Resolusi Konvensyen Pelajar Sains Islam 2009

|

Assalamualaikum...wbt.

Seperti entri sebelum ni, saya telah menceritakan mengenai konvensyen pelajar sains Islam 2009. UIAM telah menjadi satu perintis atau pelopor pertama dalam menganjurkan konvensyen pelajar Sains Islam peringkat IPT. Ini telah membuka jalan kepada peserta-peserta dari IPT lain untuk menganjurkan konvensyen sedemikian. Agak menggembirakan program ini mendapat pujian dari Rektor UIAM sendiri. Kali terakhir ia telah diadakan pada tahun 2005 dan dengan izin Allah, dalam masa 3 bulan kita telah berjaya menganjurkan pada tahun 2009 walaupun ada kekurangannya yang masih boleh diperbaiki masa akan datang.

Objektifnya adalah untuk menyediakan peluang kepada peserta bertukar idea dan mendedahkan pelajar sains pengajian Islam kepada pasaran luar. Selain itu untuk menguatkan hubungan antara mahasiswa pengajian Islam itu sendiri di peringkat IPT khususnya. Antara IPT dan sekolah yang turut menyertai UM, UKM, KISDAR, Darul Quran, Pusat Matrikulasi UIA, KISAS dan UIAM.

Pengisian dalam konvensyen kali ini lebih kepada ceramah dan bengkel. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi membincangkan tajuk yang telah disampaikan oleh penceramah. Dan akhir sekali mereka membuat resolusi dan seterusnya idea penubuhan gabungan ataupun persatuan pelajar sains Islam telah turut dipersetujui.

Resolusi
  1. Menyelaraskan bengkel dan kursus kepimpinan kampus.
  2. Menubuhkan unit pemantauan (perlaksanaan resolusi).
  3. Cadangan penambahbaikan sistem Pendidikan Pengajian Islam mengikut tuntutan semasa.
  4. Menubuhkan gabungan pelajar sains Islam peringkat nasional.
  5. Mencadangkan pihak kerajaan untuk memperluaskan peluang pekerjaan untuk graduan pengajian Islam.
  6. Pembangunan modal insan melalui keseimbangan dari sudut Intelektual, Emosi dan Spiritual.
  7. Menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai pengantar pengajian Islam.
  8. Memiliki kemahiran kendiri (soft skill) yang menjadi tuntutan semasa.
Program diakhiri dengan penyerahan banner konvensyen kepada wakil UM bagi menganjurkan konvensyen yang seterusnya. Wallahu'alam.

Ramadhan kareem.


Perasmian


Ceramah
Forum antara wakil IPT (UM, UKM, DQ, UIA)


Bengkel

Penutup

Committee IRIS, My bureau, post mortem, registration counter

Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers