Apa punca anak derhaka???

|

Sabda Rasulullah s. a. w yang mafhumnya : "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah.

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Masing-masing dengan hal sendiri.

Asas dalam agama tu adalah solat kerana dari solatlah bermula segalanya,anak-anak harus dilatih solat jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk dan cium penuh kasih dan sayang, dilatih hormat orang tua, Maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. Di rumah kena pandai ambil hati mereka supaya mereka tak keluar rumah bergaul dengan teman-teman yang nakal. Cari cara bagaimana untuk menarik minat mereka tidak bosan hidup di rumah. Tapi, awas...jangan bermanja-manja dengan mereka bermula dari mereka masih kecil. Ramai sekali ibu bapa sekarang yang terlalu sayangkan anak, bila besar susah untuk dikawal. Apa kehendak mereka jangan dipenuhi semuanya, beri sekadar keperluan.

Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada ibu bapa...

Ada juga ibu bapa perangainya garang, wajahnya sukar sekali untuk senyum di depan anak-anak. Mungkin alasan mereka untuk anak-anak hormat kepada mereka. Tapi dari segi psikologinya kurang enak buat anak-anak yang baru nak membesar. Bukan sahaja yang baru nak membesar,malah yang sudah besar sekalipun kurang selesa. Tidak mungkin muka yang bengis bisa membuatkan anak-anak datang dekat dengan ibu bapa. Sekali sekala, berguraulah dengan mereka, ajak mereka ke tempat2 mereka suka. Ibu bapa senyum,ketawa...anak-anak seronok,suka...rasa bahagia berbunga di hati mereka.

Jadi,batasi bicara..perhati langkah. Kebahagiaan milik kita semuanya.

Share/Save/Bookmark

3 comments:

::wanusuki:: said...

mcm2 kan sekarang nih...anak2 cepat melupakn pengorbanan mak ayah...

contoh yg paling dekatlaa...tme2 nk raye ni haa...mak ayah yg cbuk kol anak2 menanyakan dapat balik ke x raye ni...mak ayah yg sedih mengenangkan ank2 diorang...tp kte sbg anak ni cepat tol lupa kt diorang...alasan xdapat ct..bz ngan keje...apalah sgt kte berkorban u duiorang...tme2 raye nilaa kte ambik kesempatan bermaafan sesama kte...

manusia ni cepat melupakan sesuatu yg telah tersedia...malah menghargai sesuatu yg sukar diperolehi...

wanusuki said...

macm2 kan sekarang ni...anak2 cepat melupakan mak ayah diorang...

contoh yg terdekatlaa...tme2 raye ni...mak ayah yg kol anak2 bertanyakan kdaan puasa...balik kg ke x...tp kte sbg anak xreti nk ambil ati mak ayah...adakah sume ni kte perlu diajar?
mak ayah yg sering bersedih terkenangkan anak2...y? sebab ktelah harta pusaka bg diorang...tp kte???

urmm manusia sering melupakan sesuatu yg sudah tersdia...malah menghargai sesuatu yg sukar diperolehi...pk2kanlah...

farouq said...

stuju...cara didikan yg tidak betol mnjd punca anak2 mnjd derhaka...
nk pukul sokmo mne leh...

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers