Kemalangan Itu menyedarkan diri yang lalai...

|

Assalamualaikum semua...

Pengalaman kadang-kadang mengajar kita kehidupan yang akan datang, tetapi ia mungkin dilupakan manusia oleh masa. Kalau di matrik UIA dulu, kali pertama pernah dilanggar kereta. Jatuh tersungkur di bahu jalan depan PPUM. Yang lucunya aku hanya meminta ganti rugi RM10 untuk baiki motor yang dipinjam dari teman sebilik. Keadaan diri tidak langsung difikirkan, padahal ganti rugi untuk luka dan sebagainya mesti didahulukan. Tetapi keadaan masa tu agak panic berhadapan dengan situasi. Mungkin itu kali terakhir aku kemalangan jalan raya pada tahun 2007. Kata orang pengalaman mengajar erti kehidupan. Tetapi manusia seringkali leka dan akan tersedar apabila musibah menimpa sekali lagi. Itu kisah 2007 dulu.

18 hb Ogos 2009, lepas waktu kelas fiqh Ibadah, aku bergegas ke SMAP Kajang. Adik seringkali mendesak untuk aku ke sana. Berbagai alasan diberikan. Hujung minggu sibuk dengan program dan alhamdulillah semuanya telah selesai dalam 2 kali hujung minggu berturut-turut. Hari selasa curi masa jugak untuk ke sana dengan perasaan yang kurang enak, tak sedap hati. Berkali-kali doa di mulut sebelum bertolak yang sebelum ini jarang berdoa.

Alasan dari adik, printer di sekolah tak boleh diguna sembarangan. Jadi terpaksa aku menyiapkan folionya di cyber cafe di luar. Jam 7.00 malam selesai semuanya. Hari semakin gelap dengan keadaan hujan makin lebat. Lepas menghantar folio, hati masih lagi tak sedap. "Nak balik terus atau nak tunggu dulu" kata dalam hati. Tanpa berfikir panjang, aku bergegas balik juga walaupun hujan masih turun. Waktu balik sepatah doa tidak dibaca. Malah disumbatnya di telinga dengan earphone radio. Dalam perjalanan fikiran bercelaru, hati masih lagi teringat kata-kata adik yang terakhir "terima kasih abg"...tak pernah dengar dia mengucapkan terima kasih. Fikiran masih lagi melayang-layang dengan hujan turun basah membasahi bandar Kuala Lumpur. Dalam hati aku terdetik "rasa macam nak accident je". Tak sampai 5 minit kemalangan itu terjadi dengan sekelip mata aku melanggar lubang besar di depan bangunan Phoenix. Jatuh berguling jauh 2 meter mungkin dari motor. Bingkas bangun angkat motor dan berlalu dari situ. Helmet terbelah di pipi kiri kerana hentakan kepala di atas jalan, dengan curving handle aku perlahan-lahan balik ke Gombak.

Dalam perjalanan balik itu pun masih lagi ada dua kemalangan. Satu di Ampang kereta Satria melanggar belakang lori panjang dan satu lagi dekat traffic light simpang ke UIA. Kancil putih melanggar besi di tepi jalan. Itulah ceritanya. Sekadar perkongsian yang mungkin boleh kita ambil iktibar. Hakikatnya perkara yang akan berlaku ia tetap akan berlaku. Tak kurang sesaat pun dan manusia tak dapat lari darinya. Cuma perlu beringat dan berhati-hati. Wallahu'alam.

Share/Save/Bookmark

3 comments:

Anonymous said...

Allah knows best...everything is planned well by Him...

Instead of cursing da darkness, lets us light up the candle...

bihifzillah..... ^_______^

@yzam!a^^

Ashraf said...

arigato gozaimas ayzamia...

miezan'slife@blogspot.com said...

nasib xcdera teruk..huhu

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers