Beliau sangat dikagumi oleh semua golongan para khalifah dan orang atasan kerana pakar dalam mengubati berbagai penyakit seperti demam, kusta, penyakit murung, penyakit mata dan kajian makanan. Pernah juga berkhidmat sebagai doktor di istana. Beliau sendiri pernah berkata bahawa penyebab seluruh penyakit adalah percernaan yang kurang baik. Mungkin inilah sebabnya mengapa orang gelarkannya doktor pakar diet. Antara kitab-kitabnya an-nawadir ath-thibbiya, kitab al-azmina, kitab bahasa Latin Mesue yang mendapat penghargaan tinggi oleh pengkaji Barat. Mereka berpendapat bahawa Ibnu Musawayh merupakan seorang doktor yang cukup berkaliber. Tokoh lain seperti al-Razi sendiri dalam karyanya Contines mengakui dan memuji jasa-jasa Ibnu Musawyh. Ini terbukti dari banyaknya kutipan-kutipan ilmu yang diambil dari buku-buku Ibnu Masawayh khususnya tentang teknik perubatan di samping dua buah buku lain yang digunakan iaitu 'Book Of Fevers' iaitu sebuah salinan karya Hipocrates (Kitab al-Humayyat) dan "Book of Furitying Remedies' (Kitab al-Adwiya al-Munakkiya). Kitab-kitab ini adalah karangan Ibnu Masawayh. Beliau meninggal dunia di Samarra, Iraq pada 243 Hijrah bersamaan 857 Masihi.
Doktor Pakar Diet
Beliau sangat dikagumi oleh semua golongan para khalifah dan orang atasan kerana pakar dalam mengubati berbagai penyakit seperti demam, kusta, penyakit murung, penyakit mata dan kajian makanan. Pernah juga berkhidmat sebagai doktor di istana. Beliau sendiri pernah berkata bahawa penyebab seluruh penyakit adalah percernaan yang kurang baik. Mungkin inilah sebabnya mengapa orang gelarkannya doktor pakar diet. Antara kitab-kitabnya an-nawadir ath-thibbiya, kitab al-azmina, kitab bahasa Latin Mesue yang mendapat penghargaan tinggi oleh pengkaji Barat. Mereka berpendapat bahawa Ibnu Musawayh merupakan seorang doktor yang cukup berkaliber. Tokoh lain seperti al-Razi sendiri dalam karyanya Contines mengakui dan memuji jasa-jasa Ibnu Musawyh. Ini terbukti dari banyaknya kutipan-kutipan ilmu yang diambil dari buku-buku Ibnu Masawayh khususnya tentang teknik perubatan di samping dua buah buku lain yang digunakan iaitu 'Book Of Fevers' iaitu sebuah salinan karya Hipocrates (Kitab al-Humayyat) dan "Book of Furitying Remedies' (Kitab al-Adwiya al-Munakkiya). Kitab-kitab ini adalah karangan Ibnu Masawayh. Beliau meninggal dunia di Samarra, Iraq pada 243 Hijrah bersamaan 857 Masihi.
Happy Father's Day

Happy Father's Day
Doa Sujud
Doa Sujud
Golongan Ruwaibidhah
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Peringatan buat diri dan semua akan hari qiamat. Entri ini akan menceritakan hadis yang ke 23 dari 40 hadis akhir zaman yang telah disusun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) yang melibatkan golongan Ruwaibidhah. Ikuti perbincangan mengenai hadis ini.
Mafhumnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai". H.R. Ibnu Majah
Keterangan
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus dari segi material dan pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Hari ini segala yang disebutkan tadi berada di depan mata kita. Sudah jelas sama sekali. Tidak perlu disembunyikan lagi. Contoh yang paling dekat dengan budaya berpolitik di kalangan parti-parti yang ada sekarang. Adakah kita boleh kategorikan mereka dari golongan yang disebutkan dalam hadis tadi? Siapa yang lebih mendominasi? Cara pendominasian itu adalah berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi atau tidak? Fikirlah sendiri dan merenung jauh masa depan kita bagaimana nanti! Wallahu'alam.
Golongan Ruwaibidhah
Bayi Lahir Tanpa Alat Sulit
Bayi Lahir Tanpa Alat Sulit
Menyembelih & Makan Binatang Dalam Pandangan Agama Hindu
SEJAK dahulu lagi umat manusia berbeza-beza dalam menilai masalah makanan dan minuman mereka, ada yang boleh dan ada juga yang tidak boleh. Lebih-lebih dalam masalah makanan yang berupa binatang. Adapun masalah makanan dan minuman yang berupa tumbuh-tumbuhan, tidak banyak diperselisihkan. Dan Islam sendiri tidak mengharamkan hal tersebut, kecuali setelah menjadi arak, baik yang terbuat dari anggur, kurma, gandum ataupun bahan-bahan lainnya, selagi benda-benda tersebut tidak mencapai kadar memabukkan.
Begitu juga Islam mengharamkan semua benda yang dapat menghilangkan kesedaran dan melemahkan urat serta yang membahayakan tubuh, sebagaimana akan kami sebutkan di bawah.
Soal makanan berupa binatang inilah yang terus diperselisihkan dengan hebat oleh agama-agama dan golongan pengikut².
Kita ambil contoh Golongan Brahma (Hindu) dan Filsuf yang mengharamkan dirinya menyembelih dan memakan binatang. Mereka cukup hidup dengan makanan-makanan dari tumbuh-tumbuhan. Golongan ini berpendapat, bahawa menyembelih binatang termasuk suatu keganasan manusia terhadap binatang hidup. Manusia tidak berhak untuk menghalang-halangi hidupnya binatang.
Tetapi kita juga tahu dari hasil pengamatan kita terhadap alam ini, bahawa diciptanya binatang-binatang itu tidak mempunyai suatu tujuan. Sebab binatang tidak mempunyai akal dan kehendak. Bahkan secara nalurinya binatang-binatang itu dicipta guna memenuhi (khidmat) keperluan manusia. Oleh kerana itu tidak aneh kalau manusia dapat memanfaatkan dagingnya dengan cara menyembelih, sebagaimana halnya dia juga dapat memanfaatkan tenaganya dengan cara yang lazim.
Sudah menjadi sunnatullah (ketentuan Allah) terhadap makhluknya ini, iaitu: golongan rendah biasa berkorban untuk golongan atas. Misalnya daun-daunan yang masih hijau boleh dipotong/dipetik buat makanan binatang, dan binatang disembelih untuk makanan manusia dan, bahkan, seseorang berperang dan terbunuh untuk kepentingan orang ramai. Begitulah seterusnya.
Jika binatang-binatang ini tidak disembelih oleh manusia sekalipun, ia akan mati dan terbunuh oleh sebab-sebab lain, bahkan mungkin lebih kejam dari ketajaman pisau sembelih.
Wallahua'lam
Menyembelih & Makan Binatang Dalam Pandangan Agama Hindu
YA HAYYUN YA QAYYUM
Terimalah subuhku dalam hidayah-Mu
Berkatilah Zuhurku dalam rahmat-Mu
Ampunkan lalaiku dalam Asarku
Peliharalah imanku dalam Maghribku
Redhai Isyakku dalam kasih-Mu
Jumaatku basah dalam as-sajadah
Fajarku syahdu doa akasyah
Pagiku hening restu Haiqal
Dhuhaku nyaman
Selawat An-nur Muhammad Rasullullah
Taajudku indah al-mulk kebesaran-Mu Ya Allah
Ar-Rahman Ar-Raheem-Mu
Kekal bahagiaku
Sunat isyrakku mohon rezeki-Mu
Sunat Tasbihku mohon ampunan-Mu
Sunat hajatku mohon makbul-Mu
Terimalah ya Allah
Sujud Syukurku
Tuhan
Limpahkan aku rahmat ikhlas
Hindarkanlah aku riak bias
Dalam Rahman-Mu Ya Allah
Nikmat syukur yang indah
Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. (al-hajj:46)"
YA HAYYUN YA QAYYUM
Hadiri Walimah Wan Ahmad Hamdan dan Siti Hasmira. Tahniah!
Hadiri Walimah Wan Ahmad Hamdan dan Siti Hasmira. Tahniah!
Pertemuan Tertutup Bersama Tan Sri Prof. Mohd. Kamal Hassan

- Banyak memperdebatkan mengenai Syiekh Yusof al-Qardhawi. Bagaimana uslub dan cara dakwah yang dibawa oleh ulama besar itu. Pendekatan-pendekatan beliau dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah. Mengambil pendekatan وسطية dalam aspek-aspek tertentu. Tidak terlalu ekstrim dan tidak terlalu menyempitkan sesuatu dalam isu-isu terkini.
- Prof juga ada menyentuh mengenai cabaran masa kini dengan islam liberal. Negara jiran Indonesia semakin kuat dengan fahaman islam liberal ini kerana didokong dan disokong oleh golongan-golongan atasan. Malaysia juga dengan sisters in Islam sudah menular dikalangan masyarakat hari ini.
- Selain itu, ukhwah insaniah yang patut dipupuk dalam komuniti di Malaysia khususnya. Ukhwah bersama orang-orang bukan Islam. Menjadi contoh teladan yang baik buat mereka. Ini menjadi satu cara untuk berdakwah dengan menunjukkan akhlak kita yang baik walaupun kita tidak berdakwah dengan cara pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah.
- Perjuangan hari ini lebih kepada الغضب (kemarahan) bukan الحب (kasih sayang). Terlalu taksub dengan kumpulan masing-masing hingga mengakibatkan ada golongan yang tercicir.
- Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya 'Ulumuddin memulakan penulisan dengan nada yang marah, dia marah kepada rijal ad-dakwah dan golongan yang belajar agama kerana kurang berperanan.
- Dilahirkan di Kelantan pada tahun 1942
- Graduan dari Universiti Malaya dengan B.A. Honours kelas pertama pada tahun 1966.
- Berkhidmat sebentar di Malayan Civil Service di Sekretariat negeri Ipoh. Pernah menjadi tutor selama 2 tahun di Univ. Malaya.
- Mendapat Fulbright Scholarship di Amerika Syarikat pada tahun 1968. Memperoleh M.A., M. Phil. dan Ph.D. dari Columbia University, New York pada 1970, 1972 dan 1975 masing-masing. Menerima Columbia University Fellowship President selama empat tahun. Pernah melakukan lapangan kerja di Indonesia pada tahun 1973 di Ford Foundation Scholarship.
- Beliau juga pernah berkhidmat di Univ.Kebangsaan Malaysia dari tahun 1976-1983.
- Mula berkhidmat dengan Univ.Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983.
- Dilantik sebagai Shaikh al-Kulliyah of Centre for Fundamental Knowledge, UIAM: 1983-1990.
- Dilantik menjadi dekan pertama Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM 1989-1990.
- Dilantik menjadi Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UIAM(Academic Affairs) 1990-1997
- Orang Malaysia pertama dilantik menjadi Rektor UIAM tiga penggal bermula April 1999 sehingga April 2006.
- Bidang dan minat yang khusus dalam kontemporari Pemikiran Islam khususnya di wilayah Asia Tenggara.
- Dilantik menjadi penasihat Malaysian Anti-corruption Commission sejak Januari 2009.
- Sekarang bekerja sepenuh masa sebagai professor di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM.
Pertemuan Tertutup Bersama Tan Sri Prof. Mohd. Kamal Hassan
Lapor diri
Assalamualaikum. Harap semua berada di bawah jagaanNya insyaAllah. Sudah seminggu lebih tidak berkesempatan menulis entri baru sejak tibanya bulan Jun. Syukur dengan izinNya, diberi peluang lagi untuk berkata-kata dalam entri kali ni.
Semester pendek kali ni kurang sibuk. Saya sempat meraikan kedatangan keluarga ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah dengan rezeki Allah dapat juga adik melanjutkan pelajaran. Pendaftaran bermula 8.00 pagi. Keadaan hari pendaftaran agak tidak jauh berbeza berbanding sewaktu zamanku dahulu pada tahun 2005. Tempat pendaftaran ditempatkan di Al-Malik Faisal Hall. Agak ramai yang sedang menunggu giliran. Di kesempatan untuk menunggu angka giliran tiba, saya sempat membuat semakan ke semua dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftarannya nanti.
Alhamdulillah, jam 12 tengahari segala urusan pendaftaran selesai. Tiba masanya untuk mengangkat beg. Perasaan penat tidak menghalang untuk terus berhenti membantu mengusung beg besar ke tingkat 4 mahallah Zainab al-Jahsyi. Tempat yang cukup asing bagiku semasa di Matrik dulu. Keadaan lebih ceria apabila ditemani anak saudara sepupu dengan celoteh dan kelakar dia yang bernama Muaz. Maklum sajalah, dah lama tidak mempunyai adik kecil. Gelak tawa Muaz membuatkan kami terasa ingin kembali ke zaman seusia dia.
Dahulunya pusat pengajian ini diberi nama Matriculation Center of IIUM, tetapi sejak tahun 2007 namanya telah ditukar kepada Center for Foundation Studies atau Pusat Asasi UIAM. Prasarana tidak bertambah, cuma beberapa pertukaran telah dibuat oleh pihak universiti. Kesemua jurusan sastera telah dipindah ke kampus di Nilai, Negeri Sembilan. Antara perubahan lain, mahallah Aisyah tidak wujud lagi kerana ditukar menjadi mahallah Umar al-Khatab II, manakala mahallah Umar yang asal ditukar menjadi mahallah untuk pelajar perempuan yang diberi nama mahallah Fatimah dan yang lain kekal seperti biasa.
Segalanya sudah selesai, kami sempat menziarahi adik bongsu di SMAP K sebelum keluarga bertolak balik ke Kedah pada keesokan harinya. Semoga semua pengorbanan ayah mak yang sanggup berkorban tenaga dan wang ringgit akan kami balas dengan kejayaan InsyaAllah. Syukran ‘ala kulli hal.



Lapor diri








