Mahu yang mana?

|

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Kiranya sudah agak lama tidak berceloteh di perkarangan ini. Apa khabar iman saudara? Bermacam-macam jawaban yang bisa dijawab. Sudah pasti jawaban saya iman manusia itu naik dan menurun, pastinya ingin sekali yang terbaik. Tapi masih lagi manusia itu lemah. Kenapa ya? Sunnatullah barangkali fitrah kejadian manusia itu sendiri. Sedangkan Nabi yang maksum itu pun masih lagi berbuat kesilapan sehingga ditegur oleh Allah yang Maha Pengampun. Masakan kita manusia biasa tak punya kesalahan yang besar mahupun yang kecil.

Bicara ku kali ini lebih menjurus kepada sisa-sisa kehidupanku sebagai penuntut di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, ini semester akhirku di sini insyaAllah biiznillah. Fiqhul Muqaran atau bahasa melayunya Fiqh perbandingan, 'Alaqah Dauliyah atau Hubungan Antarabangsa, ini antara dua subjek yang diambil saat ini. Banyak sungguh ilmu Prof. Dr. Arif Ali Arif yang telah mendapat ijazah di negaranya Baghdad, masternya di Mesir dan phD nya di Baghdad juga. Arif mengenai masalah-masalah perhubungan antarabangsa, politik, sejarah dan ilmu fekah. Sayang sekali di akhir semester baru berguru dengannya. Antara lain subjek akhir sem aku, Fiqh Masrafiyah dan Uqud Maliyah, dua subjek yang saling ada berkait,.mempersoalkan bab-bab akad jual beli,pelaburan,sistem kewangan dalam Islam. Dan 2 subjek lagi Tilawah II lebih menjurus kepada hukum2 dan cara bacaan al-quran serta hafazan, AOP atau academic for occupational purpose yang diajar cara-cara, dan praktikal di alam pekerjaan nanti. Kira-kira susah atau tidak saudara dengan semua subjek ni? Kalau rajin membaca, tumpuan dalam kelas, segalanya akan mudah kan...InsyaAllah.

Menghitung hari untuk tamatkan pengajian di sini. Bercampur baur perasaan. Ada rasa suka, sedih, menyesal. Suka sebab dah nak habis ijazah, sedih sebab nak tinggalkan UIA, menyesal sebab rasa macam banyak lagi ilmu yang belum dikutip di taman ilmu dan budi ni. 3 tahun setengah terasa amatlah sebentar. Kalau baru menjejak kaki dulu, ya Allah lamanya nak tunggu 3 tahun setengah. Kebiasaan di universiti tempatan yang lain, 3 tahun sudah boleh berada di atas pentas memegang scroll ijazah. Di UIA lain, mahu dihabiskan dulu subjek-subjek bahasa...bahasa melayu,arab dan inggeris. Tapi bisa saja dihabiskan langsung dalam masa 3 tahun kalau anda bijak menyusun jadual.

Sudah berkira-kira menyusun planning seterusnya. Mau tinggal di mana ya selepas tamat pengajian? Mau kerja apa? Pulang ke negeri sendiri atau masih mahu menetap sementara di bandar sibuk ini? Soalan-soalan ini yang selalu timbul saat-saat ini... bukan bersungguh, tapi mau ambil jalan persediaan. Jangan di tunggu 5,6 bulan baru merancang. Tiada istilah rehat. Hidup mesti diteruskan dengan perancangan yang rapi. Fikir-fikir, mungkin menetap berjauhan dengan tempat sendiri boleh membuatkan kita lebih matang lagi ya. Semua berdikari. Hidup bersendirian di kota besar. Harusnya usaha yang mapan untuk menyara kehidupan di sini. Tapi bagaimana dengan mak ayah di kampung? Ini satu persoalan lagi, biasalah naluri mak ayah mahu saja kita hidup dekat dengan mereka. Maklum sajalah, sejak tingkatan 1 tahun 2000 sudah mula berjauhan. Tapi itu di Alor Setar dulu. 2005 dah masuk KUSZA 9 hari, kemudian UIA sampai 2010. Bayangkan hampir 10 tahun...itu lah namanya putaran hidup. Hati berat hidup di KL lagi. Sayang nak tinggalkan kerja part time mengajar mengaji di sini. Baru ni dapat offer 2 tempat lagi. Apa pendapat anda?

Herm...apapun exam final dulu. Dah buat titik terakhir di kertas jawapan tu, baru pikir semula nanti ya. Doakan semoga saya sukses. Syukran waafiran. Jumpa lagi di lain bicara.

Share/Save/Bookmark

3 comments:

hujan sakinah_banat khair said...

erm...fikirkan mana yg terbaik. moga Allah mmberatkan hati ke arah yg terbaik. salam perjuangan dari adik junior.:)

::wanusuki:: said...

woowww...mahu yang mana???hehe
urmm...hidup kita ini penuh dengan keindahan...ada suka n duka..ada pahit n manis dan juga sentiasa penuh dngan pilihan. Allah s.w.t mengurniakan akal kepada manusia supaya kita pandai memilih pilihan yang terbaik. kita diberi masa yang banyak untuk membuat pilihan namun sebelum memilih fikirkanlah sehabis mungkin kerana setiap keputusan yang kita buat adalah jawapan kepada pilihan itu.

Hamparkan masamu sehabis baik kepada Allah s.w.t...InsyaALLAH DIA akan ketemukan pilihan kamu yang terbaik...
selamat membuat pilihan n semoga berjaya diluar sana...(",)

Ashraf said...

terima kasih atas nasihat yg indah untuk dibaca...insyaAllah i'll.

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers