Apa sudah jadi dengan dia???

|

Assalamualaikum...

Saya agak terkejut dengan cerita ini. Mungkin ramai sudah tahu kebenarannya kerana disiarkan di televisyen. Beliau salah seorang peserta audition One In A Million (OIAM). Saya memang terkejut melihat gelagat beliau dan agak mengecewakan dan sukar untuk saya mempercayai.


Dahulu beliau seorang vokalis salah sebuah kumpulan nasyid. Kalau tidak silap saya tahun 90-an lagu mereka selalu kedengaran di kaca televisyen, di stesen-stesen radio tanahair. Memang cukup popular lagu mereka pada ketika itu. Tetapi sejak kebelakangan ini, namanya sepi dari industri tanahair. Dengar khabar beliau telah melanjutkan pelajaran ke luar negara di negara matahari terbit dalam bidang professional.
Apabila baru-baru ini muncul di kaca televisyen keadaannya sudah jauh berbeza.


Persoalannya disini, kenapa beliau boleh berubah sedemikian dari hala tuju dakwah kepada nyanyian, tambahan dengan perubahan perwatakan beliau agak menyedihkan sehingga tidak sanggup untuk kita melihatnya kerana sukar untuk mempercayai. Apalah salah dia sampai jadi sebegitu rupa? Ataupun
culture shock apabila berada di rantau orang. Di mana nilai keislaman yang beliau bawa-bawakan dalam irama nasyid sebelum ini? Adakah sudah hilang begitu sahaja? Persoalan-persoalan ini anda sendiri yang perlu menjawabnya kerana anda sendiri yang akan menilai dan meletakkan keputusan kepada beliau.


Sebenarnya siapa yang saya maksudkan? perlukah saya khabarkan di sini? Atau mungkin cerita ini akan mengguris hati individu lain. Saya tidak mungkin akan khabarkan ceritanya di sini kerana risau akan terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada saya.


Kesimpulannya, manusia dilahirkan seperti sehelai kain putih. Manusia sendiri akan mencoraknya dalam kehidupan dunia dalam menuju ke negeri akhirat. Harapan selepas lahir agar menjadi manusia yang terbaik di atas muka bumi. TETAPI takdir qadha dan qadar Allah telah menentukan dan telah tertulis segalanya. Tidak mustahil manusia yang zaman mudanya dia seorang yang soleh, patuh kepada agama, apabila hampir saat kematian dia durhaka kepada Allah. Nauzubillah...Apa yang kita mahukan iman dan ketaqwaan kita semakin maju dan kuat melawan mehnah dan nafsu dunia. Biarlah hidup kita secara bersederhana tetapi ketaatan kita kepadaNya tidak luntur walau sesaat. Itu yang kita harapkan. Ameen...

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers