Ilmu agama bukan untuk makan gaji

|

KETEREH, 16 Ogos- Rakyat di negeri ini diingatkan agar tidak mengharapkan kerja makan gaji semata-mata bila tamat pengajian dari mana-mana pusat pengajian tinggi kerana bagi mereka yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan maupun luar negara adalah merupakan satu kelebihan kepada mereka kerana telah mempunyai ilmu,demkian dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian di majlis Ramah Mesra Pelajar Kelantan yang akan melanjutkan pelajaran di Timur Tengah bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Pembangunan Islam dan Dakwah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau amat berharap agar pelajar yang berjaya ke Timur Tengah mendalami sebaik mungkin ilmu agama maupun perubatan kerana di Timur Tengah terkenal sebagai gedung ilmu.

“ Saya amat berharap agar anak-anak semua tidak melepaskan peluang untuk merebut peluang belajar ilmu di sana kerana Mesir dan negara lain di sana adalah merupakan satu gedung ilmu yang amat luas dan pulang nanti dapat menyebarkan kepada masyarakat lain pula”ujar beliau.

Nik Aziz juga berkata cara penyampaian ilmu pada masa beliau menuntut dulu masih lagi dipratikkan masa kini dan pelajar diberi peluang untuk mengikuti pelbagai ceramah atau kuliah dan ia amat mudah difahami.

Di majlis yang sama juga, beliau telah memberi nasihat agar pelajar yang bakal menuntut di sana tidak mensia-siakan harapan keluarga dan tidak mencemar maruah negeri kerana kebanyakannya adalah dalam bidang keagamaan.

“Gejala sosial yang berlaku di negara ini seperti jenayah, pembuangan bayi, dadah, pecah rumah dan sebagainya, hanya kerana mempelajari ilmu dunia semata-mata dan tidak mendalami ilmu akhirat.

Bakal Pelajar di Timur Tengah menerima cenderahati dari Tuan Guru



Beliau juga menaruh harapan agar pelajar yang menuntut ilmu agama ini akan pulang menjadi pewaris kepimpinan kerajaan masa kini dan meneruskan syiar Islam di bumi Kelantan.

Seramai 283 pelajar dari YIK akan melanjutkan pelajaran ke Mesir Jordan dan Morocco, mereka akan berlepas secara berperingkat-peringkat bermula 18 Ogos hingga 4 Oktober ini.

Pelajar turut menerima sumbangan dari Tabung Kebajkan Badan Perhubungan PAS Kelantan yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Amar sendiri.



Sumber : http://gegarkelantan.net


Share/Save/Bookmark

1 comments:

~AmMar aFiFi~ said...

Terima kasih atas entry kali ni. moga ciq tergolong dalam kalangan yang TG Nik Aziz katakan tue..~

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers