Khutbah Jumaat 8 Mei 2009

|

Assalamualaikum...wbt

Alhamdulillah dengan izin Allah sekali lagi saya dapat mendengar dan melihat sendiri seorang lagi Ketua Mufti dalam khutbah jumaat sebentar tadi di Masjid UIA. Cuma terkilan kerana tidak berkesempatan untuk bersalaman dan bergambar dengan beliau. 

Khutbah disampaikan bersahaja dengan begitu lantang, bahasa yang digunakan cukup menarik perhatian para jemaah untuk mereka tidak mengambil kesempatan untuk tidur. Tanpa menggunakan teks beliau berjaya menyampaikan khutbah dengan isi-isi yang begitu rapi berserta dengan statistik yang dibawanya untuk pengetahuan jemaah. Antara isi-isi yang disampaikan beliau ialah:

Fundamental of Islam dan dalam rangkuman fundamental ini banyak menekankan dari aspek fundamental of knowledges, fundamental of brotherhood, Quranity, morality dan principle. 

Fundamental of Islam banyak dikaitkan dengan sejarah Islam dari utusan Adam hingga Nabi akhir zaman Muhammad S.A.W. Bagaimana Islam boleh bertapak di bumi Eropah dari barat hingga timur dan dari utara hingga selatan. Sejarah penaklukan Andalusia dan sebagainya. Penceritaan mengenai sejarah pengutusan Nabi kita apabila Jibril menurunkan wahyu pertama dan ini berkait rapat dengan fundamental of knowledges.

Apabila beliau menyebut mengenai fundamental of knowledges wahyu pertama beliau kaitkan apabila Allah memerintahkan Muhammad dalam surah Al-'Alaq. Merujuk kepada ayat ini beliau menghuraikan kegagalan ummat Islam hari ini berbanding dengan orang bukan Islam dari segi pencapaian dalam pendidikan dalam mencari ilmu di peringkat rendah mahupun di peringkat tertinggi apabila beliau turut membacakan satu statistik mengenai pembinaan pusat pengajian di dunia yang menunjukkan peratusannya melebihi kepada pembinaan oleh orang bukan Islam hampir 100 peratus mereka dapat membina universiti di setiap negara yang mereka memerintah berbanding dengan negara ummat Islam tidak sampai setengah daripada itu. Ini membuatkan Islam hari ini gagal walaupun hampir 70 peratus penduduk dunia adalah ummat Islam. Antara sebabnya adalah brotherhood. Fundamental of brotherhood.

Dari aspek Fundamental of brotherhood, ummat Islam hanya berjaya dari segi sayang menyayangi antara satu sama lain, tetapi gagal dari segi hormat menghormati antara satu sama lain. Ini banyak memberi kegagalan kepada ummat Islam hari ini kerana tidak bersatu disamping tidak hormat antara ummat Islam itu sendiri. Kerana itu dalam peperangan ummat Islam kalah.  

Beliau tidak banyak mengulas mengenai quranity, morality dan principle kerana masa tidak mencukupi untuk menunaikan solat jumaat. Cuma menyeru kepada semua agar berpegang kepada prinsip Islam, Al-Quran sebagai wasilah dan panduan dalam aspek kehidupan. Morality juga menjadi tunjang dalam kejayaan ummat Islam kini dan akan datang sambil khutbah diakhiri dengan ucapan tahniah kepada warga International Islamic University of Malaysia dan berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah dalam aspek brotherhood, faith dan sebagainya.

Berbalik kepada siapa sebenarnya beliau yang saya bercerita panjang lebar mengenai khutbahnya tadi. Beliau ialah Dr. Mustafa Efendi Ceric. Ketua Mufti negara Bosnia Herzegovina. Dilantik menjadi ketua mufti sejak tahun 1999 sehingga sekarang. Lulusan al-Azhar Mesir dan mendapat phD di University of Chicago. Beliau juga adalah anggota beberapa pertubuhan dunia termasuklah Council of 100 Leadres of the World Economic Forum, the European Council for Fatwas and Research, UNESCO and Executive Council of World Forum of Ulama dan lain-lain lagi. 6 hb Mei lepas beliau sempat membuat kunjungan ke rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama keluarganya dan beberapa wakil dari NGO, ahli politik yang lain-lain. Dr. Mustafa cukup berterima kasih kepada DS Anwar kerana semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu, beliau banyak membantu negara Bosnia apabila dilanda krisis yang berpanjangan satu ketika dulu. Itulah serba sedikit perkongsian mengenai beliau. Diharap khutbah tadi memberi iktibar kepada kita semua. Wallahualam. 






Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers