Pertemuan Dan Perpisahan

|

Semenjak aku mengenali pertemuan,
Aku berani untuk berpisah,
Semenjak aku berani untuk bertemu,
Aku mengenali perpisahan,

Dari pertemuan aku belajar,
Memahami erti kasih,
Menghormati erti cinta,
Mendalami lautan kehidupan,

Dari perpisahan aku belajar,
Memahami erti kenangan,
Memahami erti kenalan,
Menambahi lembaran pengalaman,

Aku mencatit perkara baru,
Ketika menghadapi pertemuan,
Berbagai tanggapan mendahului,
Berbagai agakkan menyertai,

Aku mencatit perkara baru,
Ketika menghadapi perpisahan,
Berbagai kesedihan mendahului,
Berbagai kesugulan menyertai,

Aku ingin tidak bertemu,
Agar tidak membuat tanggapan,
Agar tidak membuat agakkan,
Agar tidak mencintai,

Aku ingin tidak berpisah,
Agar tidak memiliki kesedihan,
Agar tidak memiliki kesugulan,
Agar tidak menangisi,

Aku tidak mampu menghalang pertemuan,
Kerana langkah kakiku tidak terhenti,
Kerana harap hatiku tidak bergoyah,
Kerana waktu masih lagi berdetik,

Aku tidak mampu menghalang perpisahan,
Kerana langkah kakiku telah berhenti,
Kerana harap hatiku telah bergoyah,
Kerana waktu telah tidak berdetik,

Kerana tidak mahu berpisah aku tidak bertemu,
Kerana tidak mahu bertemu aku tidak berpisah,
Kerana berpisah aku bertemu,
Kerana bertemu aku berpisah,

Saban hari aku bertemu.
Saban hari aku berpisah,
Satu hari nanti aku akan berpisah,
Satu hari nanti aku akan bertemu,

Berpisah dengan Dunia,
Bertemu dengan Tuhan.

~mussham/iium~

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers