Bismillaahirrahmaanirrahiim....
Tag...tag! Kali pertama di tag oleh sepupuku(k.umi). Tak pernah tau pun apa ko bondo tag ni sebenarnya...rupanya orang jenis malas nak tanya direct dgn kita tentang byk soalan yang dorg nak tau pasal kita, dorg kumpul soalan2 then tag terus kpd kita by blog, msj, friendster dan sebagainya. Kepada Kak Umi, Ashraf mintak maaf sebab lambat nak respon...Fikir panjang jgk kalau bab2 nak cerita pasal peribadi ni. Sikit-sikit boleh la nak cerita kat sini pasal diri sendiri.
1. SYUKUR - Syukur kerana dilahirkan dalam agama Islam, anugerah yang tidak terhingga kerana dipilih oleh Allah untuk menjadi hambaNya sebagai khalifah.
2.Syukur...kerana menjadi ummat junjungan besar Muhammad S.A.W. yang akan memberi syafaatnya kepada kita di hari pembalasan insyaAllah.
3.Syukur...Syukur jgk kerana hidup dalam keadaan aman dan damai. Bukan negara yang sedang berperang kerana sudah lebih 50 tahun merdeka.
4. Syukur...kerana dibesarkan dalam keluarga yang menitik beratkan soal agama. Mempunyai bapa yang cukup menekankan ilmu agama kepada anak-anaknya. Sanggup berkorban apa sekalipun termasuk mak yang penyayang, menjadi pendengar setia anak-anaknya. Thanks for both of you.
5.Syukur..dikurniakan adik beradik yang ramai dan hidup tidak membosankan saya. 5 lelaki dan 2 perempuan. Masing-masing rapat dan cukup akrab antara satu sama lain. Kalau semua balik bercuti itulah saat paling manis.
6.Syukur...syukur kerana mendapat didikan di sekolah agama yang tersohor di Kedah khususnya, dan di Malaysia dan seluruh pelusuk dunia amnya. Maktab Mahmud Alor Star bumi barakah. Tanpa pendidikan di sana, saya tidak mungkin menjejak kaki di KUSZA(Udm) pada awal pendidikan tinggi(9 hari shj) dan sekarang di UIAM Gombak.
7.Syukur kerana Allah meletakkan saya dalam jurusan agama. Bidang fiqh dan usul fiqh yang mungkin akan menjadi pembimbing kepada orang lain kelak. Alhamdulillah...tidak tertekan dalam mempelajari ilmu agama Allah ini. Allah permudahkan insyaAllah.
8.Syukur dikurniakan serba sedikit bakat seni. Mungkin turun temurun. Sekarang sedang menuntut dengan salah seorang ustaz di UIA mengenai tulisan khat. InsyaAllah kalau diberi peluang ingin membuka galeri pada masa akan datang. Mudah-mudahan Allah membuka pintunya.
9. Syukur di UIAM mendapat sahabat2 dan kawan2 yang baik. Boleh buat kawan. Boleh ajak bersembang, bercerita, bergurau senda dan yang penting tak kedekut ilmu jika ditanya. Cukup enjoy hidup dengan dorg selama 3,4 tahun di UIA. Basir, Syukri, Aziz, Awie, Wan, Fadzil dan ramai lagi yang lain. Thank you bro!!!
Kalau nak cerita pasal syukur memang takkan habis saudara. Saudara sambungla sendiri yee. Apa yang saudara patut rasa syukur, wajib kita bersyukur. Dah letih nak pikir. Ada 8 lagi nak cerita. Awat banyak sgt depa mintak kak Umi? ;-)
10. Saya orangnya agak sensitif. Kalau terasa hati saya simpan. Tapi kalau dah membuak-buak saya main lepas direct tidak kira siapa mereka yang berani membuat hatiku sengsara. ;-)
11. Kalau dilihat pada luaran orangnya memang nampak pendiam. Tak banyak cakap. Sekali ditanya, sepatah dijawab atau 2,3 patah lebih sikit. Itu kalau orang yang tak rapat dan tak cukup kenal dgn saya. Tapi kalau orang yang kenal, maklum sajalah. Saya suka buat lawak, bergurau bukan2;-)...suka menyakat orang, agak nakal jgkla. Kalau orang yang tak kenal dorg mgkin akan cakap saya sombong. Tapi sebenarnya berat mulut nak memulakan perkenalan dgn org. Lebih-lebih lagi dgn perempuan...ye ke? pk la sendiri...
12.Saya amat meminati bidang seni termasuk khat tadi. Suka landskap, buat taman, kolam ikan, reka cipta tempat duduk dari kayu, buluh dan sebagainya. Decorate dalam rumah. Kat rumah dah ada semua ini. Alhamdulillah. Selain tu, boleh serba sedikit pasal komputer dan suka mengadap komputer berjam-jam. Orang lain tgk memang mcm pelik. Tapi kalau dah ada depan PC tu susah nak bangun. Main adobe photoshop, repair PC, main internet. Agak membuang masa jgk;-)
13. Sekarang cerita pasal buku dan tokoh. Saya meminati tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Cukup menyentuh perasaan dengan susunan kata-kata beliau. Tokoh yang paling dikagumi saya pada masa sekarang. Dalam ceramahnya selalu beliau memberi perumpamaan yang logik kena dengan masa dan keadaan sekarang. Siapa yang makan cili dia akan rasa pedasnya.
14. Sekarang sedang cuba menghabiskan bacaan buku beliau bertajuk Bertemu Janji Allah siri 1. Kalau ada kesempatan anda perlu membeli buku ini kerana ia sedikit sebanyak memberi peringatan tentang hari kiamat dan meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya.
15. Hujung tahun depan insyaAllah akan menamatkan pengajian di UIA. Jika diizinkanNya ingin menyambung MA dalam bidang berkaitan di mana-mana universiti yang wujud kat dunia ni. InsyaAllah.
16. Sikap negatif suka tangguh kerja, study last minit. Nak2, time nak exam. Dah cuba study awal, tapi bila dah dekat exam lupa apa yang study sebelum ni. Kena refresh balik. hurmmm...
Alhamdulillah dah selesai...16 benda, banyak betul. Tapi saya tak mau tag orang lain. Takpa kan...;-) kalau nak tau lebih-lebih tanya saya je. Itu pun kalau saya nak bercerita.
Ok, maaf kalau rasa macam banyak mengarut. Cuma ingin berkongsi. Harap boleh terima semua. ;-)

2 comments:
wah3 bagus siap pun 16...syukur ats segala nikmatnya...
Syukur..byk jgk nk kena pk tu..abis exm nnti ashraf respon tag k.jah plak k.
Post a Comment