Mustajab Doa Hampir Serlah Tetapi Keliru

|

Assalamualaikum...wbt


الحمد لله الذي أنزل على عبده الكتاب ولم يجعل له عوجا

Syukur Allah masih hulurkan nikmatNya kepada kita hingga saat dan detik ini,peluang dan ruang. Hampir setahun tidak dicoretkan sesuatu atas laman ini. Liku-liku hidup yang dilalui,berkejar ke sana sini. Kalau dunia yang kita cari, amat rugilah hidup ini.

Tercari-cari bacaan doa dari Al-Quran,hadis,para sahabat dan ulama-ulama. Mencari sesuatu bacaan doa yang akan hilangkan semua resah,gelisah,masalah yang menimpa hidup sehari-hari. 

Saudara pembaca,

Semua orang diajar, apabila ditimpa masalah,ujian,dugaan dan sebagainya, kita mohon doa pada Allah. Berapa ratus juta manusia memohon doa pada Allah. Tetapi berapa ramai doa permintaan kita dimakbulkan,diterima. Bahkan kita dikurniakan tempat-tempat yang Nabi selalu berdoa iaitu Makkah dan Madinah, bulan yang dimakbulkan doa iaitu ramadhan al-mubarak, malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu lailatul qadar. Ya,semua ini Allah beri kepada kita untuk kita minta padaNya. Tetapi sedarkah kita kenapa permintaan, doa kita tidak diterima oleh Azza Wajalla.

Jawapannya ialah tiada kekhusyukkan dalam hati, tadarru' dan rasa tawadhu' kita kepada Allah. Perasaan lemahnya kita apabila ditimpa masalah dengan meminta sungguh-sungguh kepada Allah apa yang dihajati. Perlu diingat,bacaan tidak memberi apa-apa kepada kita. Rintihan keikhlasan yang lebih Allah dengar dari hambaNya. Biarlah kita menangis dengan meminta pada Allah, bukan menangis kerana tidak mendapat sesuatu dari manusia.

Sedar ataupun tidak, manusia berduyun-duyun mahu ke Mekah Madinah apabila menghadapi masalah, dengan harapan apabila pulang dari sana masalah selesai kerana mereka percaya bahawa di sana tempat makbulnya doa. Nah, persoalannya kenapa masih ramai penduduk Mekah yang masih susah,meminta sedekah dan sebagainya. Ya,kerana Allah pandang pada hati-hati yang ikhlas meminta kepadanya, bukan hanya di bibir sahaja hebat meminta. 

Jangan kita memandang rendah pada yang susah, hidup melarat, sedangkan kita tidak tahu mungkin doa yang diminta pada Allah, lebih Allah pandang dari kita yang hidup serba sempurna. 

Ramadhan al-Mubarak kian menjengah untuk meninggalkan kita. Sudah pasti kita mengharapkan sesuatu dari madrasah ramadhan kali ini. Ayuh saudara, kuatkan tekad, tingkatkan semangat. Anggaplah mungkin ini ramadhan yang terakhir buat kita,berlumba-lumba buat yang terbaik. Wallahu 'alam.

Kullu sanah, wa antum bikhoir.

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers