Rancangan Realiti TV di Indon

|



Pilihan Dai' Kecil (Pildacil) salah satu rancangan realiti TV di Indonesia.
Agak terkejut mula2 tau rancangan sebegini wujud kerana apa yang ada di Malaysia jauh berbeza.
Asyik mencari penyanyi dengan Idola Kecil dan sebagainya.Apa salahnya kalau dianjurkan rancangan yang
berbentuk dakwah seperti yang ada sekarang Akademi Al-Quran. Tetapi boleh ditambah lagi seperti Pildacil ini di Malaysia.
Kalau Indonesia boleh laksanakan kenapa Malaysia tidak untuk menarik golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa cintakan Islam. Tidak kira peringkat umur bisa tertarik dengan rancangan ini.
Diajar untuk berceramah di khalayak, bersyarah,
berpidato mengenai Islam dan sebagainya.
Tidak asyik dengan hiburan nyanyian. Mungkin habis program, dah menang dapat hadiah,popular,
dapat peminat setakat itu saja kalau dah bernyanyi.
Sekurang-kurangnya kalau rancangan mencari pendakwah kecil ni boleh berterusan dakwahnya lepas tamatnya satu musim program.
Pernah dicadangkan salah seorang peserta konvensyen pelajar sains Islam di UIA pada Ogos lepas,

respon dari yang lain agak susah untuk dilaksanakan oleh kerana tampuk pemerintahan sekarang faham-faham sajalah.
Banyak prosedur dan sebagainya, tak mungkin suara mahasiswa akan didengar. Itu kata mereka.
Bagi saya kita mungkin boleh ajukan cadangan ini pada member of Parliament untuk didebatkan dalam dewan rakyat.
Cuba ajukan pada wakil rakyat masing-masing, kalau ada relevan dan rasionalnya mungkin boleh dipertimbangkan mereka.
Hendak seribu daya, tak mau seribu dalih.
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers