CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.....
EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA - ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata, menghasut, menjadi batu api & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN BAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.
Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita.
Wallahu'alamEMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA
Zikrul Maut!!!
Seseorang manusia tidak dinilai kepada pangkat, jawatan, harta, dan seumpamanya. Tetapi manusia dinilai dari segi ketaqwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Jadi, cuba kita ukur dan muhasabah kembali sejauh manakah ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah saat dan ketika ini. Persoalannya di sini adakah sudah cukup segala amalan kita untuk dibawa ke akhirat? Bagaimana dengan ibadah kita? Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk kita menyemai dengan ketaqwaan dan keimanan kita padaNya. Amalan kita bukan sahaja terletak pada solat, baca quran dan sebagainya, tetapi ia merangkumi segala aspek dalam kehidupan yang akan dihitung satu persatu oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Setiap hari kita mintak kepada Allah supaya اهدنا الصراط المستقيم
waktu solat subuh, zohor, asar, maghrib, isya' 17 kali kita mintak supaya Allah tunjukkan kita jalan yg lurus, Tunjukkan aku jalan yang lurus, tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Tapi perangai dan kelakuan kita seharian bagaimana? Adakah di jalan yg lurus? Tidak ada guna kalau kita mintak 17 kali setiap hari tapi tidak pernah ada perubahan ke arah kebaikan. Kebarangkalian baca fatihah hanya sekadar baca sebagai memenuhi rukun solat tanpa mengetahui maksud ayat tersebut. Jadi, inilah kepentingan mempelajari ilmu agama yang dituntut oleh Islam. Itu cerita pasal khutbah yg aku cuba ulaskan dan sedikit tambahan.
Program malam ni pun ada kesinambungan dari khutbah solat jumaat baru-baru ni, malam penutup Zikrul Maut. Dianjurkan oleh beberapa mahallah(kolej kediaman pelajar) di sini. Antaranya mahallah Ali dan Safiyah. Minggu zikrul maut nama program yang diberi dan antara acara-acara dalam program ni forum alam ghaib, musabaqah dll. Program kemuncaknya konsert Hijjaz dan FarEast, sketsa sakaratul maut dan sajak. Sempat jgk aku pergi malam ni sebab dapat tiket percuma kawan bagi. Syukur alhamdulillah rezeki Tuhan nak meletakkan aku dalam majlis yang cukup memberi kesan. Yang menyentuh perasaan kita sbg hamba Tuhan yang kerdil dengan lagu2 dendangan kumpulan Hijjaz dan FarEast berkonsepkan ketuhanan dan kematian. Setulus doa, Wahai Tuhan, Kau Sahabat Kau Teman, Sumayyah, Azimat Ibunda, Menanti Di Barzakh dll. Sketsa dilakonkan oleh IIUM Theater Group dan sajak oleh IIUM Poetry. Sketsa berkisar mengenai kehidupan manusia dari alam kelahiran sehingga alam kematian yang menceritakan kehidupan seorang manusia yang kufur kepada Allah dan dikubur dia diseksa dgn azab yang begitu pedih..Lakonan agak menjadi dengan alat2 bantuan seperti muzik latar belakang, keranda, kubur, dsb.
Jadi, kesimpulannya setiap detik jangan kita lupa kepada Allah sebagai pencipta mutlak makhluk di alam ini. Saat kematian akan tiba kepada setiap yang hidup. Kematian bukanlah bermakna tamat riwayat hidup kita, tetapi akan dihidupkan semula di akhirat kelak sebagai kehidupan yang kekal. Oleh yang demikian untuk mengecapi hidup yg bahgia dunia dan akhirat kita perlu kembali kepada ajaran Rasulullah kerana Rasulullah pernah bersabda : Aku meninggalkan dua benda kepada kamu, nescaya kamu tidak akan sesat iaitu Al-Kitab dan Sunnahku.
Jadikan sebagai panduan dlm kehidupan.
Wallahualam bissowab.
Zikrul Maut!!!
Student Carnival
Student carnival diadakan adalah untuk memperkenalkan society dan club-club yang wujud kat UIAM disamping menggalakkan para pelajar bergiat dalam aktiviti-aktiviti kampus. Gerai-gerai dibuka untuk mempamerkan material dari society dan club masing2. Antara contoh-contoh society yang terlibat 'Enginius(Persatuan pelajar engineering), KAED(Persatuan pelajar arkitek), IRKHSS(Ilmu Wahyu) dan byk lagila society2 yg terlibat. Club plak cthnya Maaruf Club, Karisma Club, Wawasan Club dll.
Sempat jgk belajar buat seramik ngn us.Sham walaupun tahun 3 baru kena belajar pasal benda ni.Minggu student carnival ni bkn sj untuk society dan club, malah diwujudkan gerai-gerai untuk aktiviti ko-kurikulum yg diwajibkan kepada semua pelajar mengambil bahagian sbb masuk dlm pointer..Mcm aku sendiri amik kelas khat sampai tahun 3. Yang lain-lain cthnya Suksis, Wataniah, Cooking, Parenting, Taekwando, Angklong, Zapin, Memanah dan byk lagi yg lain. Maaf, gambar2 lain tak sempat nak ambik.

Student Carnival
Aurat Wanita
|
Aurat Wanita
Baru dapat sambung semula internet...
Afif dan Asma Afifah
Ayah dan Asma Afifah
Akmal Wajdi, mak, Asma, AmirDah lama tak update. Tak gi refresh akaun wireless uia..bila gi ofis ITD ( Information Technology Division), mereka dan keluarga mereka hanya meminta no.matrik dah beres. Ingatkan masalah bsr sampai 2 minggu tak boleh connect. Erm...banyak benda nak bercerita. Tapi kita mula dengan balik kampung cuti raya cina baru2 ni. Walaupun sekejap, tapi sempat jgk gi berjalan-jalan. Pertama sekali gi Open Day PLKN di Dusun Resort Kuala Nerang. Adik kembar diperintahkan oleh kerajaan untuk PLKN kat situ. Sebenarnya dari mula masuk mereka berdua, tapi si abg kembar ni terpaksa mintak tangguh sebab nak sambung belajar STAM. Menangisla si adik kembar perempuan ni ditinggalkan abgnya. Sekolah menengah dulu pun tak sekali. Ingatkan dpt PLKN blhla dorg dok skali. Tapi adik terpaksa korban...Dorg ni mmg rapat, maklumla kembar. Sayang sgt kat abg dia. Ok, tu crita psl dorg. Walaupun balik bercuti cuma 2,3 hari tapi sempat ziarah saudara mara, siram pokok2 kat kampung sbb dh musim kemarau kat Kedah. Dan yang paling best dapat makan bubur asyura mak buat. Terima kasih kpd family. Itu cerita time cuti...


Kembar sepasang 'Ammar Afifi dan 'Asma Afifah
Amir Mohd Akram, Amirah, mak, Asma, AshrafLepas cuti ni plak..takda apa sgt pun. Cuma baru-baru ni alang-alang dah lalu dekat dengan Batu Caves tu balik dari Low Yat sempat singgah tgk mcmana org beragama Hindu meraikan Thaipusam. Untuk pengetahuan kita bersama apa yang dimaksudkan dgn sambutan Thaipusam ni sbnrnya mengikut kepercayaan mereka, mereka ni sambut ulangtahun kelahiran dewa Murugan yang patung besar kat Batu Caves tu. Sapa2 yg bernazar kena berjalan dari Marang, Kuantan ke Batu Caves tanpa memakai kasut. Kena puasa jgk bg org yang bernazar, puasa mereka ni bukan mcm org Islam, cuma tak boleh makan makanan berdarah je mcm daging, ayam dsb. Itulah serba sedikit tentang Thaipusam yang berbeza dgn perayaan Deepavali(sambutan cahaya). Kita sambung lg nanti.
Thaipusam
Wassalam...
Baru dapat sambung semula internet...
Mengapa Islam mengharamkan khinzir?
Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.?"Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?"Beliau menjawab,"Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia." Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut. Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina.
Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya. Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya.
Mengapa Islam mengharamkan khinzir?





