Menjadi sejarah hidup

|

Saat ku keseorangan di rumah Pak Uthman blok B 1.4,terletak di hostel UIAM. Berbagai perasaan timbul,.sunyi tiada teman-teman rapat. Mujur ada mini laptop(baby) dan broadband kecil ni yang boleh melepaskan rasa keseorangan di teratak ni. Petang tadi sempat keluar berjalan2 melihat gelagat orang di Taman Tasik Layang-layang, tak berjauhan dengan UIAM Gombak. Berbagai karenah manusia boleh kita tengok di situ. Dengan coupling,jogging,snapping photo, talking and whatever "ing" lagi semua ada di situ. Dalam berjalan2 tu ternampak dua orang pelakon drama yang tak asing lagi dengan watak ibu yang baik. Nama dah lupa, tapi memang popular. Malam, ke Wangsa Walk,.jalan2 lagi. Then,g makan di restoran pakcik Wahab area Wangsa Maju,terjumpa pulak orang tengah shooting drama Gerak Khas,2 babak sempat tengok. Lama benar 1 babak nak dihabiskan. Tetapi bukan itu point yang nak disampaikan di sini.

Tahun 2010 hampir ke pertengahan dan akan melabuhkan tirainya dalam beberapa bulan sahaja lagi. 5 bulan yang berlalu bermacam peristiwa yang dah berlaku dalam hidup.,gembira,sedih,takut,gementar,sakit,kecewa, dan banyak lagi mungkin perasaan-perasaan itu yang tak mungkin dapat diungkapkan di sini. Yang pastinya semua itu sudah menjadi sejarah dalam hidup kita. Setiap saat yang berlalu akan menjadi sejarah dalam kehidupan manusia. Mahu tidak mahu, kita tidak akan berpatah kembali walaupun sedetik masa yang sudah kita habiskan sebentar tadi. Namun, apa yang sudah terjadi memberi satu impak yang besar dalam kehidupan kita bagi yang mahu memikirkan.

Biarlah apa sekalipun yang terjadi,.fikiran mesti positif. Kebiasaannya, berfikiran negatif banyak mengundang kebinasaan. Tetapi manusia masih juga ada kelemahan kerana itu memang fitrah. Kena beranggapan ujian Allah itu satu batu loncatan untuk kita lebih berfikiran matang.
Kalaulah saya ada 2 hati untuk puaskan semua orang kan bagus...1 hati untuk orang ni dan 1 hati lagi untuk orang ni plak...tapi mujur Allah bagi 1 shj hati sebab Allah tahu dengan 1 saja hati manusia tak mampu untuk menjaganya dengan baik..Sama2 fikir2kan... Wallahu'alam

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers