Semester 1 bulan 7 akan datang, peraturan baru akan dikuatkuasakan oleh pihak UIA. Pakai topi keledar menjadi agendanya di sini. Kepada anda yang mempunyai motorsikal anda perlu bersedia untuk menerima peraturan ini. Persoalannya, relevan ke dalam kawasan UIA pakai helmet kalau bahasa mudahnya?? Tidak dinafikan kebanyakan IPTA lain di Malaysia ini memang sudah lama menggunakan peraturan ini. Semasa saya masih di matric PJ dulu kedengaran khabar angin akan dikuatkuasakan juga peraturan ini. Tetapi kemusykilannya, adakah ia relevan? apa alasannya?
Jika keseragaman peraturan dengan IPT lain menjadi alasannya, adakah ia sudah kuat hujahnya. Atau adakah untuk mengelak dari berlakunya kemalangan. Memang diketahui umum keluasan UIA tidaklah setanding dengan IPT lain seperti UUM, UKM dan sebagainya. Malahan kebanyakan jalanraya mereka mempunyai dua hala. Jadi wajar bagi mereka menggunakan peraturan memakai helmet di dalam kampus jika ini menjadi hujah untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Tetapi, bagaimana dengan UIA?
Bagi saya, peraturan ini ada kebaikan dan keburukannya. Mungkin baik dari segi keselamatan kepada semua pengguna motorsikal. Akan tetapi saya fikir, ramai yang akan mengeluh apabila setiap kali hendak ke kelas mesti pakai helmet. Letak dan kunci bawah kusyen motor, ada risiko ke untuk hilang? Mesti ada kan? Atau perlu dibawa masuk dalam kelas setiap kali ada kuliah untuk elak kecurian. Jadi, kelas akan dipenuhi dengan helmet. Tetapi ramai ke yang bawa motor dalam setiap kelas? Pertemuan telah dibuat antara MPP UIA dan Rector bagi membincangkan isu ini. Relevan atau tidak keputusan telah dibuat dengan peraturan ini akan dilaksanakan bermula bulan Julai ini.
Persoalan-persoalan ini sengaja saya tinggalkan untuk sama-sama kita fikirkan bagi mencari satu modifikasi yang baru dalam menjamin kepuasan semua pihak. Tidak semua manusia akan berpuas hati dengan apa yang kita lakukan dan tidak semua apa yang manusia lain buat kita akan berpuas hati. Fikir-fikirkanlah.
p/s : For IIUM students : Dialogue Student to Admin on 27 May 2009 (Experimental Hall) 8PM about wearing helmet in campus for rider. Come to show your concern for this issue.
7 comments:
Ok, admit kena pakai helmet, tapi buat la 2 hala..amacam?
-tapi buat yg live off campus..tak de mslh..=)
erm..blh jgk macam tu. buat 2 hala dan pakai helmet. Kurang sket ketidakpuasan hati tu... Mmgla live off campus xda mslh. Nak bg org jelesla tu...
kt gombak sy dgr cm byk gak org jtuh naccident, trutama kt dpn pintu msuk dkt bulatan guard..
xtaula.no komen..
sbb kt kuantan ktorang dua hala..
so ade significance jgk..
tp papepon kselamatn dri sdri..
mmgla cm xmacho pki helmet..ek eleh..leceh,kne bwk sne sni..dala helmet akmahal..kang ilang? ni rintihan..
tp hakikatnya..tepuk dada, tnya diri..keselamatan dri kita, kita yg tau apa yg lbh wajar..sy tidak myokong ataumnolak..sbb sy sdri pnunggang moto n symmg pki helmet..
n sy xrse satu beban sbb sy syg dri y..
pape hal org xkn tgungjw ktdri kita...
kita yg kne jg dri..
ke guane? ikutla msing2..ade pro n kon..
salam..
pd sy agk relevan..
prevention better den cure..
up to individual..
everybody has their own opinion n has responsibility to protect Allah's gift...
tq Ju n eifa...pandai2 la nk hidup. ye x? ;-)
relevan...
walaupun saya xtergolong dalam senarai penunggang motosikal, saya rasakan relevan sekiranya di implimentasikan dengan mengambilkira kebajikan pelajar dan kakitangan UIA.Cth:sumbangan helmet kpd pelajar,contohnya..
walaupun banyak lg isu pokok yg perlu diambil kira selain isu helmet,seperti dress code,lelaki dan perempuan naik satu motor bersama dan sebagainya, tetapi keprihatinan UIA harus di beri pujian. Untuk kemaslatan bersama..sekurang-kurangnya kebajikan pelajar terjaga walaupun tidak menyeluruh..
Harap dikuatkuasakan juga pakai tali pinggang keledar utk yg bwk kete..baru best..;-)
Post a Comment