Cuti Semester baru ni...

|

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Cuti semester kali ini saya berpeluang mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh seorang anak muda yang berusia 20 tahun di masjid berdekatan rumah saya. Beliau seorang yang aktif mengerjakan dakwah. Hampir setiap masjid dan surau di daerah berdekatan beliau ziarah dan memberi tazkirah. Petah berkata-kata di khalayak, menyampaikan ayat-ayat al-Quran dengan baik. Suka mengkaji tentang agama Islam. Suka berjalan melihat realiti kehidupan masyarakat melayu yang beragama Islam. Pernah memasuki pusat hiburan atau kelab malam dengan berjubah dan berserban. Sehingga orang menyangka beliau dari Jabatan Agama Islam. Kita bagaimana?
Tajuk yang dipilih beliau ialah Ummat Muhammad atau Ummat Yahudi. Tajuk ini dipilih kerana ummat Islam hari ini banyak mengikut cara barat atau cara Yahudi dalam kehidupan seharian. Cukup sedih dengan keruntuhan moral remaja masa kini. Bermacam-macam budaya barat dapat kita lihat dengan gaya pemakaian, cara pergaulan, sehingga berlaku penzinaan dan seks bebas di sekitar tempat ini. Anak luar nikah semakin ramai. Siapa yang patut dipersalahkan? Tepuk dada tanya iman kita.

Siapa sebenarnya beliau yang saya maksudkan? Hariz Ansori namanya setelah beliau memeluk agama Islam. Beragama Buddha dan berbangsa thai sebelum beliau menganut agama Islam. Oleh sebab inilah saya terpegun dengan semangat beliau untuk berdakwah. Cukup komited untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan berdakwah. Cuma agak sedih kerana rata-rata masyarakat hari ini tidak cinta kepada agama,tidak ada kerjasama kepada beliau bagi menganjurkan aktiviti dakwah ini, sedangkan kita sebagai orang beragama Islam seharusnya menjadi penyuluh, contoh dan petunjuk kepada orang yang baru memeluk Islam untuk menarik mereka supaya mengenali agama Islam lebih mendalam lagi. Tetapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Hariz Ansori adalah penuntut tahun 1 di Kolej Universiti Islam Selangor dalam jurusan accounting. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan beliau. Semoga perkongsian ini memberi iktibar kepada kita semua. Wallahu’alam.

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers