Lapor diri

|

Assalamualaikum. Harap semua berada di bawah jagaanNya insyaAllah. Sudah seminggu lebih tidak berkesempatan menulis entri baru sejak tibanya bulan Jun. Syukur dengan izinNya, diberi peluang lagi untuk berkata-kata dalam entri kali ni.

Semester pendek  kali ni kurang  sibuk. Saya sempat meraikan kedatangan keluarga  ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah dengan rezeki Allah dapat juga adik melanjutkan pelajaran. Pendaftaran bermula 8.00 pagi. Keadaan hari pendaftaran agak tidak jauh berbeza berbanding sewaktu zamanku dahulu pada tahun 2005. Tempat pendaftaran ditempatkan di Al-Malik Faisal Hall. Agak ramai yang sedang menunggu giliran. Di kesempatan untuk menunggu angka giliran tiba, saya sempat membuat semakan ke semua dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftarannya nanti.

Alhamdulillah, jam 12 tengahari segala urusan pendaftaran selesai. Tiba masanya untuk mengangkat beg. Perasaan penat tidak menghalang untuk terus berhenti membantu mengusung beg besar ke tingkat 4 mahallah Zainab al-Jahsyi. Tempat yang cukup asing bagiku semasa di Matrik dulu. Keadaan lebih ceria apabila ditemani anak saudara sepupu dengan celoteh dan kelakar dia yang bernama Muaz. Maklum sajalah, dah lama tidak mempunyai adik kecil. Gelak tawa Muaz membuatkan kami terasa ingin kembali ke zaman seusia dia.

Dahulunya pusat pengajian ini diberi nama Matriculation Center of IIUM, tetapi sejak tahun 2007 namanya telah ditukar kepada Center for Foundation Studies atau Pusat Asasi UIAM. Prasarana tidak bertambah, cuma beberapa pertukaran telah dibuat oleh pihak universiti. Kesemua jurusan sastera telah dipindah ke kampus di Nilai, Negeri Sembilan. Antara perubahan lain, mahallah Aisyah tidak wujud lagi kerana ditukar menjadi mahallah Umar al-Khatab II, manakala mahallah Umar yang asal ditukar menjadi mahallah untuk pelajar perempuan yang diberi nama mahallah Fatimah dan yang lain kekal seperti biasa.

Segalanya sudah selesai, kami sempat menziarahi adik bongsu di SMAP K sebelum keluarga bertolak balik ke Kedah pada keesokan harinya. Semoga semua pengorbanan ayah mak yang sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit akan kami balas dengan kejayaan InsyaAllah. Syukran ‘ala kulli hal.




Muaz lapar ke?

Dah kenyang garu kepala lagi





Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers