IIUM Medical City

|

Assalamualaikum...

Barangkali ada yang sudah mengetahui akan hal ini kerana ceritanya digembar-gemburkan pada hujung Mac tahun lalu oleh media dan sebagainya. Tetapi kepada yang belum mengetahui ceritanya begini.

UIAM sedang mengorak langkah dalam dunia perubatan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pusat-pusat perubatan yang lain. Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan upacara pecah tanah di Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan di mana kawasan pembinaan yang diberi nama IIUM Medical City atau Bandaraya Perubatan UIAM hasil usahasama dengan syarikat Medicalcity Corporation (MALAYSIA) Sdn.Bhd atau dahulunya dikenali sebagai Tabung Haji Properties dan PKNNS pada 31 Mac 2008. Kawasan yang berkeluasan 528 hektar ini akan menempatkan sebuah universiti, hospital, pusat pentadbiran, masjid, pusat penyelidikan kesihatan perubatan, kompleks perubatan, pusat komersial, pusat konvensyen, hotel dan asrama pelajar mengikut model inisiatif kewangan swasta.

Projek yang menelan belanja kasar kira-kira 9.2 billion mengikut berita Bernama ini dijangka siap pada tahun 2025 nanti. Projek bandaraya perubatan ini turut melibatkan pelabur-pelabur asing seperti dari Arab Saudi, China dan lain-lain ini bakal melonjakkan reputasi UIAM di peringkat nasional dan antarabangsa amnya.

Namun begitu, kedengaran suara-suara yang menunjukkan kerisauan dengan projek ini. Tidak kurang juga yang menyambut baik. Ada yang mendakwa kampus UIAM di Kuantan sudah memadai memandangkan masalah kekurangan staf belum diselesaikan. Jika projek ini dijalankan mereka risau akan dianaktirikan kerana mungkin ramai akan bertumpu di Nilai sahaja. Di samping itu ada juga yang memberi komen laporan yang dibuat mengenai kolej kediaman tidak mencukupi dipandang sepi. Dan mungkin hari ini tindakan sudah pun diambil, harapnya begitulah.

Apapun persoalan dan alasannya, saya mengharapkan segalanya berjalan lancar. Projek dapat dibina untuk kebaikan semua pihak dan masalah rintihan dapat juga diselesaikan oleh pihak yang berkenaan demi mengangkat martabat institusi pendidikan Malaysia di mata dunia. Di sini saya selitkan beberapa keping gambar berkenaan. Sekian. Wallahu'alam.



MOU antara IIUM dan MCC.

Pandangan atas

Model

Hospital


Masjid




Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers