Happy Father's Day

|


Hari ini genapla 21 hb Jun 2009. Setiap tahun orang akan sebut pasal hari bapa sejak awal abad ke-12. Kebanyakan negara menyambut hari ahad bagi memperingati hari bapa. Kalau nak bercerita pasal bapa, dia lah bapa yang aku panggil ayah sejak lidahku boleh berkata-kata. Sangat hormat dan takut padanya kerana dizaman kecil aku merasakan orang yang mempunyai misai dan janggut lebat orangnya garang dan bengis bangat. Mahu menegur pun takut seperti sarjan polis, apatah lagi mahu meminta-minta sesuatu. Jauh sekali kalau ingin meminta sendiri jika mahukan sesuatu barang yang sangat diinginkan. Aku sangat berat mulut untuk berkata-kata dengan ayah. Jika ditanya sesuatu di waktu kecil dulu, beberapa patah sahaja yang dijawab. Teragak-agak untuk mengatakan sesuatu. Memang di zaman persekolahan dulu, kehidupanku sangat akrab dengan emak berbanding ayah. Segalanya diluah, bercerita, perkongsian dengan emak satu-satunya. "Mak! tolong habaq kat ayah ceq nak ikut ayah gi jalan-jalan kat kampung", "mak! ceq nak beli baju, habaqla kat ayah mak..." pohon aku pada mak sewaktu kecil dulu. Aku menggelarkan diri sebagai "ceq" sampai sekarang. Kebanyakan orang utara menggunakan bahasa sebegini kerana panggilan itu terasa lebih hormat dan lebih dekat hubungannya. Tapi itulah hakikatnya sangat takutkan pada ayahku ketika dulu. Kadang-kadang minta adik yang tolong cakapkan bagi pihak sendiri sebab adik lebih rapat dengan ayah oleh kerana aku takut dan hormat pada ayah. Perasaan malu pun ada sikit².
      Tapi itu dulu, sekarang segalanya telah berubah sejak hidupku banyak dihabiskan berjauhan dengan ayah kerana menuntut ilmu. Misai yang hitam dan lebat bukan bererti garang, tetapi tegas mungkin. Boleh juga dikatakan penyayang. Hubungan sedikit demi sedikit berubah. Cara pergaulanku dengan ayah sama sekali turut berubah. Aku sudah tidak takut lagi dalam erti kata lain sangat hormat pada ayah. Hubungan kasih sayang kami lebih akrab kerana jarang berjumpa sejak aku berhijrah sementara ke Kuala Lumpur. Dengan menggunakan telefon bimbit sahaja aku tidak malu lagi untuk berkata-kata. Tidak diwaktu kecil dulu. Sangat pemalu walaupun dengan ayah sendiri. Kami menggunakan telefon sebagai cara untuk lebih rapat dan akrab. Kadang-kadang terasa seperti kawan, saling berbalas-balas SMS. Aku tidak segan lagi meluahkan rasa hati. Tidak kira apa cerita sekalipun. Ada juga sekali-sekala bergayut dengan ayah sendiri berbual mengenai politik dan sebagainya. Ayah memang sporting habis. Layan saja aku bercakap. Apa yang ditanya semua dijawab. Kalau dirumah pun begitu. Kami adik beradik lebih suka ayah duduk dirumah berborak dengan kami. Memang best dengan lawak spontan ayah. Masa kecil dulu jarang ayah buat lawak kerana waktu itu kami belum memahami perangai ayah yang sebenar. Ada juga membincangkan masalah-masalah yang timbul untuk dijadikan isu perbualan sesama kami. Serius sebentar kalau mendengar ayah berkata-kata memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami. Saling bertukar pendapat dengan ayah walaupun ayahku kadang-kadang panas baran orangnya. Tapi kebiasaannya kemarahan terlalu banyak ayah simpan dalam hati sebab tak mahu melihat anak-anaknya berkecil hati. Nanti merajuk, ayah bukan nak pujuk. Mak juga kan... kesian mak. Ayah lebih suka mengajar anak-anaknya hidup berdikari. Semua mesti buat sendiri. Itu sikap ayah yang mahukan anak-anaknya berjaya tidak kiralah apa pengorbanan yang ayah lakukan sehinggakan satu ketika ayah pernah tulis dalam SMS, dia sanggup bergadai demi melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup. Kalau nak pergi jauh, salam cium pipi ayah dan dia akan berpesan selalu belajar rajin-rajin. Perkataan itulah sampai sekarang ayah gunakan kalau nak berpisah.
      Apa yang penting sekali ayahlah penjagaku, guruku, mentorku, heroku dan semua sekali yang  tak mampu diungkapkan disini. Ini pertama kali luahan ini ditulis dalam blog untuk sama-sama berkongsi bagi mencari pengajaran dan pelajaran yang dapat kita ambil sebagai panduan yang baik khususnya untuk kaum lelaki yang masih dan akan bergelar ayah pada masa akan datang. Ayah yang disayangi. Selamat Hari Bapa. Bukan hari ini sahaja. Tapi setiap hari memang aku anggap hari bapa kerana setiap hari ayah akan diingati sebagai perangsang kerana dia yang bergelar ayah tidak akan luput dari ingatan sehingga di alam kubur sekalipun . Terima kasih ayah. Kami sayang ayah. 

Share/Save/Bookmark

4 comments:

Anonymous said...

sebak n terharu teringat kesusahan ayah untuk pastikan kita suma berjaya..

Ashraf said...

Tau xpa...

adik ammar said...

tersentuh ceq baca abg tulis pasai ayah..

shifaa said...

huuu... yela..dh besar skang bru pham maksud bapak kan.. dlu igt dia slalo mrh kte sbb xsyg kat kte.. tpii.. dia lebih sygkan kte dri duit dia..
luv u baba.. slamat ari bapa.. sorg je bapa kat dunia ni kta da kan..huhu..

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers