PM baru...

|

Hari ini pada tanggal 3 April 2009 bersamaan 7 Rabiul Akhir 1430, Malaysia sekali lagi mencatat sejarah dengan perlantikkan perdana menteri yang baru selepas perdana menteri yang ke-5 Tun Abdullah Bin Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak. Sudah menjadi lumrah undang-undang dunia parti yang menguasai parlimen maka merekalah yang layak memimpin sesebuah negara. Persoalan yang timbul sekarang ialah ke mana arah tuju Malaysia selepas ini? Apakah perubahan dan pembaharuan yang akan di lakukan? dan berjayakah beliau bertahan hingga tamatnya penggal ini dan menempuh pilihanraya besar yang akan datang?


Ke mana arah tuju Malaysia hari ini dan hari-hari yang akan datang di bawah kepimpinan beliau. Adakah beliau akan mencontohi Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat Barrack Hussain Obama? atau beliau akan mengikut rentaknya sendiri. Kita tunggu dan lihat sahaja. Tetapi masyarakat hari ini mempunyai keupayaan untuk menilai kepimpinan beliau berdasarkan prestasi semasa menjadi beliau masih menjadi Timbalan PM dahulu. Adakah kebaikan lebih banyak daripada keburukan yang di lakukan atau sebaliknya?


Setiap orang inginkan perubahan yang baik kepada yang lebih baik dalam mentadbir sesebuah negara. Tetapi jika omongan ini menjadi omongan kosong sahaja di atas pentas berucap bagai nak rak dunia ini mereka yang punya, bagaimana mereka boleh begitu yakin akan dapat melakukan perubahan? Adakah mereka berada dalam keadaan hipokrasi sahaja di hadapan tatapan umum untuk menarik minat dan sokongan umum kepada mereka? Apabila sudah berkuasa adakah mereka laksanakan apa yang di omong-omongkan yang begitu berapi apabila berucap? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Adakah pemimpin-pemimpin ini yang perlu diberi sokongan ataupun sebaliknya. Jika perubahan ekonomi yang ingin dipulihkan bersihkan dahulu gejala makan suap dalam diri setiap pemimpin, jika ingin meraih sokongan rakyat bersihkan dahulu pemimpin-pemimpin yang korupsi, bersihkan dahulu gejala sosial di kalangan pemimpin dan apa yang paling penting ialah perubahan dengan mengikut acuan agama Islam itu sendiri. Ini yang kita harapkan sebenarnya.


Gelombang sokongan PM yang ke-6 ini tidaklah sekuat sokongan perdana menteri yang sebelum ini, gelombang sokongan Pak Lah lebih besar pengaruhnya dari Datuk Seri Najib kerana waktu itu kita harapkan cucu ulama ini membawa perubahan dan pembaharuan besar kepada Malaysia. Faktor pengaruh daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga belum kuat. Malam ini satu kejutan selepas beliau baru dilantik perdana menteri, beliau telah membebaskan 13 orang tahanan ISA dan menarik balik larangan akhbar harakah dan suara keadilan. Harap-harap ini bukanlah helah politik beliau untuk menarik perhatian umum kerana pilihanraya kecil semakin hampir di 2 Bukit dan di Batang Ai dan yang penting mampukah beliau bertahan sehingga ke penggal yang seterusnya?


Harapan baru untuk rakyat Malaysia supaya beliau menggariskan dasar-dasar yang sebaris dengan ajaran Islam. Perdana menteri untuk semua agama dan bangsa, semua negeri, semua daerah dan semua di seluruh pelosok tanahair. InsyaAllah.


Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers