Bajet Kahwin

|

Assalamualaikum...wbt.

Diciptakan manusia itu untuk meneruskan zuriat dan keturunan. Wajarlah disini Rasulullah menyuruh ummatnya berkahwin supaya kita memperbanyakkan zuriat serta keturunan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dalam menegakkan syariah Islamiyyah. Artikel ini ditulis bertujuan untuk membuka minda dan mata pemuda pemudi yang hampir dan berniat kepada mendirikan masjid ertinya kahwin. Sudah dimaklumi bahawa hari ini, saat ini, dan ketika ini ekonomi dunia sedang berjalan dan berdetik waktunya yang semakin hari semakin meruncing teruk dan kemungkinan akan terjadi seperti tahun 1929.

Kesinambungan dari krisis ekonomi yang berlaku, sememangnya kita perlu bersedia dari sekarang dalam menempuh arus ekonomi pada mendatang. Segala aspek perlu dititik beratkan dalam persediaan untuk kita menghadapi krisis ini. Jadi artikel ini ingin saya menjuruskan kepada aspek bajet untuk sesuatu majlis perkahwinan. Ini mungkin bajet yang sedang berlaku pada tahun 2009, tidak mustahil jumlah ini akan meningkat pada masa akan datang. Saya senaraikan di bawah:-


Bajet kahwin


1. Catering ( anggaran tetamu 1000 orang) x RM5 = RM5000

2. Hantaran perkahwinan & mas kahwin = RM10,000

3. Cincin tunang dan kahwin( nak yang emas 916) = RM500

4. Baju pengantin pakej 3 pasang(tunang, akad nikah, kenduri) = RM350

5. Meja makan pengantin (skrg meja 'U') = RM400

6. Sistem PA = RM200

7. Barang-barang hantaran = RM350

8. Kad jemputan (1000 org x RM1) = RM1000

9. Juruandam = RM150

10. Bunga telur & cenderahati tetamu (1000 org x RM3) = RM3000

11. Set bilik pengantin (hiasan) tak termasuk perabot = RM500

12. Kanopi = RM500

JUMLAH = RM21,950

Ok, sudah selesai pengiraannya. Ini hanyalah anggaran bagi sebuah perkahwinan yang agak mewah. Tetapi kemungkinan yang lebih mewah lagi termasuk kos persiapan keluarga dengan suit pakaian keluarga pengantin, cat bilik dan perabot pengantin, set pelamin, makanan yang mewah dsb. Ini boleh mencecah kepada RM30,000. Saya kira kos ini mungkin bagi majlis perkahwinan di bandar-bandar. Kalau di luar bandar paling kurang kos keseluruhan saya anggarkan RM15,000.

Subhanallah! Tepuk dahi saya memikirkan perkara ini. Sebelum ini tak pernah terfikir mengenai kos perkahwinan ini. Tetapi saudara Hafiz Badarulzaman telah membuka minda saya untuk memikirkan dan memeningkan. Saya kira wajar untuk sama-sama berkongsi bagi yang belum mendirikan rumah tangga bagaimana untuk kita membuat persediaan. Bukan semua terletak di bahu ibu bapa kita yang mungkin keluarga kita dari kalangan kurang berada.

Bagi saya, segalanya kembali kepada ajaran agama kita yang melarang kepada pembaziran. Perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam hanyalah walimatulurus yang sederhana bertujuan untuk mengkhabarkan kepada umum bahawa wujudnya pasangan yang berkahwin. Itu sahaja sebenarnya. Tidak perlu kepada majlis besar-besaran yang memakan bajet yang besar membawa kepada pembaziran. Sekadar kenduri, doa selamat itu sudah mencukupi dan yang paling penting Rasul ada bersabda dalam mafhumnya:

"Ertinya : Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Hadits Shahih Riwayat Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).

Tetapi rata-rata masyarakat hari ini lebih mementingkan adat, mungkin juga mempunyai sifat ingin menunjuk-nunjuk dengan adanya majlis besar-besaran. Apa yang penting dalam sesebuah majlis perkahwinan adalah keberkatan yang kita pohon dari-Nya dengan memohon diselamatkan dan bahagia rumah tangga pasangan pengantin. Bukan wedding of the year yang kita impikan. Kalau boleh dikurangkan bajet tadi, kurangkanlah. Sekadar ingin berkongsi. Segalanya terletak kepada individu masing-masing untuk memilih dan menilainya. Jalan mana yang kita ingin pilih. Fikir-fikirkan dan renung2kan.

Share/Save/Bookmark

4 comments:

Iman Wildan said...

huh..interesting jgk tbace..tp bg sy..byk jgk miscalsulation yg dibuat..kalo ashraf survey lg detail..seem like the budget is much3 higher than dat..i knew bcoz dh 2x kawin sepupu i'm in charge jgk..myebabbkan ramai yg mgeluh.."alamak, cni xjd kawin pon tape.." yup..positif mmg kalo nk wat sesauatu biar bpada..tp andai mmpu xslh..yg dibahagiakn adalah psgn msg2 n fmily..tmbh kalo fmily besar, bkumpul cme wktu2 yg istimewa cm ni..bg sy xslh..dpt rptkn silaturrahim jgk..lgpun..kalo btl2 laki nk kwin,(terutamanyala..) for sure kwgn msti mantap dlu..yg gembira isteri..xslh hrgai org yg bakal hdup ngadap kte btahun2..(^~^)

Ashraf said...

Salam Ju..thanks for comment. Seem like u did not agree. i think u did not read till the end of entri. I have told at conclusion that the budget maybe increase.

Ok, mmg klu ikut nafsu kita, bajet kawen akan menjadi 30 ribu,40 ribu...perlu ke smua tu? Mmg skali je seumo hdp..tp kita kena fikir belanjawan kita lepas kawen plak mcmana. Ekonomi rumahtgga lps kawen bkn senang nk maintain kecuali dpt keje yg bagus2. itu pun xmenjamin memandangkan ekonomi negara kita smakin truk. Kita jgn pandang dari sudut untuk kepuasan hati kita shj. Tapi kena berpandangan jauh, masa depan, akan dtg how we will survive after wedding. Mmg btl kewangan laki msti mantap dulu, tp kita kena lihat dari perspektif Islam. Melarang kpd pembaziran. Blh je kan klu bajet dikurangkan. Kita fix kanla..Ok. Mampu mcmana sekalipun, anak menteri ke sape ke...bagi sy mesti berpada-pada. Xperlu sampai berpuluh-puluh ribu. Saya hormati pendpt awk. Thanks again...

HIDUP HANYA SEKALI, TAPI MATI MENGHADAP ALLAH UNTUK SELAMA-LAMANYA.

Iman Wildan said...

ok..i'm not going to fiht on those thing..kn sy ckp..wat sesuatu biar bpada..tu dh cover all..mknenye papepon moderately..sy xckp smpai berpuluh2 ribu nk mbazir..xde kn statement sy cmtu? so, sngnye islam sdri agama yg moderate..not that extreme..sy bkn xagree..yup, btl entri awak from beginning to d ending..dat's y sy pndg ia skg dh jd mcm trend kawen mse bljr..again, 'm NOT against those thing..tp sy a bit kcewa mcm generasi skg cm pk, kwin awal..igt kawin sonok sgt, bnda main2..sdgkn isu ummah yg lg besar xpnh diendah..sbbtu plunya aqal..mcm nk kwin, xslh bbelanje, tp BPADA..xslh nk meriah tp ADA HAD BATAS..ok?sy bkn ckp benda kontra..bkn xagree pon dgn awk..(^~^)

Aishah MadaDiy said...

Assalamualaikum Ashraf.
Sy sgt suka entri ni, coz sy mmg stuju dengan pndpt awk. Tak ramai org y nk fikirkan hal ni. Adat da seolah2 jadi sesuatu y wajib diikut. Mind me, adat kita sbny byk y corrupted, exaggerated, n xselari dgn Islam esp sunnah..

Sy da ketengahkan pendapat sy tntg hal ni dalam cerpen (dah pun di tag kt awk) "Tertegak dengan Hujah dan Kebenaran".. U should read it then,shout out ur comments.
Overall, apa y sy pasti, "Islam is comprehensive, easy and dynamic.. Rasulullah SAW has taught us the very best Islamic way of life..."

Besides, in the Qur'an it has been stated already:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.." (al-Ahzaab:21)

So, whom actually we wnna follow?
In this case, we should ask ourselves..

Thanks. Wallahu a'lam. Allah Yahmik =)

My Songs

Related Posts with Thumbnails

Followers