Assalamualaikum...
Buat teman-teman pembaca.
UIAM bakal membuka satu kompleks hasil sumbangan orang Melayu ke-11 terkaya dan pemilik Ambank iaitu Tan Sri Azman Hashim. Kompleks yang akan menempatkan Ambank, Bank Muamalat, Bank Islam, bookstore, exclusive cafeteria dan sebagainya ini telah menelan belanja 6.5 juta. Apa yang menarik perhatian saya ialah dinding cermin yang melingkungi bangunan ini telah menelan kos sebanyak 2.5 juta. Masuk akal? Ya, mungkin kualitinya amat tinggi. Harapnya begitulah.
Rektor UIAM Prof Datuk Dr. Syed Arabi Idid berkata, menerusi projek ini mereka akan mengumpulkan wang hasil sewa dari kompleks sekurang-kurangnya RM500,000 setahun untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan. Syukur jika ini betul-betul dilaksanakan. Bangunan ini hampir siap 100% dan mungkin akan dibuka dalam masa terdekat ini. Semoga dengan kewujudan kompleks ini akan digunakan sepenuhnya ke arah kebaikan.
Wallahua'lam.
7 comments:
salam dik.
mcm mn adik tau kosnya 2.5j?
melalui pembacaan dekat blog...tuan punya blog tu dia g melawat tapak pembinaan.
costnya hanya 1j sahaja..
1 juta? oo..ok. Mgkin blog tu silap maklumat kot.. Apapun kos nya mencecah jutaan ringgit menjadi persoalannya...is it possible?
maner ader kos utk wat bgnan ribu2 rggit jer. for sure cecah million. tambah2 lagi utk mmbina kompleks segah itu.
btl tu omar..
Post a Comment