Singapura

|

Assalamualaikum...wbt.

Agak lama rasanya blog ni tak dikemaskini. Mungkin sibuk dengan final exam, program dan sebagainya. Alhamdulillah semester baru sudah menjengah dan keputusan semester lepas juga agak baik. Entri kali ini lebih kepada program yang dianjurkan Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu UIA di Singapura.

Program yang mengambil masa 5 bulan untuk mengatur dan merancang segalanya. Turun naiknya pengarah program dari Kuala Lumpur ke Singapura, ulang alik dari Johor ke Singapura dalam membuat pertemuan dua hala bagi merangka pelaksanaan program ini antara wakil di Singapura Tuan Haji Azman dan saudara Hafiz Dasar wakil delegasi Uia ke Singapura.

Antara objektif utama program ini dilaksanakan untuk mengkaji umat Islam dan cara dakwah di Singapura, kuatkan ukhuwah islamiah antara dua negara, untuk memperkenalkan UIAM sebagai salah satu institusi islam di Malaysia, dan bertukar pendapat serta pandangan yang berkait rapat dengan sistem pendidikan dan sistem pengurusan agama Islam di Singapura.

Tempat utama yang dilawati dalam program ini adalah beberapa masjid yang terdapat di Singapura, antara Masjid Al-Huda, Masjid Al-Iman, Masjid An-Nahdhah, Masjid Darul Aman. Tujuannya bagi mengetahui selok belok pengurusan masjid di sana dan ini agak mengejutkan kami kerana apa yang dilaksanakan oleh pengurusan masjid di Singapura jauh berbeza dengan masjid-masjid di Malaysia. Terlalu kreatif,dinamik,positif,inovatif dan sebagainya.

Selain itu, kami dibawa melawat Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS) sebagai tunjang utama dalam pembangunan Islam di Singapura, Harmony Center sebagai tempat yang lebih kepada memperkenalkan Islam, Marina Barrage atau tempat bendungan air tawar dan air laut bagi mengelakkan banjir di Singapura, Darul Ma'wa sebagai rumah kebajikan anak yatim yang sempat kami melakukan aktiviti bersama mereka, dan akhir sekali kami di bawa membeli belah di Mustafa Center atau di Malaysia mungkin kita boleh gelarkan Mydin.

Mungkin ini serba sedikit yang saya boleh berkongsi dan InsyaAllah biiznillah kalau kelapangan akan dimasukkan lagi cerita-cerita yang lebih santai semasa saya berada disana dalam entri-entri akan datang.

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers