Suka Berprasangka

|

Ada prasangka baik….

Ada prasangka buruk…

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relaks disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap

Orang yang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang yang berborak disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka pakai susuk

Orang yang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang berborak itu kerana membincangkan hal agama

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana tahu yang senyum itu kerana sedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana tahu yang ceria itu kerana cerdik dan cergasnya

Jauhi sikap suka berprasangka

Kerana ia bakal

Memusnahkan ukhuwah seperti

Musnahnya kayu dimakan api….


Hidup ini cukup indah saudara kalau segala sudut apa yang berada di hadapan kita, kita pandang dengan pandangan yang positif. Rasa geram tak kalau kita fikir buruk pada seseorang? Geram kan? Ish! dia tu buruknya perangai, pakai susuk, suka buat cerita macam-macam. Tapi betul ke apa kita fikir dan apa yang kita menilai dia tu? Kadang-kadang hidup tu kena jaga tepi kain orang lain, kadang-kadang tak perlu pun. Tapi jangan sampai melampaui batasnya. Berdakwah tu mesti berhikmah kan saudara. Yang penting jauhi sifat yang suka berprasangka kerana Allah ada berfirman dalam surah An-Najm ayat 28.


وَمَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: Dan mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menuding sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (al-Hujurat:12)


Wallahu'alam. Segala yang baik dariNya dan segala yang buruk dari kelemahan sendiri. Hakikat kedua-duanya dari Allah Subhanahu Wa Taala jua.


Share/Save/Bookmark

0 comments:

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers