Biar ia menjadi iktibar...

|

Hari ni, dia datang bagi kita semangat. Esok kita tidak tahu apa pula akan berlaku. Mungkin gembira, mungkin sedih. Mungkin juga ujian besar yang akan berlaku. Siapa tahu? Yang pasti hidup mesti pandang ke hadapan...tetapi tidak semesti pengalaman lepas terus dilupakan kerana yang lepas akan memberi pengajaran dalam kehidupan akan datang. Berfikiran positif dalam hidup pasti akan mendatangkan kegembiraan.

Hampir putus asa si A memujuk si T kembali untuk memaafkan kesilapannya kerana terlepas cakap disebabkan tertekan dengan perasaan. A selalu salah tafsir apa yang nak dimaksudkan T dan cepat membuat kesimpulan yang tak sepatutnya dia buat.Perbincangan yang baik diakhiri dengan perbalahan berhari-hari. A sedar akan kesilapan dia menghemburkan perasaan tidak puas hati pada T, dia berusaha sedaya mungkin untuk pujuk kembali T. Biar padan muka si A disebabkan T langsung tidak melayan si A. Berpuluh kali panggilan telefon tidak dijawab, via mesej tidak dibalas.

Mujur muncul H yang banyak membantu si A. A banyak luahkan perasaan dia pada H disebabkan salah faham dia dengan T. Nasihat yang diberikan H pada T sedikit sebanyak membantu untuk pulihkan keadaan. Hari ni dengan tidak semena-mena A terserempak dengan T, hujung mata saja A memandang T, keadaan masih belum baik. Rasa putus harapan untuk berbaik semula. Tapi alhamdulillah, dengan kesabaran si A, T dah boleh memaafkan A. Mungkin kesan daripada nasihat si H dan rayuan si A pada dia.

# Mungkin anda tidak tahu apa maksud disebalik cerita ini. Tapi moral value yang boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan seharian ialah berfikir panjang sebelum mengungkapkan sesuatu. Tidak semua orang boleh menerima setiap perkataan yang diungkapkan oleh kita. Perbincangan dalam sesuatu masalah jangan pula kita cepat jump to conclusion kerana mungkin ada cara yang terbaik untuk difikirkan sebelum mengambil tindakan. Komunikasi amat penting dalam mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia. Kita tidak sedar, dengan satu perkataan negatif boleh mengguris hati ramai orang di sekeliling kita. Jadi, perhati bicara dan bijak mengatur langkah.

Share/Save/Bookmark

1 comments:

Anonymous said...

hai..sapa punya crita tu?

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers