Pada malam tu, aku hadir bersama ayah dan sedara aku yang lain agak terkejut dengan ramainya ummat manusia sehingga melimpah ke soff di luar masjid yang sebelum ni solat fardhu maghrib hanya ada 2 soff shj mengikut cerita sepupu aku yang tinggal di Kota Damansara hampir setahun. Ini terbuktilah golongan elit di Kota Damansara yang boleh di kategorikan tempat orang-orang kaya ni amat meminati personaliti dan perwatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perwatakan sederhana telah menarik minat mereka untuk melihat dan mendengar sendiri dengan mata telinga mereka. Berebut-rebut orang nak bersalam dengan tuan guru.
Antara karya-karya tuan guru.
Tujuan utama kedatangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah untuk memberi sumbangan kepada masjid tersebut hasil karya2 beliau. Masjid ini cukup bertuah kerana dipilih oleh tuan guru di antara masjid2 di Malaysia sebagai penerima sumbangan beliau. Beliau sempat mengimamkan solat hajat untuk saudara di Palestin dan sedikit tazkirah yang ringkas tapi padat. Antaranya berbunyi kita jangan solat hajat sekali sekala je waktu ada peristiwa penting, tapi perlu dan mesti solat hajat setiap masa kerana manusia tak boleh lari dari berbagai-bagai hajat. Tapi mestila hajat yang baik. Beliau segera mengakhiri tazkirah tersebut kerana perlu menghadiri satu majlis di Petaling Jaya pada malam itu juga. Kerja dakwah perlu diteruskan walau ditentang, dihina. Walaupun keadaan kesihatan agak terganggu, namun tok guru masih boleh melangkah mengerjakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Kita bagaimana?
0 comments:
Post a Comment