Mufti Mesir

|

Assalamualaikum wbt.

Semalam saya berpeluang melihat dengan mata saya sendiri salah seorang tokoh ulama besar di bumi Mesir. Tetapi sedihnya tidak sempat bersalam dengan beliau kerana orang ramai berasak-asak untuk bersalam dan pihak masjid terpaksa meredakan keadaan dengan membawa beliau masuk ke pejabat kerana beliau kesuntukan masa bagi membuat persediaan untuk menghadiri muktamar yang dianjurkan oleh pihak JAKIM.

Dengan tidak disangka-sangka khutbah solat jumaat semalam disampaikan sendiri oleh beliau. Memang menjadi kebiasaan apabila ulama-ulama tersohor datang ke Malaysia, UIA mengambil peluang menjemput mereka untuk datang memberi sedikit ceramah, dialog soal jawab isu agama dan jika kebetulan pada hari jumaat mereka dijemput untuk memberi khutbah solat jumaat. Seperti sebelum ini Dr. Syiekh Wahbah Zuhaili dan ulama'-ulama lain dari Sudan, Arab Saudi dan sebagainya. Dan semalam kami warga UIA diberi peluang untuk mendengar khutbah beliau secara spontan. Beliau banyak menceritakan tentang kepentingan ilmu kepada ummat manusia khususnya ummat Islam sendiri.

Sebenarnya siapa yang sedang dibicarakan di sini? Beliau adalah salah seorang mufti negara Mesir. Dr. Syiekh Ali Jum'ah. Saya letakkan sedikit biografi beliau di sini.

1952: dilahirkan di Kota Bani Suwef.
1973: beliau berhasil meraih gelaran Bachelor (BA) dari fakulti ekonomi universiti Ainu al-Syams. 1979: memperoleh gelaran License (Lc) dari Universiti al-Azhar,
1985: mendapat gelaran Majister (MA) dari kuliah Syariah wa'l Qanun di Universiti al-Azhar
1988: meraih gelaran Doktor (pHD) juga dari universiti yang sama.
.
Beliau adalah dekan ilmu usul fiqh kuliah Dirasat Islamiyyah wa 'Arabiyyah di Universiti al-Azhar. 1995: beliau menjadi anggota Lajnah Fatwa di lembaga al-Azhar.
1996: ikut bergabung menjadi anggota Lajnah Fiqh di Majlis A'la li Syu'uni'l Islamiyyah.
1992: beliau menjabat sebagai penasihat akademi dan direktor pejabat Cairo di The International Institute of Islamic Though (IIIT).
1993: diangkat menjadi wakil direktor pada Markaz Shalih Abdullah Kamil untuk ekonomi Islam di Universiti al-Azhar.
2003: beliau dilantik sebagai Mufti negara untuk Republik Arab Mesir sehingga sekarang.

Beliau juga ikut aktif dalam penerbitan berbagai jurnal ilmiah seperti: al-Muslim al-Ma'ashir, Rabithah al-Jami'ah al-Arabiyyah, jurnal al-Islam, dan jurnal Kuliyah al-Dirasat al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah. Beliau sering mengikuti berbagai seminar baik atas nama peribadi atau mewakili Imam Akbar Syeikh al-Azhar di berbagai negara eropah dan asia seperti Sepanyol, Rusia, Amerika, Malaysia, Filipina, Jepun dan lain-lain.

Beliau sangat produktif khususnya dalam bidang ilmu usul fiqh. Di antara karya beliau adalah: al-Musthalah al-ushuliy, Qadhiyyatu tajdid usuli'l Fiqh, al-Hukmu al-Syar'iy 'inda al-Usuliyyin, al-Madkhal li dirasat al-Syari'ah al-Islamiyyah, Alaqatu usuli'l Fiqh bi al-Falsafah, Mabahits al-Amr inda Ushuliyyîn, al-Ru'ya wa Hujjiyatuha al-Usuliyyah, al-Nadhariyat al-Usuliyyah, al-Naskhu 'inda al-Usuliyyin, dan lain-lain. Wallahu'alam.







Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers