Hadiri Walimah Wan Ahmad Hamdan dan Siti Hasmira. Tahniah!

|


HafizBad & Nabilah

Cuti hujung minggu baru ni, saya sempat pulang ke kampung untuk menghadiri 2 jemputan walimah sahabat saya saudara Wan Ahmad Hamdan dan saudara Hafiz Badarulzaman. Alhamdulillah, diizinkanNya dapat juga saya menghadiri majlis kenduri kesyukuran Wan di kampungnya di Gajah Mati Pendang. Cuma tidak ada rezeki untuk hadir majlis kenduri kesyukuran Hafizbad, ramai teman yang diajak tidak dapat menemani saya untuk memenuhi permintaan Hafizbad. Hanya ucapan sahaja dapat disampaikan kepada dia. Hadiah sudah siap dibeli, tapi takdir Tuhan tak dapat juga temukan saya dengan pasangan pengantin ini yang sama-sama pernah menuntut ilmu di Maktab Mahmud sezaman dengan saya dahulu. Kepada Hafizbad dan Nabilah, minta maaf banyak-banyak ye.

Apapun teman sekelas saya yang mula kenal di kelas arab semasa masih menuntut di Pusat Asasi UIAM, Wan Hamdan dan Siti Hasmira dapat saya menghadirkan diri ditemani adik-adik. Mendapat semangat untuk pulang ke Kedah apabila teman-teman dari UIA sanggup menunggang motorsikal untuk ke Kedah semata-mata ingin menghadiri majlis kenduri Wan. 6 buah motorsikal mereka memulakan perjalanan dari KL pada jam 1 pagi dan sampai di rumah Meor di Bertam, Pulau Pinang jam 10 pagi, sempat berehat 2 jam lebih sebelum meneruskan semula perjalanan ke Gajah Mati Pendang. Alhamdulillah saya sempat sampai bersama-sama mereka di rumah Wan Hamdan. Majlis yang dilangsungkan dengan sederhana, tetapi syukur kerana berjalan dengan lancar. Kepada Wan Hamdan dan zaujahnya, kami mengucapkan ucapan tahniah. Tidak lupa juga kepada Hafizbad dan Nabilah. Selamat Pengantin Baru untuk kalian. Semoga berbahgia dan berkekalan ke akhir hayat dibawah jagaanNya insyaAllah. 

Musim cuti sekolah ni, maklum sajalah jemputan kenduri kahwin hampir 20 kad diterima selain dari 2 jemputan sahabat-sahabat tadi, tetapi beberapa jemputan sahaja saya bersama keluarga dapat hadir. Boleh dikatakan musim makan daging lembu selain hari raya korban. Tetapi jemputan tetap jemputan, kalau boleh dipenuhi hajat mereka yang menjemput, kita harus pergi untuk meraikan pasangan yang mendirikan masjid dengan mengikut sunnah Rasulullah kerana kita disuruh oleh baginda untuk memperbanyakkan zuriat demi agama kita. 

 قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Cuma apa yang kita harapkan dari Dia semoga semua majlis walimah tersebut mendapat rahmat dan keredhaan dari Dia yang Maha kuasa atas segalanya. Ameen.

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers