Assalamualaikum wbt.
Mungkin di kalangan kita hanya mengetahui beberapa orang sahaja pelopor bidang kedoktoran antaranya Ibn Sina dalam sains dan perubatannya, Ibn Nafis dengan penemuan beliau iaitu saluran pembuluh darah dalam badan manusia, Ibn Nans yang telah menjelaskan darah dibersihkan oleh paru-paru dan disuling bersama udara yang disedut oleh manusia dan ramai lagi ulama' yang tersohor lain. Mereka adalah golongan yang mempelopori dalam bidang sains kedoktoran dan idea-idea merekalah yang telah diambil oleh Barat. Namun begitu ada seorang lagi tokoh iaitu Ibn Masawayh.
Abu Zakariyya Yuhanna ibnu Masawayh atau nama popularnya Ibnu Masawayh dilahirkan pada 777 Masihi. Beliau adalah seorang doktor yang termasyhur sekitar abad ke 3 Hijrah, bersamaan 9 Masihi. Kerjayanya sebagai doktor ternama bermula sejak dari zaman pemerintahan khalifah ar-Rasyid lagi hinggalah ke zaman khalifah al-Mutawakkil. Beliau rnenguasai beberapa bahasa penting dan kerana kelebihan itulah beliau banyak menterjemahkan buku-buku kedoktoran klasik. Karya-karya Yunani terjemahannya juga tersimpan di sebuah pusat kajian filsafat yang tersohor iaitu ‘Baitul Hikmah’. Ini disebabkan beliau mempunyai minat terhadap Sains Yunani. Bahkan beliau mempunyai kenalan yang memiliki minat yang sama seperti Ibrahim bin Mahdi dan juga putera-putera ar-Rasyid yang salah seorang di antaranya ialah Abu al-Abbas Muhammad.
Beliau sangat dikagumi oleh semua golongan para khalifah dan orang atasan kerana pakar dalam mengubati berbagai penyakit seperti demam, kusta, penyakit murung, penyakit mata dan kajian makanan. Pernah juga berkhidmat sebagai doktor di istana. Beliau sendiri pernah berkata bahawa penyebab seluruh penyakit adalah percernaan yang kurang baik. Mungkin inilah sebabnya mengapa orang gelarkannya doktor pakar diet. Antara kitab-kitabnya an-nawadir ath-thibbiya, kitab al-azmina, kitab bahasa Latin Mesue yang mendapat penghargaan tinggi oleh pengkaji Barat. Mereka berpendapat bahawa Ibnu Musawayh merupakan seorang doktor yang cukup berkaliber. Tokoh lain seperti al-Razi sendiri dalam karyanya Contines mengakui dan memuji jasa-jasa Ibnu Musawyh. Ini terbukti dari banyaknya kutipan-kutipan ilmu yang diambil dari buku-buku Ibnu Masawayh khususnya tentang teknik perubatan di samping dua buah buku lain yang digunakan iaitu 'Book Of Fevers' iaitu sebuah salinan karya Hipocrates (Kitab al-Humayyat) dan "Book of Furitying Remedies' (Kitab al-Adwiya al-Munakkiya). Kitab-kitab ini adalah karangan Ibnu Masawayh. Beliau meninggal dunia di Samarra, Iraq pada 243 Hijrah bersamaan 857 Masihi.

0 comments:
Post a Comment