Zikrul Maut!!!

|

Solat Jumaat aku yang lepas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang(SMAP K), agak memberi kesan kepada jemaah yang mendengar khutbah pada hari tu bagi yang mengambil ihtimam(perhatian). Walaupun ringkas tapi cukup berisi. Pertama kali aku mendengar khutbah yang disampaikan Ustaz Wan Akasyah seorang penceramah bebas. Ingin berkongsi dengan kalian kerana kita sebagai ummat manusia jangan terlepas dari sifat saling ingat memperingati.

Seseorang manusia tidak dinilai kepada pangkat, jawatan, harta, dan seumpamanya. Tetapi manusia dinilai dari segi ketaqwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Jadi, cuba kita ukur dan muhasabah kembali sejauh manakah ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah saat dan ketika ini. Persoalannya di sini adakah sudah cukup segala amalan kita untuk dibawa ke akhirat? Bagaimana dengan ibadah kita? Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk kita menyemai dengan ketaqwaan dan keimanan kita padaNya. Amalan kita bukan sahaja terletak pada solat, baca quran dan sebagainya, tetapi ia merangkumi segala aspek dalam kehidupan yang akan dihitung satu persatu oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. Setiap hari kita mintak kepada Allah supaya اهدنا الصراط المستقيم
waktu solat subuh, zohor, asar, maghrib, isya' 17 kali kita mintak supaya Allah tunjukkan kita jalan yg lurus, Tunjukkan aku jalan yang lurus, tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Tapi perangai dan kelakuan kita seharian bagaimana? Adakah di jalan yg lurus? Tidak ada guna kalau kita mintak 17 kali setiap hari tapi tidak pernah ada perubahan ke arah kebaikan. Kebarangkalian baca fatihah hanya sekadar baca sebagai memenuhi rukun solat tanpa mengetahui maksud ayat tersebut. Jadi, inilah kepentingan mempelajari ilmu agama yang dituntut oleh Islam. Itu cerita pasal khutbah yg aku cuba ulaskan dan sedikit tambahan.

Program malam ni pun ada kesinambungan dari khutbah solat jumaat baru-baru ni, malam penutup Zikrul Maut. Dianjurkan oleh beberapa mahallah(kolej kediaman pelajar) di sini. Antaranya mahallah Ali dan Safiyah. Minggu zikrul maut nama program yang diberi dan antara acara-acara dalam program ni forum alam ghaib, musabaqah dll. Program kemuncaknya konsert Hijjaz dan FarEast, sketsa sakaratul maut dan sajak. Sempat jgk aku pergi malam ni sebab dapat tiket percuma kawan bagi. Syukur alhamdulillah rezeki Tuhan nak meletakkan aku dalam majlis yang cukup memberi kesan. Yang menyentuh perasaan kita sbg hamba Tuhan yang kerdil dengan lagu2 dendangan kumpulan Hijjaz dan FarEast berkonsepkan ketuhanan dan kematian. Setulus doa, Wahai Tuhan, Kau Sahabat Kau Teman, Sumayyah, Azimat Ibunda, Menanti Di Barzakh dll. Sketsa dilakonkan oleh IIUM Theater Group dan sajak oleh IIUM Poetry. Sketsa berkisar mengenai kehidupan manusia dari alam kelahiran sehingga alam kematian yang menceritakan kehidupan seorang manusia yang kufur kepada Allah dan dikubur dia diseksa dgn azab yang begitu pedih..Lakonan agak menjadi dengan alat2 bantuan seperti muzik latar belakang, keranda, kubur, dsb.

Jadi, kesimpulannya setiap detik jangan kita lupa kepada Allah sebagai pencipta mutlak makhluk di alam ini. Saat kematian akan tiba kepada setiap yang hidup. Kematian bukanlah bermakna tamat riwayat hidup kita, tetapi akan dihidupkan semula di akhirat kelak sebagai kehidupan yang kekal. Oleh yang demikian untuk mengecapi hidup yg bahgia dunia dan akhirat kita perlu kembali kepada ajaran Rasulullah kerana Rasulullah pernah bersabda : Aku meninggalkan dua benda kepada kamu, nescaya kamu tidak akan sesat iaitu Al-Kitab dan Sunnahku.
Jadikan sebagai panduan dlm kehidupan.

Wallahualam bissowab.


Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers