Pejuang Libya

|




Assalamualaikum wbt.

Ku mulakan bicara dengan

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ni, kita baca dan singkap sikit pasal sejarah. Kalau anda tak bosan dengan sejarah boleh teruskan pembacaan anda. Kalau dah bosan, sila tekan butang 'close' :-)

Anda kenal dengan tokoh pejuang di Libya?

Siapakah dia yang mendapat gelaran Lion of The Desert?

Sejak bila dia mula berjuang?

Aku cukup kagum dengan perjuangan dia, semua ni akibat dari menonton filem lakonan semula perjuangan dia oleh Anthony Quinn pada tahun 1981. "Lion of The Desert"

Dengan semangat Presiden Libya masa tu, filem ni diterbitkan untuk mengingati sejarah perjuangan dia. Berjuta juga wang dihabiskan demi menghasilkan filem yang berjaya pada amatan aku.

Kisahnya mengenai dia bersama kumpulannya menentang penjajah dari Rome(Italy) pada masa tu. Kalau tak salah tahun 1920-an dan 1930-an. Dia berasal dari suku Mnifa, dilahirkan di kota kecil bernama Zawia Janzour, sukunya merupakan salah satu dari beberapa suku yang pindah dari Najid, Arab Saudi semasa penaklukan Islam di Afrika Utara.

Lama jugak dia berjuang, memimpin penduduk Libya hampir 20 tahun sejak 1912. Bergerak secara Guerrilla. Tentera Rome payah untuk mengesan kedudukan mereka. Selok belok berperang di gurun tak boleh disangkal lagi, dia memang bijak mengatur strategi untuk melawan musuh di padang pasir. Oleh kerana itu gelaran Lion of The Desert diberikan kepada dia. Di sangka padang pasir yang rata, tiba-tiba muncul ahli kumpulannya menyerang musuh keluar dari timbunan pasir. Di sangka gua berpenghunikan kelawar, rupanya pejuang2 sedang menunggu penjajah negeri mereka. Strategi yang diguna dia cukup berkesan, bijak memotong bekalan komunikasi penjajah, menyerang pos-pos kawalan tentera Italy, merampas bahan letupan dan senjata di kem musuh. Pihak Italy terkejut dan malu dengan taktik gerila oleh pejuang2 Libya kerana kurang mahir dengan padang pasir.

Diktator yang bernama Benito Mussolini mengarahkan General Rodolfo Graziani untuk mengepalai tentera Italy di Libya. Payah bagi penduduk Libya(Libyan) untuk menerima rundingan oleh pemimpin Italy kerana mereka tidak mahu mengikut syarat-syarat yang dah dipersetujui Libyan. Bagi dia bersama kumpulannya cara berjihad sahaja untuk melawan Italy. Mereka tidak akan menyerah kalah, biarlah sejuta tentera Italy bersama kereta perisai mereka yang datang. Lawan tetap lawan. Berundur bererti dia mengingkari amanah oleh penduduk Libya kepada dia dan pejuang-pejuang yang lain. Biar sampai ke tali gantung sekalipun dia sanggup berjuang.

Dipendekkan cerita, Omar Mukhtar(1862 - 16 September 1931) yang aku maksudkan di sini. Perwatakan yang lembut tapi tegas. Hidup yang bersederhana. Mempunyai asas perjuangan yang kuat, tidak terpengaruh dengan ajakan sahabat lamanya dari Mesir untuk bekerjasama dengan musuh kerana Mesir lebih awal lagi menyerah diri kepada penjajah mereka.

Akhir sekali dia ditangkap pada 11 September 1931, dia dikepung dan tidak dapat melepaskan diri dek kerana mendapat luka semasa berperang. Selepas 3 hari perbicaraan, dia dijatuhkan hukuman gantung di hadapan ribuan penduduk Libya pada umur 70 tahun. Sebelum di bawa keluar ke tali gantung,kata Omar kepada General Rodolfo "kamu tangkap aku harini, esok ramai lagi generasi yang akan sambung perjuangan aku, mengapa perlu kami menyerah sedangkan ini tanah tumpah darah kami, biar aku mati dalam perjuangan kerana di situ sebaik-baik tempat berehat"

Kata terakhir sebelum digantung, Inna lillahi wa inna ilaihiraji'uun sambil memasukkan Al-Quran kecilnya ke dalam poket dadanya...Al-Fatihah!

*****




Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers