Hari khamis yang lepas adalah hari pembentangan assignment saya. Fikiran melayang, hati agak berdebar. Alhamdulillah baik-baik sahaja. Tajuknya dah lama diberi oleh Prof. sejak awal semester dulu. Tetapi sifat yang suka menangguh kerja itulah yang menyebabkan keadaan hati kita agak berdebar oleh kerana kurang persediaan. Apa tajuknya? dah tulis kat entri title tu.
Hukum Menderma Darah Bulan Ramadhan.
Mungkin di kalangan kita kurang tahu mengenainya. Allah memberi kesempatan untuk mengkaji hukum ini. Sukalah saya di sini untuk berkongsi dengan pembaca supaya ilmu Allah itu tidak menjadi sempit dan akan tersebar meluas.
Pada hakikatnya isu ini adalah isu terkini. Sama sekali tidak wujud di zaman Rasulallah, zaman sahabat, mahupun di zaman tabie' dan tabie' tabien. Bahkan juga pada zaman Imam yang empat. Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Tidak mungkin kita memperolehi hukum ini dari zaman mereka kerana masih tidak wujud masalah ini. Saya akan cuba ringkaskan syarahnya supaya senang untuk difahami.
Isu ini kurang diperdebatkan oleh ulama muaasirin (kontemporari), rujukan yang saya sempat jumpa hanyalah kitab Ahkam Assiyam tulisan Syiekh Muhammad Bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah ulama dari Arab Saudi. Mungkin terdapat rujukan lain yang saya terlepas pandang. Apa sekali pun syarah dari syiekh ini cukup jelas mengenai isu ini. Kitab ini sebenarnya adalah soalan-soalan atau kemusykilan masyarakat yang berkisar mengenai puasa dan ianya dijawab oleh syiekh dan dibukukan menjadi tajuk kitabnya Ahkam Assiyam.
Telah dibahagikan hukumnya kepada dua iaitu hukum puasa bagi orang yang menderma darah dan hukum menderma darah itu sendiri. Adakah dibolehkan atau tidak.
Apakah hukum puasa bagi orang yang menderma darah?
1. Seseorang yang ingin menderma darah kepada yang memerlukan, ataupun darahnya diambil untuk dibuat kajian penyakit maka hukum puasanya tidak batal sama sekali, tetapi dengan syarat kuantiti yang sedikit.
2. Seseorang yang ingin menderma darah dengan kuantiti yang banyak, dan menyebabkan badan penderma menjadi lemah, maka puasanya terbatal. Jika menderma kerana darurat contohnya seseorang memerlukan darah maka puasa itu turut terbatal tetapi tidak berdosa ke atas penderma dan wajib qada puasanya. Tetapi jika seseorang menderma darah tanpa darurat atau sebab yang munasabah maka terbatal puasanya dan berdosa serta wajib juga menqadakan puasanya.
Apakah hukum menderma darah?
1. Jika kemusykilan ini dikhususkan kepada siang hari pada bulan Ramadhan, maka tidak dibolehkan seseorang menderma darah dengan kuantiti yang banyak yang menyebabkan badan seseorang penderma menjadi lemah kecuali dalam keadaan darurat sahaja dibolehkan seperti yang disebutkan di atas.
Apakah dalilnya?
Kaedah yang diguna pakai oleh fuqaha ialah menggunakan kaedah Qiyas. Fuqaha menqiyaskan hadis:

عن النبي صلى الله عليه وسلم في قوله : أفطر الحاجم والمحجوم
Maksudnya: Dari nabi SAW: Batal puasa bagi pembekam dan dibekam.

Para fuqaha menQiyaskan menderma darah itu seperti mengeluarkan darah dari badan iaitu berbekam. Berbekam akan melemahkan badan seseorang yang dibekam. Jadi, seperti yang disebutkan sebelum ini apabila seseorang menderma darah yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah, maka batallah puasa seseorang itu.
Sekian, terima kasih kepada pembaca.
Sekian, terima kasih kepada pembaca.
3 comments:
saudara,
kalau nk derma darah dgn niat nk wat kebajikan bg mereka yg memerlukan,
n then puasa sunat,cm skrg kn bulan rejab,n then yakin boleh truskan berpuasa even saya tau bdn mmg akn lemah sbb pernah derma drh b4 ni...
x boleh jugak ke?
thanks..
pilihlah antara 2, samada nak puasa sunat atau nak derma darah. Tgk pada kepentingan. Kalau sebab kita tak menderma darah kita, org tu akan memudharatkan maka lebih baik pd kita utk derma darah pd dia. Puasa Rejab sekadar puasa sunat. Pointnya tetap sama tidak kira puasa sunat atau Ramadhan. Wallahu'alam.
Salam, saudara. Disebabkan saudara ade kate "Mungkin terdapat rujukan lain yang saya terlepas pandang."
jadi, sy ingin berkongsi maklumat dr Ustaz Zaharudin ttg darah keluar dr badan.
"1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)"
http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html
Post a Comment