Assalamualaikum wbt...
Sehari selepas tamatnya perjuangan menempuh peperiksaan akhir untuk semester ini, saya rasa terpanggil untuk menghadiri satu kem bestari solat di sebuah sekolah berdekatan UIAM, Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Anjuran Surau al-Falah dan Pendidikan Islam sekolah tersebut.
Program yang dilaksanakan seharian dari pagi hingga petang ini melibatkan 8 orang fasilitator dari jurusan Ilmu Wahyu UIAM. Saya bersama saudara Abdul Aziz dan rakan-rakan sisters yang lain bertungkus lumus untuk mencapai objektif utama kem ini adalah untuk memastikan pelajar dapat berwudhu', mengetahui bilangan solat fardhu, dan melaksanakan perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul samada solat bersendirian atau berjemaah. Fokus utama ialah kepada pelajar-pelajar yang terpilih dari tingkatan 1 hingga 5.
Apa yang menarik perhatian saya dengan program ini ialah mereka mempunyai semangat ingin tahu. Tidak kira bab solat ataupun kisah-kisah teladan. ''Ustaz! saya tengok ada orang solat bila tahiyyat, jari telunjuk dorg pusing-pusing, boleh ke tidak ustaz?, knapa batu hajarul aswad jadi hitam? kaabah ada zaman bila?" tanya mereka kepada saya. ''Ustaz...jom la belajar solat jenazah" ajak mereka. Saya tanya mereka "solat jenazah ada berapa rakaat?''. "Ustaz! ada 7, ada 5, ada 2 ustaz" Beginilah pelbagai jawapan yang diberi oleh mereka. Walaupun masa tidak meingizinkan untuk saya mengajar amali solat jenazah tapi saya sekadar menerangkan dengan tutorial sahaja dan bercerita sedikit kisah teladan. Alhamdulillah disambut baik oleh mereka kerana tadi mereka beria-ria hendak belajar. Sehinggakan bersiap sedia untuk melakonkan watak mayat.
Ini menunjukkan petanda mereka mempunyai sikap ingin tahu dan ingin belajar walaupun mereka pelajar-pelajar yang "terpilih" di sekolah itu. Saya membuat kesimpulan awal mereka ini kurang perhatian keluarga, kurangnya kasih sayang dan faktor pengaruh dari luar sedikit sebanyak memberi impak dan kesan kepada kehidupan seharian mereka. Jika dipupuk lagi dari sekarang insyaAllah lebih berjaya. Kepada adik-adik dalam kumpulan saya dan kumpulan-kumpulan yang lain, teruskan usaha cinta kepada agama. Jangan malu untuk bertanya kerana sesungguhnya solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka mereka mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka mereka meruntuhkan agama.
Majlis diakhiri dengan rumusan program dan ucapan penutup oleh wakil fasilitator dan penolong kanan sekolah serta sumbangan cenderahati kepada semua fasilitator. Sekian. Wassalam.
2 comments:
wah bagus la ustaz ni.. hehe..
teruskan usaha anda...
tiba2 cikgu-cikgu kat skolah tu pggl ustaz...aduuh..rasa tak layak lg nak jd ustaz.
Post a Comment