Pertemuan Tertutup Bersama Tan Sri Prof. Mohd. Kamal Hassan

|

Tengah : Prof Kamal Hassan. Kanan : Dr.Abd. Bari

Assalamualaikum...

Dr. Abd. Bari pensyarah subjek Qawaid Fiqhiyah saya bagi semester pendek kali ini mencadangkan satu pertemuan tertutup antara pelajar-pelajar kelasnya dengan salah seorang orang kuat UIAM Tan Sri Prof Mohd. Kamal Hassan. Kami sebulat suara bersetuju dengan cadangan beliau. Segala perancangan telah diatur dengan bantuan beliau sendiri. 2 haribulan Jun setelah selesai pembentangan assignment saya bersama saudara Shukri, majlis yang lebih kepada tazkirah itu telah diadakan di Shafie Conference Room.

Antara isi-isi dalam syarahan beliau:-

  • Banyak memperdebatkan mengenai Syiekh Yusof al-Qardhawi. Bagaimana uslub dan cara dakwah yang dibawa oleh ulama besar itu. Pendekatan-pendekatan beliau dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah. Mengambil pendekatan وسطية dalam aspek-aspek tertentu. Tidak terlalu ekstrim dan tidak terlalu menyempitkan sesuatu dalam isu-isu terkini.
  • Prof juga ada menyentuh mengenai cabaran masa kini dengan islam liberal. Negara jiran Indonesia semakin kuat dengan fahaman islam liberal ini kerana didokong dan disokong oleh golongan-golongan atasan. Malaysia juga dengan sisters in Islam sudah menular dikalangan masyarakat hari ini.
  • Selain itu, ukhwah insaniah yang patut dipupuk dalam komuniti di Malaysia khususnya. Ukhwah bersama orang-orang bukan Islam. Menjadi contoh teladan yang baik buat mereka. Ini menjadi satu cara untuk berdakwah dengan menunjukkan akhlak kita yang baik walaupun kita tidak berdakwah dengan cara pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
  • Perjuangan hari ini lebih kepada الغضب (kemarahan) bukan الحب (kasih sayang). Terlalu taksub dengan kumpulan masing-masing hingga mengakibatkan ada golongan yang tercicir.
  • Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin memulakan penulisan dengan nada yang marah, dia marah kepada rijal ad-dakwah dan golongan yang belajar agama kerana kurang berperanan.
Sedikit biodata beliau:

  • Dilahirkan di Kelantan pada tahun 1942
  • Graduan dari Universiti Malaya dengan B.A. Honours kelas pertama pada tahun 1966. 
  • Berkhidmat sebentar di Malayan Civil Service di Sekretariat negeri Ipoh. Pernah menjadi tutor selama 2 tahun di Univ. Malaya.
  • Mendapat Fulbright Scholarship di Amerika Syarikat pada tahun 1968. Memperoleh M.A., M. Phil. dan Ph.D. dari Columbia University, New York pada 1970, 1972 dan 1975 masing-masing. Menerima Columbia University Fellowship President selama empat tahun. Pernah melakukan lapangan kerja di Indonesia pada tahun 1973 di Ford Foundation Scholarship.
  • Beliau juga pernah berkhidmat di Univ.Kebangsaan Malaysia dari tahun 1976-1983.
  • Mula berkhidmat dengan Univ.Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983.
  • Dilantik sebagai Shaikh al-Kulliyah of Centre for Fundamental Knowledge, UIAM: 1983-1990.
  • Dilantik menjadi dekan pertama Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM 1989-1990.
  • Dilantik menjadi Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UIAM(Academic Affairs) 1990-1997
  • Orang Malaysia pertama dilantik menjadi Rektor UIAM tiga penggal bermula April 1999 sehingga April 2006.
  • Bidang dan minat yang khusus dalam kontemporari Pemikiran Islam khususnya di wilayah Asia Tenggara. 
  • Dilantik menjadi penasihat Malaysian Anti-corruption Commission sejak Januari 2009.
  • Sekarang bekerja sepenuh masa sebagai professor di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM.
Kesimpulannya kita wajib berdakwah dengan apa cara sekalipun terutama di kalangan orang yang tahu mengenai hal ehwal agama. Dengan teknologinya yang semakin canggih sekarang segala pendekatan boleh dilakukan khususnya dengan blog yang semakin popular. Blog bukan sahaja digunakan sebagai pengganti diari hidup semata-mata atau ingin melontarkan dan berkongsi pendapat, malah ia juga boleh menjadi satu medan dakwah dengan penulisan yang kreatif untuk menarik minat pembaca seperti kebanyakan blog yang kita dapati ketika ini. Tidak kurang juga dengan blog-blog yang banyak menceritakan hal keperibadian, pada saya hal keperibadian itu perlu diselitkan dengan sedikit pengajaran dari sudut motivasi atau input-input ilmiah yang berguna, tidak hanya penceritaan mengenai diri semata-mata. Tidak ada alasan untuk tidak menjalankan tugas kita sebagai khalifah. Semua golongan boleh memainkan peranan masing-masing dengan pelbagai pendekatan yang berbeda dari sudut politik, ekonomi, sosiologi dan sebagainya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ
Wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penolong-penolong Allah(agama Allah)
Assaf-14

Wassalam.

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers