Apa sudah jadi dengan dia???

|

Assalamualaikum...

Saya agak terkejut dengan cerita ini. Mungkin ramai sudah tahu kebenarannya kerana disiarkan di televisyen. Beliau salah seorang peserta audition One In A Million (OIAM). Saya memang terkejut melihat gelagat beliau dan agak mengecewakan dan sukar untuk saya mempercayai.


Dahulu beliau seorang vokalis salah sebuah kumpulan nasyid. Kalau tidak silap saya tahun 90-an lagu mereka selalu kedengaran di kaca televisyen, di stesen-stesen radio tanahair. Memang cukup popular lagu mereka pada ketika itu. Tetapi sejak kebelakangan ini, namanya sepi dari industri tanahair. Dengar khabar beliau telah melanjutkan pelajaran ke luar negara di negara matahari terbit dalam bidang professional.
Apabila baru-baru ini muncul di kaca televisyen keadaannya sudah jauh berbeza.


Persoalannya disini, kenapa beliau boleh berubah sedemikian dari hala tuju dakwah kepada nyanyian, tambahan dengan perubahan perwatakan beliau agak menyedihkan sehingga tidak sanggup untuk kita melihatnya kerana sukar untuk mempercayai. Apalah salah dia sampai jadi sebegitu rupa? Ataupun
culture shock apabila berada di rantau orang. Di mana nilai keislaman yang beliau bawa-bawakan dalam irama nasyid sebelum ini? Adakah sudah hilang begitu sahaja? Persoalan-persoalan ini anda sendiri yang perlu menjawabnya kerana anda sendiri yang akan menilai dan meletakkan keputusan kepada beliau.


Sebenarnya siapa yang saya maksudkan? perlukah saya khabarkan di sini? Atau mungkin cerita ini akan mengguris hati individu lain. Saya tidak mungkin akan khabarkan ceritanya di sini kerana risau akan terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada saya.


Kesimpulannya, manusia dilahirkan seperti sehelai kain putih. Manusia sendiri akan mencoraknya dalam kehidupan dunia dalam menuju ke negeri akhirat. Harapan selepas lahir agar menjadi manusia yang terbaik di atas muka bumi. TETAPI takdir qadha dan qadar Allah telah menentukan dan telah tertulis segalanya. Tidak mustahil manusia yang zaman mudanya dia seorang yang soleh, patuh kepada agama, apabila hampir saat kematian dia durhaka kepada Allah. Nauzubillah...Apa yang kita mahukan iman dan ketaqwaan kita semakin maju dan kuat melawan mehnah dan nafsu dunia. Biarlah hidup kita secara bersederhana tetapi ketaatan kita kepadaNya tidak luntur walau sesaat. Itu yang kita harapkan. Ameen...

Share/Save/Bookmark

Wanita dan kerjaya

|

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا.صلوات الله على النبي الكريم. وعلى أصحابه أجمعين

Lelaki dan perempuan diciptakan saling lengkap melengkapi. Tanpa wanita siapalah lelaki, tanpa lelaki siapalah wanita. Diberi potensi masing-masing dalam menguruskan kehidupan sebagai manusia. Fitrah diciptakan berpasang-pasangan untuk hidup bersama menjalani kehidupan mengikut acuan yang betul.

Wanita mempunyai tanggungjawab sebagai suri rumah dalam menguruskan hal rumah tangga, lelaki mencari nafkah untuk keluarga. Pembahagian tugas ini bukanlah bercanggah dengan prinsip emansipasi. Tetapi untuk memudahkan pasangan itu sendiri yang telah diletakkan pada kedudukannya menurut kekhususan semulajadi.

Disini jelas kedudukan wanita adalah sebagai suri rumah dalam mentadbir dan sebagainya. Rumah tangga adalah tempat kerja sebenar mereka. Apabila keluar dari rumah, ia bukanlah kerja sebenar mereka. Kemungkinan atas sebab-sebab tertentu seperti mereka mempunyai sesuatu hajat, ataupun kepakaran mereka diperlukan, untuk menampung kewangan keluarga dan banyak lagi kemungkinan yang boleh kita ambil kira. Allah S.W.T berfirman:

وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
'Dan hendaklah kamu(isteri) tinggal di rumah kamu dan janganlah kamu berhias seperti orang Jahiliyyah dahulu'.


Ayat ini merupakan ayat perintah kepada kaum hawa untuk duduk di rumah. Pada asalnya, ayat ini diturunkan bagi isteri-isteri Rasulullah S.A.W yang sudah jelas kelebihan dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Lebih-lebih lagilah kepada kaum wanita lain yang mesti mentaati perintah ini. Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:

'Wanita itu adalah aurat, sesungguhnya seorang wanita itu apabila ia keluar dari rumahnya, syaitan akan memuliakannya, dia akan lebih jauh daripada Tuhan daripada ia berada di dalam rumahnya' (hadis riwayat at-Thabrani)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda:

'Sebaik-baik masjid bagi kaum wanita adalah di dalam bilik rumahnya' (hadis riwayat Ahmad, at-Thabrani)

Namun begitu islam tidaklah sampai kepada tahap tidak membenarkan langsung wanita keluar daripada rumah. Sekiranya seorang wanita hendak keluar dari rumahnya kerana tidak ada pilihan, ia harus menjaga perkara-perkara berikut:

1. Mendapat kebenaran dari suami kpd yg sudah berkahwin dan kebenaran ibu bapa kepada yang belum berkahwin.

2. Menutup aurat dengan sebaiknya.

3. Tidak memakai pewangi yang boleh menarik perhatian lelaki.

4. Tidak bekerja di pejabat yang menjadikannya berkhalwat atau berdua-duaan shj di pejabat.

5. Meyakini tidak akan timbul fitnah pada diri, rumah tangga dan masyarakat.


6. Tidak meninggalkan kewajipan sbg seoarang muslim dan juga suami, anak-anak kerana prinsip Dar ul-Mafasid Muqaddam 'ala Jalb al-Masalih iaitu mencegah terjadinya keburukan adalah lebih baik dan didahulukan daripada mencari kebaikan.

Sekiranya wanita diperlukan bekerja, masyarakat wajib menjaga maruah mereka, melindungi mereka daripada melanggar ajaran-ajaran agama, memberikan waktu kerja yang munasabah bagi mereka, memberikan tempat dan suasana kerja yang munasabah dan jauh daripada fitnah, sehingga tidak ada sebarang masalah atau fitnah yang timbul, demi menjaga kemaslahatan ummah. Pada prinsipnya islam tidak melarang sama sekali kaum wanita daripada bekerja bahkan menginginkan kebaikan untuk semua ummatnya.


Share/Save/Bookmark

Tarik balik biasiswa

|

KUALA LUMPUR 27 Mac - Kelab UMNO Luar Negara meminta kerajaan menarik balik tajaan termasuk biasiswa pelajar di luar negara khususnya di Mesir yang melibatkan diri secara langsung dengan parti pembangkang.

Wakil Kelab UMNO Southampton, Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan (gambar) berkata, pelajar terbabit yang bergerak melalui Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (Pemeram) kini bergiat aktif dan mendapat sambutan yang luar biasa.

Malah, jelasnya, Pemeram bertindak lebih pantas daripada pegawai-pegawai kerajaan Malaysia di Mesir yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan penuntut lain dengan menjemput pelajar baru dari lapangan terbang bagi menarik untuk menyertai mereka (Pemeram)

''Selain itu, Pemeram juga telah bertindak melebihi batas apabila memonopoli seluruh bangunan asrama milik kerajaan Barisan Nasional (BN) di Mesir sehingga meminggirkan pelajar-pelajar yang berada di bawah naungan Kelab UMNO,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Md. Hazlin Agyl berkata, pihaknya mengesyorkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menguruskan bahagian pemilihan dan penghantaran pelajar baru ke luar negara secara berpusat bagi memastikan tiada pihak lain yang cuba untuk mengganggu-gugat pemikiran penuntut baru.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan disaran mengambil pendekatan baru iaitu dengan mengadakan rundingan di antara kerajaan dengan kerajaan secara kerap.

Dalam pada itu, menurut beliau, pihaknya turut menunjukkan sokongan kepada kerajaan yang meneruskan sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berikutan bahasa Inggeris merupakan medium perantaraan utama di seluruh dunia.

Beliau menjelaskan, sekiranya tiada penguasaan dalam bahasa Inggeris dengan baik, golongan muda dan rakyat Malaysia sukar untuk bersaing dengan bangsa lain di peringkat global.

Katanya, sebagai bukti, hampir seluruh rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara menyatakan pandangan yang sama kerana pendedahan bahasa asing banyak membantu seseorang individu itu berdaya maju dan efektif dalam kerjaya.

"Kelab UMNO akan terus menyokong pandangan dan hasrat daripada kerajaan dan UMNO demi melakukan perubahan untuk rakyat terutamanya generasi muda," katanya.

Sumber: utusan.com.my
Share/Save/Bookmark

Hukum Perempuan Memakan Pil Untuk Keluarkan Darah Haid

|

Assalamualaikum... Bersua kembali pada entri kali ini. Kali ini saya ingin berkongsi assignment saya kepada pembaca. Last minute assignment seminggu sebelum final yang diberi oleh pensyarah. Agak mengelirukan, tetapi ia kerja berkumpulan dan alhamdulillah dapat disiapkan semalaman. Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada kaum hawa jika isu ini agak keterlaluan dan menyentuh sensitiviti anda. Hakikatnya ini hanyalah perkongsian ilmu. Apa yang saya nak ceritakan di sini ialah mengenai "Hukum perempuan yang memakan pil untuk keluarkan darah haid". Setelah bertungkus lumus mencari bahan di library, bertanya kpd pensyarah-pensyarah yang lain, tanya kepada sahabat-sahabat dan ini hasil yang dapat saya ringkaskan.

Seperti entri saya yang lepas mengenai hukum menderma darah bulan ramadhan, isu memakan pil ini juga adalah isu kontemporari. Tidak terdapat dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah khususnya. Kami mengkaji dari sudut kaedah fiqhiyah yang diguna pakai oleh ulama kontemporari yang kita boleh kaitkan dengan isu ini.

Secara realitinya, isu ini kita asaskan kepada tujuan seseorang perempuan itu memakan pil. Untuk apa mereka makan? Perlukah mereka mengambil pil ini? Adakah semua perempuan mengambilnya?
Jadi saya bahagikan persoalan-persoalan ini kepada tujuan-tujuan perempuan memakan pil ini. Sebelum saya terlupa pil yang dimaksudkan ialah pil duphaston nama diberi, mungkin terdapat lagi pil-pil lain di pusat-pusat perubatan dan farmasi. Berbalik kepada persoalan tadi saya ingin bahagikan kepada beberapa bahagian.

Hukum perempuan memakan pil untuk keluarkan darah haid

1. Gadis



Dari sudut kesihatan: Dibolehkan kepada mereka memakan pil untuk kesihatan contohnya untuk menormalkan kitaran haid mereka.

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (البقرة:195)

Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Dari sudut penipuan: Jelas menipu itu haram, contohnya mereka memakan untuk mengelak dari menunaikan ibadah-ibadah contohnya solat 5 waktu, puasa dan sbgnya. Maka haram memakannya.

2. Perempuan yang sudah berkahwin

Kesihatan: Bagi perempuan yang sudah berumahtangga, mereka harus mendapatkan nasihat doktor untuk memakan pil tersebut bagi tujuan kesihatan. Sekiranya mereka disahkan hamil, maka tidak dibolehkan memakan pil kerana boleh menyebabkan keguguran. Jika sebaliknya maka dibolehkan.

النبي صلى الله عليه وسلم قال:(( نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ))(صحيح بخاري)
Dua nikmat yang selalu manusia tidak peka ialah kesihatan dan masa lapang

Penipuan: Sama seperti gadis di atas jelas haram hukumnya.


3. Perempuan yang diceraikan suami

- Kemungkinan tedapat segelintir daripada golongan ini melakukan penipuan dengan memakan pil ini bertujuan mempercepatkan tempoh iddah mereka. Tempoh iddah yang sedia maklum adalah 3 bulan bagi perempuan yang bercerai. Mereka mengambil pil ini untuk mempercepatkan darah mengalir keluar. Seminggu atau beberapa minggu selepas itu, mereka memakan lagi pil ini dan darah sekali lagi keluar. Maka tempoh iddahnya telah masuk dua kali. Dan iddahnya berbaki satu kali lagi. Saya simpulkan tidak sampai 3 bulan mereka sudah mencukupi tempoh iddah mereka selama 3 kali, jadi mereka dibenarkan berkahwin. Tetapi pada asalnya perkara ini berlaku dengan penipuan. Maka hukumnya tetap haram kerana asasnya menipu. Ini bagi perempuan yang tempoh kitaran haid mereka normal.

Kaedah fiqh yang digunakan

من استعجل في شيئا قبل أوانه عوقب بحرمانه
Sesiapa yang mempercepatkan sesuatu sebelum datang masanya, maka akibatnya haram


- Bagi perempuan yang kitaran haidnya tidak normal misalnya 6 bulan sekali datang haid. Maka harus bagi mereka memakan pil tersebut jika ingin berkahwin semula selepas diceraikan. Sekiranya mereka ingin menunggu tempoh iddahnya selesai maka ia akan memakan masa 1 tahun setengah untuk mencukupkan tempoh iddah. Penungguan ini boleh membawa mereka kepada penzinaan jika sekiranya tidak dikahwinkan. Tetapi masalah menunggu tempoh iddah ini ada khilaf dalam mazahibul arba'ah seperti yang sedia maklum. Ringkasnya untuk kemaslahatan ia dibolehkan bagi golongan tidak normal seperti ini mengambil pil tersebut.

( يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ) (البقرة:185)
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu

قال النبي: ((إِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ))(سنن الترمذي)
Sesungguhnya kamu diutus sebagai org2 yg memudahkan dan kamu tidak diutuskan sebagai org2 yg menyusahkan

المشقة تجلب التيسير
Kesusahan dapat mengumpulkan jalan-jalan kepada kemudahan

Kesimpulan dari Hukum perempuan memakan pil untuk keluarkan darah haid ialah boleh makan tetapi bersyarat(mubah bissyurut). Segalanya bergantung kepada niat seseorang perempuan itu.

كما قال النبي:(( إنما الأعمال بالنيات....إلخ ))
1. Utk kesihatan = Dibolehkan
2. Penipuan = Haram
3. Kemaslahatan = Dibolehkan

Sekadar itu dulu. Segala kesilapan harap dapat diperbetulkan. Sebarang perkongsian boleh hantarkan komen di bawah. Kita mahukan jawapan yang lebih terperinci dan tepat. Saya memohon maaf sekali lagi jika terdapat kesalahan yang sengaja ataupun tidak disengajakan.

Wallahu 'alam.


Share/Save/Bookmark

KECANTIKAN LELAKI DAN KEGAGAHAN PEREMPUAN

|

Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang hatinya cantik di dalam,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata keinsafan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun yang membaham,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada apabila emosi dikecam,
Adalah lelaki yang baik sangka pada manusia dan alam,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa apabila berjuang.
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati dan perasaan
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad Rasul sekalian alam,
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki hingga akhir zaman.


Kegagahan Perempuan

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.


Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan berdiri di atas teguh iman,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Renung-renungkanlah wahai yang bernama insan.


Share/Save/Bookmark

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers