pada tanggal 3 April 2009 bersamaan 7 Rabiul Akhir 1430, Malaysia sekali lagi mencatat sejarah dengan perlantikkan perdana menteri yang baru selepas perdana menteri yang ke-5 Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak. Sudah menjadi lumrah undang-undang dunia parti yang menguasai parlimen maka merekalah yang layak memimpin sesebuah negara. Persoalan yang timbul sekarang ialah ke mana arah tuju Malaysia selepas ini? Apakah perubahan dan pembaharuan yang akan di lakukan? dan berjayakah beliau bertahan hingga tamatnya penggal ini dan menempuh pilihanraya besar yang akan datang?


Ke mana arah tuju Malaysia hari ini dan hari-hari yang akan datang di bawah kepimpinan beliau. Adakah beliau akan mencontohi Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat Barrack Hussain Obama? atau beliau akan mengikut rentaknya sendiri. Kita tunggu dan lihat sahaja. Tetapi masyarakat hari ini mempunyai keupayaan untuk menilai kepimpinan beliau berdasarkan prestasi semasa menjadi beliau masih menjadi Timbalan PM dahulu. Adakah kebaikan lebih banyak daripada keburukan yang di lakukan atau sebaliknya?


Setiap orang inginkan perubahan yang baik kepada yang lebih baik dalam mentadbir sesebuah negara. Tetapi jika omongan ini menjadi omongan kosong sahaja di atas pentas berucap bagai nak rak dunia ini mereka yang punya, bagaimana mereka boleh begitu yakin akan dapat melakukan perubahan? Adakah mereka berada dalam keadaan hipokrasi sahaja di hadapan tatapan umum untuk menarik minat dan sokongan umum kepada mereka? Apabila sudah berkuasa adakah mereka laksanakan apa yang di omong-omongkan yang begitu berapi apabila berucap? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Adakah pemimpin-pemimpin ini yang perlu diberi sokongan ataupun sebaliknya. Jika perubahan ekonomi yang ingin dipulihkan bersihkan dahulu gejala makan suap dalam diri setiap pemimpin, jika ingin meraih sokongan rakyat bersihkan dahulu pemimpin-pemimpin yang korupsi, bersihkan dahulu gejala sosial di kalangan pemimpin dan apa yang paling penting ialah perubahan dengan mengikut acuan agama Islam itu sendiri. Ini yang kita harapkan sebenarnya.


Gelombang sokongan PM yang ke-6 ini tidaklah sekuat sokongan perdana menteri yang sebelum ini, gelombang sokongan Pak Lah lebih besar pengaruhnya dari Datuk Seri Najib kerana waktu itu kita harapkan cucu ulama ini membawa perubahan dan pembaharuan besar kepada Malaysia. Faktor pengaruh daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga belum kuat. Malam ini satu kejutan selepas beliau baru dilantik perdana menteri, beliau telah membebaskan 13 orang tahanan ISA dan menarik balik larangan akhbar harakah dan suara keadilan. Harap-harap ini bukanlah helah politik beliau untuk menarik perhatian umum kerana pilihanraya kecil semakin hampir di 2 Bukit dan di Batang Ai dan yang penting mampukah beliau bertahan sehingga ke penggal yang seterusnya?


Harapan baru untuk rakyat Malaysia supaya beliau menggariskan dasar-dasar yang sebaris dengan ajaran Islam. Perdana menteri untuk semua agama dan bangsa, semua negeri, semua daerah dan semua di seluruh pelosok tanahair. InsyaAllah.


Share/Save/Bookmark

Peta Terengganu

|


Salam..ada permintaan dari kawan untuk meletakkan peta dalam blog supaya senang utk rujuk katanya sebelum keluar makan angin. Tapi untuk entri kali ni, saya nak letak peta negeri Terengganu dulu sebab dia tinggal di Terengganu.



Share/Save/Bookmark

Doa Peperiksaan

|

هذه بعض الأدعية التي يُستحب تلاوتها للتسهيل على الطلاب:

* دعاء بعد المذاكرة: اللهم إني أستودعك ما قرأت وما حفظت فاردده لي عند حاجتي إليه إنك على كل شيء قدير.

* عند التوجه إلى الامتحان: اللهم إني توكلت عليك وفوَّضت أمري إليك، لا ملجأ ولا منجى إلا إليك.


* عند دخول الامتحان: ربي أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق واجعل لي من لدنك سلطاناً نصيراً.


* عند بداية الإجابة: ربِّ اشرح لي صدري ويسّر لي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي، بسم الله الفتاح اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلاً وأنت تجعل الحزن سهلاً يا أرحم الراحمين.


* عند تعسر الإجابة: لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين، يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث ربي إني مسَّني الضر وأنت أرحم الراحمين.


* عند النسيان: اللهم يا جامع الناس ليومٍ لا ريب فيه، اجمع عليَّ ضالتي.

* بعد الانتهاء من الإجابة: الحمد لله الذي هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله





Share/Save/Bookmark

Examination Mode

|

At this moment realize or not, second year in IIUM is leaving me. Open and close, open and close our eyes that time must come true. Time to finish studying in IIUM soon. Tomorrow will begin my first paper for final examination in second semester. It will ensure my CGPA achievement for this semester and absolutely I was expected more than I can do. Achievement that will give happiness to others, the people who convince me to do it for myself in surviving the world. They were sacrificed with the variety of sacrifices to success my life.

Who are they actually? Who are they exactly? All people over the world know who give them variety of wonderful life and that was our dad and mom. It’s hard to say their sacrifice and kindness will repay. What we can do and what we suppose to do is study hard and gives them our successful. InsyaAllah. I very hope this semester my pointer will increase and getting well insyaAllah. Wish me luck!

3rd April 2009 = Fiqh Ibadah I. 9.00 AM

7 April 2009 = Mabahith al-hukum. 9.00 AM

8 April 2009 = Quranic Propethic Text. 3.00 PM

13 April 2009 = Fiqh Mawarith. 9.00 AM

14 April 2009 = Adilatul Ahkam. 3.00 PM.

Pray for my success!

اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين واجعلنا من الصالحين. اللهم آمين...


Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers